ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  IMPOSSIBLE FOODS MEMPEROLEH INJUNKSI DALAM KES PELANGGARAN TANDA PERNIAGAAN EU

Wednesday 03/06/2020



  • Mahkamah Kesatuan Eropah yang terkemuka memihak kepada Impossible Foods dalam kes pelanggaran tanda perniagaan terhadap Nestlé, syarikat makanan terbesar dunia
  • Keputusan melarang beberapa anak syarikat Nestlé di seluruh Eropah untuk memasarkan “Incredible Burger” dan dikenakan penalti sebanyak €25,000 setiap hari sekiranya jenama yang melanggar undang-undang itu masih berada di pasaran
  • Impossible Foods memohon untuk melindungi hak pengguna terhadap ketelusan dan mahkamah percaya bahawa Nestlé dengan sengaja berusaha untuk mengelirukan pengguna supaya membeli produk mereka dengan meniru nama, identiti visual, dan petunjuk penjenamaan lain dari Impossible Foods
REDWOOD CITY, Calif., 3 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebuah mahkamah Kesatuan Eropah yang terkemuka telah mengeluarkan perintah awal kepada Impossible Foods pada minggu ini, dengan memerintahkan konglomerat makanan global Nestlé S.A. untuk berhenti menggunakan nama produk “Incredible Burger.”

Mahkamah Daerah bagi The Hague memutuskan pada 27 Mei bahawa penggunaan “Incredible Burger” di Eropah melanggar tanda perniagaan ImpossibleTM bagi Impossible Foods, termasuk Impossible BurgerTM, dan berkemungkinan akan mengelirukan pelanggan.

Akibatnya, anak-anak syarikat Nestlé di Eropah dilarang daripada menjenamakan produk “Incredible Burger.” Sekiranya mereka gagal untuk mengeluarkan jenama yang melanggar undang-undang itu dalam tempoh empat minggu, setiap daripada 10 anak syarikat Nestlé yang berasingan yang terlibat dalam kes ini akan dikenakan denda sebanyak €25,000 sehari – satu penalti bagi seluruh syarikat sehingga €250,000 bagi setiap anak syarikat selama tempoh injunksi itu.

“Orang ramai secara khusus mencari Impossible Burger kerana ia adalah sebuah produk unggul yang unik di dalam dunia makanan yang berasaskan tumbuhan,” kata Dana Wagner, Ketua Pegawai Undang-undang bagi Impossible Foods. “Walaupun kami memuji usaha syarikat lain untuk mengembangkan produk berasaskan tumbuhan, kami tidak mahu pengguna bingung dengan imej yang mengelirukan itu. Kami bersyukur kerana mahkamah memperakui pentingnya tanda perniagaan kami dan menyokong usaha kami untuk melindungi jenama kami terhadap serangan daripada sebuah gergasi multinasional yang kuat.”

Inovasi – bukan meniru

Impossible Foods menghasilkan daging daripada tumbuhan -- dengan jejak persekitaran yang jauh lebih kecil daripada daging daripada haiwan. Syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu menggunakan sains dan teknologi moden untuk mencipta makanan yang selamat dan berkhasiat dan memberi makan kepada penduduk yang terus meningkat secara lestari.

Impossible Burger yang berasaskan tumbuhan itu dicari oleh pengguna di seluruh dunia kerana cita rasa, tekstur, rasa dalam mulut dan ciri-ciri masakannya yang unik yang menyaingi daging dari lembu. Impossible Burger adalah hasil daripada hampir satu dekad penyelidikan dan pengembangan sains asas dan tegar di ibu pejabat syarikat itu di Lembah Silikon di California.

Dinamakan syarikat terbaik tahunan oleh Majalah Inc. dan satu daripada 50 syarikat Pintar oleh Majalah Time, Impossible Foods mempunyai satu portfolio harta intelek yang tiada tandingan dengan beratus paten dan paten yang masih menunggu kelulusan. Harta intelektual mereka termasuk kaedah untuk menyahkod dan mereka semula asas molekul dan keseluruhan pengalaman deria bagi daging yang diperolehi daripada haiwan, termasuk bagaimana rasanya, dimasak, berdesir dan bau -- dan bagaimana untuk mencipta semula pengalaman tanpa haiwan.

Dalam keputusan itu, mahkamah Eropah itu mengesahkan kesahihan tanda perniagaan Impossible BurgerTM  dan menyatakan persamaan visual, fonetik dan konseptual di antara jenama tanda perniagaan itu dan jenama “Incredible Burger” Nestlé dan memetik bukti yang banyak bahawa pengguna dan pengulas sebenarnya keliru dengan kesamaan dalam nama. Mahkamah itu juga menyatakan bahawa Nestlé, syarikat makanan terbesar di dunia, nampaknya telah sengaja cuba untuk menghalang kemasukan Impossible Foods ke pasaran Eropah dengan harapan untuk memanfaatkan kekuatan jenama Impossible Foods dengan mempromosikan makanan berasaskan tumbuhan mereka sendiri di bawah satu nama yang serupa.

Untuk siaran berita lengkap dengan butiran lebih terperinci mengenai harta intelek Impossible Foods dan kes itu terhadap Nestlé, klik di sini.

Maklumat lanjut:
impossiblefoods.com
Twitter
Facebook
Instagram
YouTube
Medium
LinkedIn

Kit media:
www.impossiblefoods.com/media

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200602005187/en/

Hubungi

Keely Sulprizio
keely.sulprizio@impossiblefoods.com
415-656-6811

Sumber : Impossible Foods

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.  

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.