PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Julai 08, 2020 -Rabu

 
  TOSHIBA MELANCARKAN PENGGANDING FOTO YANG PERTAMA DALAM INDUSTRI UNTUK KOMUNIKASI BERKELAJUAN TINGGI YANG BOLEH BEROPERASI DARI 2.2V

Monday 29/06/2020



Table
Toshiba: Pengganding foto yang pertama dalam industri TLP2312 dan TLP2372 untuk komunikasi berkelajuan tinggi yang boleh beroperasi dengan bekalan kuasa serendah 2.2V. (Foto: Business Wire)

―Menyokong litar periferal bervoltan rendah dan membolehkan pengurangan barangan

TOKYO, 29 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah melancarkan pengganding foto yang pertama[1] dalam industri untuk komunikasi berkelajuan tinggi yang dapat beroperasi dengan bekalan kuasa serendah 2.2V. Dua peranti tersebut adalah “TLP2312,” yang menyampaikan kadar pemindahan data yang biasa sebanyak 5Mbps, dan “TLP2372” 20Mbps. Penghantaran bermula hari ini. 

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200628005005/en/ 

Produk baharu itu direka untuk beroperasi pada voltan rendah, bermula pada 2.2V, agar dapat berfungsi dengan voltan yang lebih rendah bagi litar periferal, bahkan ketika digunakan di dalam litar bervoltan rendah sehingga 2.5V LVCMOS. Pendekatan ini menghapuskan keperluan bagi sebuah bekalan kuasa yang asing untuk menggerakkan pengganding foto itu, sekali gus mengurangkan bilangan komponen.

Dengan arus input ambang yang rendah 1.6mA (maksimum), dan arus bekalan rendah 0.5mA (maksimum) di dalam julat suhu operasi -40℃ dan +125℃, pengganding foto yang baharu itu dapat dipacu secara langsung oleh mikropengawal, sehingga mengurangkan penggunaan kuasa.

Pengganding baharu itu ditempatkan di dalam pakej SO6 5-pin dengan ketinggian maksimum 2.3mm, mengenakan sebuah profil rendah dan memberikan kebebasan yang lebih besar terhadap susun atur komponen pada papan litar bercetak.

Penggunaan

Antara muka digital berkelajuan tinggi
(alat kawalan logik yang boleh diprogramkan (PLC), penyongsang serbaguna, peralatan pengukuran dan peralatan kawalan, dll.)

Ciri-ciri

· Operasi bervoltan rendah: VDD=2.2V hingga 5.5V
· Arus input ambang rendah: IFLH=1.6mA (maksimum)
· Arus bekalan rendah: IDDH, IDDL =0.5mA (maksimum)
· Penarafan suhu operasi tinggi: Topr maksimum=125℃
· Kadar pemindahan data berkelajuan tinggi:
  5Mbps (jenis.) (TLP2312)
  20Mbps (jenis.) (TLP2372) 

Table

Nota:
[1] Antara pengganding foto output IC untuk komunikasi berkelajuan tinggi, demikian menurut satu tinjauan oleh Toshiba, setakat Jun 2020.
[2] Pada VIN=2.5V, RIN=470Ω, CIN=68pF

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu.
TLP2312
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TLP2312
TLP2372
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TLP2372

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai barisan peranti semikonduktor optik Toshiba.
Peranti Semikonduktor Optik
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/product/optoelectronics.html
 
Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu di pengedar dalam talian, sila layari:
TLP2312
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TLP2312.html
TLP2372
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/semiconductor/where-to-buy/stockcheck.TLP2372.html

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Penjualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, syarikat itu telah mengambil tempatnya di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan mereka di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 24,000 orang pekerja mereka di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk mereka, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Syarikat itu berharap untuk membina di atas jualan tahunan sekarang yang melebihi 750 bilion yen (AS$6.8 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html
 

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200628005005/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.