ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  CHINA MENGELUARKAN PELAN INDUK UNTUK PELABUHAN PERDAGANGAN BEBAS HAINAN

Wednesday 03/06/2020



AsiaNet 84235 
 
BEIJING, 3 Jun, 2020 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
Pihak berkuasa China pada Isnin telah mengeluarkan satu pelan induk untuk pelabuhan perdagangan bebas Hainan, yang bertujuan untuk membina wilayah pulau selatan itu menjadi sebuah pelabuhan perdagangan bebas tahap tinggi yang berpengaruh di peringkat global menjelang pertengahan abad ini.

Sebuah sistem pelabuhan perdagangan bebas yang memberi tumpuan kepada pelonggaran dan kemudahan perdagangan dan pelaburan akan “pada dasarnya diwujudkan” di Hainan menjelang tahun 2025 dan menjadi “lebih matang” menjelang tahun 2035, demikian menurut pelan itu yang dikeluarkan bersama oleh Jawatankuasa Pusat bagi Parti Komunis China (CPC) dan Majlis Negeri.

Pihak berkuasa itu menjangkakan untuk menjadikan Hainan, zon ekonomi khas terbesar di China, sebagai barisan hadapan bagi penyatuan China ke dalam sistem ekonomi global, menurut pelan itu.

Ia juga merupakan satu keputusan strategik bagi jawatankuasa pusat CPC berdasarkan kepada keadaan domestik dan antarabangsa, katanya, dengan menyatakan bahawa dunia sedang menghadapi satu pusingan baharu bagi pembangunan, perubahan dan penyesuaian utama, dengan perlindungan dan unilateralisme sedang meningkat dan globalisasi ekonomi menghadapi halangan yang lebih besar.

Membangunkan pelabuhan perdagangan bebas Hainan adalah sangat penting dalam mengejar sebuah ekonomi terbuka, memperdalamkan pembaharuan yang berasaskan pasaran dan memperbaiki persekitaran perniagaan, serta satu pilihan strategik untuk memajukan pembangunan berkualiti tinggi dan tindakan konkrit bagi menyokong globalisasi ekonomi dan membina sebuah komuniti yang berkongsi masa depan bersama untuk manusia sejagat, katanya.

Daripada mengejar keputusan yang cepat, China akan meneruskan rancangannya secara beransur-ansur. Hainan akan diberikan lebih banyak autonomi dalam pembaharuan dan akan digalakkan untuk membuat undang-undang dan sistem pengawalseliaan agar lebih fleksibel dan cekap, oleh itu menghapuskan halangan institusi yang menjejaskan aliran bagi faktor pengeluaran.

Pembinaan pelabuhan perdagangan bebas itu akan menyediakan sokongan kepada matlamat strategik negara dari segi inovasi institusi, dorongan pertumbuhan dan pembukaan yang lebih besar. Hainan akan meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan negara-negara Asia Tenggara, dan menggalakkan pembangunan bersama dengan Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau.
 
Pelan induk itu juga membayangkan peluang-peluang yang begitu banyak di dalam bidang teknologi dan revolusi perindustrian, yang memberi tumpuan kepada pelancongan, perkhidmatan moden dan industri berteknologi tinggi untuk memupuk daya saing baharu bagi pulau itu.

Undang-undang dan peraturan akan dibuat sesuai dengan norma antarabangsa, sementara sebuah sistem bagi pencegahan dan kawalan risiko akan dilaksanakan, katanya.
 
Sumber: Majlis Negeri bagi Republik Rakyat China
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=364571
 
   Kapsyen:    Zon Perintis Pelancongan Perubatan Antarabangsa Boao Lecheng
 
 --BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.