PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Julai 08, 2020 -Rabu

 
  AFRICAN DEVELOPMENT BANK MENDUDUKI TEMPAT KE-4 PADA INDEKS KETELUSAN GLOBAL

Monday 29/06/2020



ABIDJAN, Côte d'Ivoire, 29 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Publish What You Fund telah meletakkan African Development Bank pada kedudukan keempat daripada 47 institusi pembangunan global dalam Aid Transparency Index. Indeks ini merupakan satu-satunya ukuran ketelusan bantuan dalam kalangan agensi pembangunan utama dunia. Indeks tersebut meletakkan African Development Bank dalam kategori ketelusan tertinggi bersama-sama institusi bertaraf dunia lain seperti Bank Dunia, Asian Development Bank dan UNDP.

“Kami mengucapkan tahniah kepada African Development Bank - Sovereign Portfolio di atas pencapaian tempat ke-4 dalam Indeks Ketelusan Bantuan 2020. Memandangkan kuantiti bantuan yang besar sedang diperuntukkan semula untuk menghadapi kecemasan COVID-19, ketelusan bantuan antarabangsa adalah lebih penting berbanding sebelum ini,” kata Gary Forster, CEO Publish What You Fund, yang telah mengeluarkan indeks tersebut setiap tahun sejak 2011.

Publish What You Fund menarafkan Bank tersebut sebagai ‘sangat baik’ — Penarafan yang tertinggi bagi lima kategori yang digunakan untuk menilai ketelusan organisasi. Penarafan tersebut berdasarkan beberapa kriteria, termasuk kewangan dan belanjawan, data maklumat asas, perancangan organisasi dan prestasi.

Dalam Indeks baharu yang merangkumi tahun 2019, African Development Bank telah diberikan markah 95.5 daripada 100 untuk ketelusan — Peningkatan ketara berbanding markahnya pada 2018.

“Peningkatan dalam kuantiti, kualiti dan kekinian data bantuan kelihatan memberangsangkan apabila kini dikongsi merentasi pelbagai agensi bantuan besar dunia. Sambil bekerjasama merapatkan jurang dalam landskap data bantuan, kami menanti-nantikan untuk menerokai cara terbaik untuk kami memenuhi permintaan data dan keterlibatan data,” kata Gary Forster, CEO Publish What You Fund.

Komitmen institusi terhadap ketelusan secara keseluruhan ditunjukkan menerusi MapAfrica — Platform berasaskan web yang memaparkan pelaburan Bank tersebut merentasi Afrika.

“Saya sangat gembira dengan pencapaian ini!” kata Swazi Tshabalala, Pemangku Naib Presiden Kanak untuk Kumpulan African Development Bank. “Indeks ini mengiktiraf komitmen institusi ini terhadap ketelusan pada waktu yang sangat penting. Dengan jumlah pendanaan yang banyak kini diperuntukkan untuk memerangi pandemik Covid-19, penting bagi warga kita untuk mengetahui jumlah, tempat dan masa yang sedang dilaburkan oleh African Development Bank untuk pembangunan Afrika.”

Klik di sini untuk mengakses laporan penuh.
 
Maklumat Hubungan: Emeka Anuforo, Pegawai Hubungan Media, Jabatan Komunikasi dan Hubungan Luaran, African Development Bank, e-mel: e.anuforo@afdb.org

SUMBER: African Development Bank

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.