ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  HAIER BERADA PADA KEDUDUKAN 100 JENAMA GLOBAL PALING BERNILAI PADA 2020 OLEH BRANDZ

Wednesday 01/07/2020



Table

(Grafik: Business Wire)
 

LONDON, 1 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat gergasi peralatan rumah China Haier telah menduduki tempat dalam senarai 100 Jenama Global Paling Bernilai pada tahun 2020 yang dijalankan oleh BrandZ sebagai satu-satunya jenama ekosistem IoT (Internet Benda) pada 30 Jun.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200630005460/en/

Dilancarkan oleh kumpulan perkhidmatan komunikasi terbesar di dunia WPP dan syarikat perunding mereka Kantar, kedudukan tempat oleh BrandZ adalah satu-satunya yang menggabungkan pandangan pengguna, menjadikan ia sebagai satu barometer di dalam lanskap jenama global.

Tahun ini, kedudukan global Haier di dalam 100 Jenama Global Paling Bernilai pada tahun 2020 oleh BrandZ meningkat kepada 68 dari 89 pada tahun lalu, dengan nilai jenama mereka meningkat dari 16.3 bilion dolar Amerika pada tahun 2019 kepada 18.7 bilion dolar Amerika pada tahun 2020.

Kantar telah mewujudkan kategori bagi jenama ekosistem IoT sejak tahun 2019, dan memberikannya kepada Haier buat kali kedua pada tahun ini, menunjukkan pengiktirafan mereka yang berterusan pada tempat utama Haier di dalam sektor IoT.

Haier telah menunjukkan daya tarikan dan nilai bagi sebuah jenama ekosistem IoT melalui tindak balas mereka yang luar biasa terhadap cabaran global, termasuk pandemik COVID-19.

Pada tahun 2019, Haier Smart Home, sebuah jenama ekologi rumah pintar bagi Kumpulan Haier, telah berjaya mencapai pertumbuhan di dalam pendapatan dan keuntungan bersih walaupun penurunan keseluruhan di dalam industri peralatan rumah global. Di antaranya, pendapatan ekosistem mereka mencapai 4.8 bilion yuan, meningkat 68 peratus tahun ke tahun.

Haier Biomedical, sebuah peneraju di dalam menerapkan teknologi penyimpanan dingin untuk biokeselamatan dan IoT, mencapai 32.74 peratus di dalam pertumbuhan pendapatan pada suku pertama tahun 2020, dan peningkatan 92.6 peratus tahun ke tahun di dalam pendapatan luar negara.

Sementara itu, COSMOPlat oleh Haier, sebuah pengeset standard di dalam ruang pelangganan massa global, telah menyampaikan nilai yang sangat besar di dalam memerangi terhadap pandemik COVID-19, memudahkan penyambungan semula kerja dan pengeluaran, dan mempercepatkan transformasi perniagaan bagi PKS.

Haier mengaitkan pembangunan mereka yang mantap sebagai sebuah jenama ekosistem dengan konsep yang dipanggil “Model Rendanheyi” yang dibayangkan oleh pengasas mereka Zhang Ruimin, menggalakkan setiap pekerja untuk memaksimumkan nilai peribadi dengan mewujudkan nilai maksimum bagi pelanggan.

Sebagai sebuah jenama senario penggunaan, Haier komited untuk menyediakan kepada pengguna dengan penyelesaian yang membolehkan mereka mengejar kehidupan yang lebih baik. Dan sebagai sebuah jenama ekosistem, Haier berupaya untuk memperkasakan industri dan perniagaan lain bagi membina sebuah ekosistem yang berkembang.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200630005460/en/

Hubungi

http://www.haier.net/cn/
Liu Xiaoyi
+86 532-88936865
liuxiaoy@haier.com

Sumber : Haier

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.