PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Julai 08, 2020 -Rabu

 
  MAJIKAN YANG BELUM TERIMA BAYARAN SUBSIDI UPAH BOLEH TERUS HUBUNGI KETUA EKSEKUTIF PERKESO

Friday 26/06/2020



KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Perluasan Program Subsidi Upah (PSU) seperti yang diumumkan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan terhadap kesukaran yang dihadapi majikan dan pekerja akibat krisis COVID-19.

Untuk membantu majikan terus beroperasi dengan mengekalkan para pekerja di waktu yang mencabar ini, Kerajaan juga telah melonggarkan syarat-syarat di bawah PSU di mana:

i) Majikan dibenarkan untuk melaksanakan pengurangan waktu bekerja mingguan diikuti dengan pengurangan gaji sehingga maksimum 30% dengan persetujuan pekerja.

ii) Majikan membenarkan pekerja yang mengambil cuti tanpa gaji untuk menerima subsidi upah secara langsung – bagi sektor berkaitan pelancongan dan sektor yang tersenarai dalam aktiviti yang dilarang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Pada masa yang sama, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) amat mengambil berat masalah majikan yang masih belum menerima bayaran PSU. Setelah semakan semula kes-kes yang telah ditolak oleh pihak bank, PERKESO dapati masih terdapat kesilapan pada nombor BRN (Business Registration Number) atau nombor akaun yang diberi dalam permohonan PSU, manakala ada akaun bank majikan yang tidak aktif ataupun nombor telefon majikan tidak dapat dihubungi.

Bagi majikan yang masih belum menerima bayaran PSU, mereka boleh hubungi PERKESO di talian hotline 1-300-22- 8000 atau hadir ke mana-mana pejabat PERKESO.

Sebagai sebuah organisasi yang prihatin, PERKESO memandang serius kesulitan yang dihadapi majikan. Sehubungan itu, bermula pada hari ini, mana-mana majikan yang masih belum menerima subsidi upah, boleh terus menghubungi Ketua Eksekutif PERKESO melalui emel ceo@perkeso.gov.my.

PERKESO akan sedaya-upaya memastikan bayaran dibuat kepada semua majikan yang layak menerima bantuan subsidi upah.

#StayActiveStayHealthy

DATO’ SRI DR. MOHAMMED AZMAN BIN DATO’ AZIZ MOHAMMED
KETUA EKSEKUTIF PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
26 JUN 2020

DISCLAIMER

PERKESO tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan bagi apa-apa kerugian yang terbit dalam kontrak, tort atau sebaliknya atas penggunaan atau pendedahan apa-apa data oleh mana-mana pihak bagi tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN 2020 yang melibatkan PERKESO seperti Program Subsidi Upah, Program Pengekalan Pekerjaan dan Program Saringan Prihatin PERKESO atau program-program lain yang berkaitan dengannya dan tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan sekiranya penggunaan atau pendedahan apa-apa data oleh mana-mana pihak bagi tujuan tersebut dilakukan oleh mana-mana pihak yang tidak diberi kuasa secara bertulis oleh PERKESO. PERKESO memandang serius terhadap keselamatan data peribadi dan meminta semua pihak supaya mematuhi peruntukan undang-undang dan peraturan- peraturan yang berkait dengan perlindungan data peribadi.

SUMBER : PERKESO dan PENJANA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Tel : 03-8091 5300
E-mel : penjanakerjaya@perkeso.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.