PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Julai 08, 2020 -Rabu

 
  VAULT OLEH THOUGHT MACHINE KINI TERBUKTI DAN TERSEDIA PADA SEMUA PILIHAN INFRASTRUKTUR: SAAS, AWAN PERSENDIRIAN ATAU AWAM, AWAN HIBRID DAN DI PREMIS

Monday 29/06/2020



Firma perbankan teras memperluaskan keserasian produk, kini berfungsi pada Google Cloud, Amazon Web Services, Microsoft Azure, IBM Cloud, serta di premis atau sebagai Awan Hibrid dengan menggunakan OpenShift dari Red Hat

LONDON, 29 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Thought Machine, firma teknologi perbankan teras tempatan awan, hari ini mengumumkan bahawa platform perbankan teras mereka Vault kini berfungsi di setiap penyedia infrastruktur awan utama termasuk Google Cloud Platform, Amazon Web Services, Microsoft Azure dan IBM Cloud. Sebagai tambahan, Vault boleh digunakan pada sama ada penyedia awan pilihan bank, di premis, dalam sebuah awan hibrid dengan menggunakan OpenShift dari Red Hat, atau sebagai sebuah produk SaaS.

Keserasian Thought Machine yang diperluaskan membolehkan bank untuk berpindah dengan bebas bagi memilih rakan infrastruktur awan pilihan mereka – dan pada masa yang sama mematuhi mana-mana keperluan pengawalseliaan dan perundangan yang mungkin ditempatkan pada masa ini.

Sebagai sebuah perniagaan agnostik awan, Thought Machine terus mengembangkan senarai mereka bagi penyedia awan yang serasi. Vault pada mulanya dilancarkan pada GCP dan AWS sebelum meningkat maju untuk berfungsi pada empat penyedia hos awan terkemuka, yang membolehkan kelenturan yang jauh lebih besar berbanding rakan-rakan mereka di dalam teknologi perkhidmatan perbankan dan kewangan teras.

Penawaran SaaS yang baharu itu memberikan lebih banyak kelenturan bagi bank yang ingin menjalankan operasi Vault bagi institusi mereka tanpa kos overhed bagi pengurusan dan kemas kini perisian. Perkhidmatan yang diuruskan oleh Thought Machine ini kini tersedia di AWS, dengan keserasian penyedia yang lebih jauh dirancang untuk tahun 2020.

Vault bekerjasama dengan institusi kewangan dan syarikat teknologi merentasi spektrum itu - dari bank global peringkat satu, sehingga kepada bank serantau yang lebih kecil, penawaran tapak yang belum dibangunkan dan juga syarikat fintech yang menawarkan keupayaan perbankan kepada pelanggan mereka. Kesemua firma ini kini dapat menggunakan Vault dengan cara yang paling sesuai untuk keperluan mereka.

Paul Taylor, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Thought Machine, berkata: “Di Thought Machine, kelebihan kerana menjadi agnostik awan adalah amat jelas. Bank, fintech dan institusi kewangan mempunyai keperluan yang berbeza, dan perhubungan yang berbeza dengan awan. Kami tidak mahu mempengaruhi pilihan tersebut, atau perhubungan tersebut, dan dengan bangga mengumumkan bahawa kami dapat menyampaikan Vault di mana sahaja, dan pada bila-bila masa, sesebuah perniagaan memerlukannya. Dengan menyampaikan Vault sebagai sebuah produk Perisian sebagai satu perkhidmatan, bank tidak perlu lagi bimbang dengan pelaksanaan, peraturan dan kewajipan logistik untuk membawa masuk perisian. Vault SaaS kini tersedia dengan tahap keselamatan dan ketahanan tinggi yang sama dengan versi kami yang digunakan, tanpa kos overhed pengurusan infrastruktur.”

-- AKHIR --

Maklumat mengenai Thought Machine

Thought Machine telah ditubuhkan pada tahun 2014 dengan satu misi untuk membolehkan bank menggunakan sistem moden dan berpindah daripada platform IT lama yang menjejaskan industri perbankan. Kami melakukan ini melalui platform perbankan teras tempatan awan kami, Vault. Sistem generasi seterusnya ini telah ditulis dari awal sebagai sebuah platform tempatan awan sepenuhnya. Ia tidak mengandungi walaupun satu baris kod yang lama, mahupun pra-awan.

Diasaskan oleh usahawan Paul Taylor, pelanggan Thought Machine termasuk Lloyds Bank, SEB, Standard Chartered dan Atom Bank. Kami pada masa ini terdiri daripada sebuah pasukan seramai lebih 300 orang yang berada di pejabat di London dan Singapura dan telah mengumpulkan dana pembiayaan lebih dari £80 juta dari Lloyds Banking Group, Draper Esprit, IQ Capital, Playfair Capital dan Backed. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.thoughtmachine.net
 


Hubungi
Ciara Spencer
comms@thoughtmachine.net

Sumber : Thought Machine

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.