PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Julai 08, 2020 -Rabu

 
  PELAN PEMBUKAAN BAHARU MENINGKATKAN DAYA TARIKAN HAINAN KEPADA PELABUR GLOBAL

Thursday 11/06/2020

AsiaNet 84328

HAIKOU, China, 11 Jun, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Pelan induk China untuk pelabuhan perdagangan bebas Hainan, yang dikeluarkan pada 1 Jun, telah meningkatkan daya tarikan bagi wilayah kepulauan selatan itu kepada pelabur global.
 
Talian penting perkhidmatan pelaburan global itu, yang diwujudkan oleh Biro Pembangunan Ekonomi Antarabangsa Hainan, telah menjadi lebih rancak sepanjang minggu lalu.

“Kami menerima lebih dari 200 panggilan sehari,” kata Lei Ting, ketua bagi bahagian maklumat dan perhubungan media biro itu.

Lei berkata bahawa panggilan itu datang dari lebih 20 buah negara dan wilayah, termasuk Amerika Syarikat dan Britain, dan perundingan mereka adalah terutamanya berhubung pelaburan di dalam teknologi tinggi, penjagaan perubatan dan kesihatan, perdagangan import dan eksport, dan pelancongan di wilayah itu.

Han Shengjian, pengarah bagi biro itu, berkata bahawa tumpuan bagi dasar baharu itu pada liberalisasi dan kemudahan perdagangan dan pelaburan, serta aliran bebas dana dan kakitangan merentas sempadan, adalah cukup menarik kepada perusahaan yang dibiayai oleh pihak asing.

Banyak perusahaan telah mengembangkan operasi mereka ke Hainan. Deloitte China, yang mendirikan pejabat mereka di Hainan pada Januari, adalah merupakan satu daripada perusahaan itu.

“Kami mengharapkan terlalu banyak di Hainan. Dasar bagi pelabuhan perdagangan bebas itu akan membawa banyak peluang perniagaan kepada kami,” kata rakan Deloitte China, Eric Lin. Beliau berkata firma pengauditan dan perundingan itu akan melihat lebih banyak pelanggan dari syarikat-syarikat yang memilih untuk menetap di Hainan dan melancarkan perniagaan global dari sana.

Fosun Tourism Group pada April telah menandatangani satu perjanjian dengan pihak berkuasa Sanya, sebuah kota peranginan di Hainan, untuk memperluaskan sebuah kompleks pelancongan.

Qian Jiannong, pengerusi lembaga dan ketua pegawai eksekutif bagi Fosun Tourism Group, menarik perhatian tentang pembinaan sebuah persekitaran perniagaan berasaskan undang-undang, antarabangsa dan kemudahan seperti yang dinyatakan di dalam pelan itu.

Shen Xiaoming, gabenor bagi Hainan, berkata pada Isnin bahawa Hainan memberi perhatian khusus kepada mewujudkan sebuah persekitaran perniagaan yang terbuka, telus dan dapat diramalkan.

Kerajaan itu juga harus menghormati perusahaan dan usahawan dan membiarkan mereka untuk menjadi hakim muktamad bagi persekitaran perniagaan tempatan, kata Shen pada satu sidang media yang diadakan di Beijing.

Liu Cigui, Setiausaha Parti bagi Hainan, menghulurkan jemputan mesra kepada syarikat-syarikat dan bakat-bakat global pada acara yang sama.

“Pelabur dan bakat dari seluruh pelusuk dunia adalah dialu-alukan untuk melabur di Hainan, mengambil bahagian di dalam pembinaan pelabuhan perdagangan bebas Hainan, dan berkongsi peluang-peluang pembangunan China dan hasil daripada pembaharuan dan pembukaan China,” kata Liu.
 
Sumber: Biro Pembangunan Ekonomi Antarabangsa Hainan

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.