PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Julai 08, 2020 -Rabu

 
  UMW HOLDINGS MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG KE-38 SECARA MAYA

Thursday 25/06/2020



- Keuntungan bersih syarikat meningkat sebanyak 32% pada tahun 2019
- UMW Holdings akan mengambil beberapa langkah pendekatan dalam mengurangkan impak penularan wabak COVID-19 ke atas operasinya
- Langkah pemulihan pasca pandemik COVID-19 akan diteruskan dari segi peningkatan pendapatan, pengukuhan proses perniagaan serta peluasan sektor pemasaran

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Dalam Mesyuarat Agung Ke-38 pada hari ini, UMW Holdings menunjukkan pencapaiannya pada tahun 2019 dan mengemukakan rancangannya bagi tahun 2020 dan tahun-tahun seterusnya.
 
Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Azmin bin Che Yusoff berkata, “Demi kepentingan kesihatan awam serta keperluan penjarakan sosial, kami telah mengadakan Mesyuarat Agung ke-38 secara maya. 2019 merupakan tahun yang baik, dan kami terus memenuhi jangkaan para pemegang saham serta menyampaikan nilai jangka masa panjang. Dengan beberapa pencapaian yang membanggakan pada tahun 2019, Kumpulan telah meningkatkan keuntungan bersih sebanyak 32% kepada RM454.4 juta pada tahun 2019 dari RM344.5 juta pada tahun 2018.”
 
“Pada tahun 2019, buat pertama kali dalam sejarah Kumpulan UMW, kami telah menguasai lebih daripada separuh bahagian pasaran industri automotif di Malaysia. Di samping pelancaran model-model baharu yang menarik, Toyota dan Perodua secara keseluruhan meraih 51.4% daripada bahagian pasaran. Perodua juga telah mencapai rekod jualan tertinggi sepanjang 26 tahun di pasaran. Segmen Pembuatan dan Kejuruteraan (M&E) telah memperoleh pendapatan lebih daripada RM1 bilion buat pertama kali, disokong oleh perniagaan aeroangkasa yang mula meraih keuntungan. Kami juga berjaya mengewangkan aset kami melalui penjualan tanah perindustrian di Shah Alam.”
 
“Dengan keadaan ekonomi yang mencabar, UMW Holdings mengambil beberapa langkah mengurangkan impak penularan wabak COVID-19 ke atas operasi kami. Kumpulan akan berusaha mencari inisiatif dari segi peningkatan pendapatan, peluasan sektor pemasaran serta pengukuhan proses perniagaan dan keuntungan.”
 
Memandangkan persekitaran perniagaan yang mencabar disebabkan oleh penularan wabak COVID-19, UMW akan mengambil beberapa langkah pendekatan – memastikan sokongan pendapatan yang mencukupi serta menjalankan kegiatan pengurangan dan pengoptimuman kos. Hasil pendapatan akan dibantu oleh ketiga-tiga segmen perniagaan teras, dengan pelancaran kempen jualan dan selepas jualan oleh segmen Automotif yang merangkumi penjualan atas talian dan pakej pembiayaan kewangan yang menarik. Sehubungan dengan itu, bagi segmen M&E, UMW akan memanfaatkan kelulusan yang membenarkan fasilitinya beroperasi selama 24 jam untuk meningkatkan pengeluaran selongsong kipas bagi Rolls-Royce, serta meneruskan penjualan eksport alat penyerap-kejutan oleh KYB-UMW. Bagi segmen Jentera, UMW sedang bekerjasama dengan rakan perniagaan untuk menjaga kebajikan pelanggannya yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 dengan melanjutkan pakej-pakej promosi. UMW juga akan memastikan peralatan yang cukup bagi memenuhi permintaan yang tinggi oleh pengguna apabila perintah kawalan pergerakan dihentikan.
 
Seterusnya, di samping inisiatif untuk mengurangkan kos bagi tahun ini, Kumpulan juga sedang berusaha untuk mengambil langkah pengawalan dan pengoptimuman kos seperti mengkaji, mengurangkan dan mengoptimumkan perbelanjaan operasi, serta penangguhan perbelanjaan operasi dan modal pelaburan yang tidak kritikal. UMW juga sedang menambahbaikkan pengurusan inventorinya serta mengoptimumkan kapasiti pengeluarannya, serta memastikan penglibatan yang konsisten antara pelanggan, rakan perniagaan dan OEM (pengeluar peralatan asal). Langkah-langkah tersebut akan mengekalkan prestasi konsisten antara semua sektor perniagaan walaupun persekitaran perniagaan yang mencabar. Kumpulan disokong oleh kedudukan kewangan yang kukuh, juga akan menumpukan kepada pengawalan aliran tunai di samping meningkatkan dan mengagihkan sumber yang sedia ada untuk mengekalkan daya tahan Kumpulan. UMW percaya bahawa inisiatif-inisiatif ini, disamping pakej insentif yang diumum kerajaan untuk mengurangkan kesan penularan pandemik COVID-19, akan membantu Kumpulan menyampaikan nilai kepada pemegang saham secara berterusan serta meningkatkan keupayaan memperoleh keuntungan.
 
Walaupun wabak COVID-19 telah menyebabkan gangguan perniagaan yang tidak dijangka, UMW akan kekal kukuh dengan rancangan jangka panjangnya. Prospek Kumpulan akan didorong oleh pengoptimuman potensi dan peningkatan prestasi. Kumpulan akan menumpukan kepada kegiatan pengembangan dan pengukuhan ketiga-tiga segmen perniagaan terasnya, iaitu Automotif, Jentera dan Pembuatan & Kejuruteraan.
 
Azmin bin Che Yusoff berkata, “Dengan memaksimakan penawaran perkhidmatan kepada pelanggan dan pelaksanaan pengoptimuman kos yang ketat, UMW Holdings akan terus berdaya saing sepanjang tempoh ketidaktentuan ekonomi global ini. Menjana pulangan yang bermanfaat adalah keutamaan kami dan ketahanan Kumpulan serta langkah pelaksanaan jangka pendek sederhana akan memastikan bahawa matlamat ini tercapai. " 

Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat bertaraf antarabangsa yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada tiga segmen perniagaan teras - Automotif, Jentera dan Pembuatan & Kejuruteraan. Kami kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 8,000 orang.

Dengan berpegang kepada prinsip Beyond Boundaries®, UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri - dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pemegang sahamnya.

SUMBER: UMW Corporation Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: S Vikneshwaran
Pengurus Besar – Bahagian Hubungan Pelabur & Media
UMW Corporation Sdn. Bhd.
Tel: +603 2025 2104 / +6019 850 5799
Emel: vikneshwaran.s@umw.com.my 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.