PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Julai 08, 2020 -Rabu

 
  ​KAWASAN BAHARU CHONGQING LIANGJIANG MEMULAKAN USAHA KEDUA

Tuesday 23/06/2020



AsiaNet 84433

CHONGQING, China, 23 Jun, 2020 /Xinhua-AsiaNet/ --

18 Jun, 2020 menandakan ulang tahun ke-10 bagi penubuhan Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang. Menurut Jawatankuasa Pentadbiran Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang, KDNK wilayah tersebut meningkat dari 100.2 bilion yuan kepada 339.1 bilion yuan dari tahun 2010 sehingga tahun 2019, untuk berada pada kedudukan ke-4 di antara 19 kawasan baharu nasional China.

Sepanjang dekad yang lalu, konsep bagi pembukaan telah berakar umbi di dalam kesemua aspek bagi pembangunan ekonomi dan sosial untuk kawasan baharu.

Pada November 2019, Majlis Negeri itu telah mempersetujui pembukaan selanjutnya bagi Pelabuhan Guoyuan di Pelabuhan Chongqing untuk menjadikannya sebagai sebuah kawasan terbuka. Ia telah berkembang daripada sebuah halaman penyimpanan di tebing Sungai Yangtze untuk menjadi “pusat pemindahan” dunia dan serta sebagai sebuah titik perhubungan fizikal yang penting di antara Inisiatif Belt and Road dan Kawasan Ekonomi Sungai Yangtze. Kisah Pelabuhan Guoyuan adalah merupakan satu contoh yang baik mengenai pembukaan dan penyertaan pedalaman Chongqing di dalam pasaran global.

Pengangkutan yang selesa telah menarik lebih banyak projek di peringkat tinggi.

Membina di atas kelebihan strategik bagi kawasan baharu peringkat nasional, kawasan teras bagi projek demonstrasi China-Singapura dan kawasan teras bagi zon perdagangan bebas perintis Chongqing, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang sedang maju ke hadapan di dalam pembaharuan dan mempercepatkan pembinaan empat platform utama termasuk Pelabuhan Guoyuan, kawasan pelabuhan terikat, pusat kewangan antarabangsa Jiangbeizui dan bandar raya konvensyen dan pameran Yuelai.

Dengan perkembangan bagi pembukaan kawasan pedalaman, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang telah menarik lebih banyak pelabur asing melalui satu siri program perkongsian, seperti Pusat Kerjasama Antarabangsa Chongqing Liangjiang dan taman-taman perindustrian Sino-Singapura, Sino-Jerman, Sino-Switzerland, Sino-Itali, Sino-Jepun dan Sino-Korea Selatan.

Sekarang, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang akan memulakan usaha kedua mereka. Terima kasih kepada strategi nasional itu, seperti penubuhan bulatan ekonomi Chengdu-Chongqing dan pelan pembangunan bagi wilayah barat di dalam era baharu, ia sedang berusaha untuk membina sebuah portal terbuka pedalaman dan menjadi sebuah destinasi pelaburan global yang penting.

Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang telah membentuk satu sistem pembuatan yang termaju dengan empat tonggak industri bagi automobil, maklumat elektronik, pembuatan peralatan dan bioperubatan. Pembuatan berteknologi tinggi menyumbang 43 peratus daripada nilai keluaran industri itu. Sebuah sistem industri perkhidmatan moden, termasuk kewangan, logistik, perdagangan perkhidmatan, perniagaan, pelancongan kebudayaan dan pameran sebagai badan-badan utama, telah dibentuk. Nilai tambah bagi industri tertiar kawasan itu telah mencapai 231.9 bilion yuan.

Untuk menarik bakat global, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang telah diluluskan sebagai sebuah zon demonstrasi inovasi nasional dan pangkalan demonstrasi keusahawanan dan inovasi nasional. Ia mempunyai sejumlah platform bagi pengambilan bakat, termasuk taman perintis pelajar luar negara Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang, pangkalan kerja bagi  pelajar luar negara yang kembali dengan Western Returned Scholars Association, dan pangkalan inovasi dan keusahawanan luar pesisir bagi bakat-bakat luar negara.

Di masa hadapan, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang akan berusaha untuk membangunkan sebuah kluster perindustrian moden berasaskan kepada maklumat elektronik dan automobil, menggalakkan kluster perindustrian baru muncul yang strategik yang memberi tumpuan kepada kesihatan, peralatan atasan, aeroangkasa dan penerbangan, dan mempercepatkan pengembangan bagi industri perkhidmatan moden yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan dan pengurusan dalam talian ke arah pertengahan dan atasan bagi rantaian nilai global.

Sudah sampai masanya untuk belayar ketika air pasang. Trend pembukaan yang komprehensif, berbilang aras dan luas sedang membentuk semula corak ekonomi bagi kawasan baharu itu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi kawasan baharu itu: 
http://www.liangjiang.gov.cn.

Sumber: Jawatankuasa Pentadbiran Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.