PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Julai 08, 2020 -Rabu

 
  AERO-ENGINES EUROPE MAYA, 16-17 SEPTEMBER AKAN MENGGANTIKAN ACARA LANGSUNG

Monday 29/06/2020



NEW YORK, 29 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Aviation Week Network akan mengadakan Aero-Engines Europe Maya, sebuah acara digital dengan peluang penghubungan yang ditingkatkan dan kandungan pendidikan berkualiti tinggi pada 16-17 September.  Keputusan proaktif untuk mentransformasikan persidangan tahunan ini kepada acara maya selepas menilai sekatan kerajaan dan perniagaan terhadap perjalanan dan dengan mengambil kira kesihatan dan keselamatan hadirin.  Aero-Engines Europe akan kembali sebagai acara langsung di Stavanger, Norway pada 15-16 September, 2021.  

Aero-Engines Europe ialah acara ulung yang didedikasikan secara eksklusif kepada aliran dan isu berkaitan komuniti MRO enjin Eropah, mengumpulkan pemegang berkepentingan merentasi rantaian nilai termasuklah OEM, MRO, syarikat penerbangan, pemberi pajak dan pembekal.  Acara maya akan menyediakan kandungan dan perangkaian digital dan forum tempat syarikat penerbangan, pemberi pajak enjin, OEM, dan komuniti pembekal MRO boleh berhubung dan mencari rakan kongsi perniagaan baharu dan sedia ada serta berkongsi pengalaman dan amalan terbaik.

"Kami sedar akan kepentingan Aero-Engines Europe dan keseluruhan siri Aero-Engines terhadap industri dan usaha yang digunakan untuk menyediakannya," kata Lydia Janow, Pengarah Urusan Acara Aviation Week Network.  “Menggantikan acara langsung dengan acara mudah bukanlah suatu keputusan yang mudah, dan oleh yang demikian, dalam waktu yang sukar ini, kami ingin berterima kasih kepada komuniti kami atas pemahaman dan sokongan mereka. Kami menanti-nantikan untuk meneruskan peranan kami dalam memacu industri kita ke hadapan, menghubungkan komuniti kita dan menyokong perniagaan, kita akan menghadapinya secara bersama-sama.”

Pasukan acara Aviation Week sedang memperhalus butiran yang akan menyokong peralihan ini dan akan berkongsi kemas kini melalui laman web dan platform media sosial dalam minggu-minggu yang akan datang.

Syarikat induk Aviation Week Network, Informa, telah membangunkan AllSecure, sebuah set standard dan garis panduan ditingkatkan yang menyediakan tahap kebersihan dan keselamatan yang tertinggi di semua acara Informa. Semua acara Aero-Engines dan MRO akan datang akan dianjurkan menurut standard AllSecure, yang menyediakan pelanggan dengan jaminan bahawa penyertaan mereka adalah dalam persekitaran yang sihat dan terkawal.

PERIHAL AVIATION WEEK NETWORK
Aviation Week Network merupakan penyedia maklumat dan perkhidmatan multimedia terbesar untuk industri penerbangan global, aeroangkasa dan pertahanan, berkhidmat untuk 1.7 juta profesional di seluruh dunia. Golongan profesional industri bergantung pada Aviation Week Network untuk membantu mereka memahami pasaran, membuat keputusan, meramalkan arah aliran dan berhubung dengan orang dan peluang perniagaan. Pelanggannya termasuk pengilang dan pembekal aeroangkasa terkemuka dunia, syarikat penerbangan, lapangan terbang, operator penerbangan perniagaan, tentera, kerajaan dan organisasi lain yang berkhidmat untuk pasaran sedunia ini. Portfolio Aviation Week Network menyampaikan sumber kewartawanan yang memenangi anugerah, data, kecerdasan dan analisis, pameran perdagangan dan persidangan bertaraf dunia serta perkhidmatan pemasaran dan pengiklanan yang didorong oleh hasil sedang membantu pelanggan berjaya.

Aviation Week Network merupakan sebahagian daripada Informa Markets, sebuah bahagian Informa PLC.

PERIHAL INFORMA MARKETS
Informa Markets mencipta platform untuk pakar industri dan pasaran untuk berdagang, berinovasi dan berkembang. Portfolio kami terdiri daripada lebih 550 acara dan jenama B2B antarabangsa dalam pasaran yang merangkumi antaranya Penjagaan Kesihatan & Farmaseutikal, Infrastruktur, Pembinaan & Hartanah, Fesyen & Pakaian, Hospitaliti, Makanan & Minuman dan Kesihatan & Pemakanan. Kami menyediakan pelanggan dan rakan kongsi di seluruh dunia dengan peluang untuk melibatkan diri, memperoleh pengalaman dan menjalankan perniagaan melalui pameran secara bersemuka, kandungan digital pakar dan penyelesaian data yang boleh diambil tindakan. Sebagai penganjur pameran terkemuka dunia, kami merealisasikan pelbagai pasaran pakar, membuka peluang dan membantu mereka untuk berkembang maju 365 hari sepanjang tahun. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.informamarkets.com.

Elizabeth Kelley Grace
Elizabeth@thebuzzagency.net
+1.561.702.7471

SUMBER: Aviation Week Network

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.