ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  LAWATAN KERJA MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI KE TECHNOLOGY PARK MALAYSIA

Wednesday 03/06/2020



Table

YB Khairy melihat robot pemulihan TPM digunakan dalam proses pemulihan pesakit kurang upaya semasa lawatannya ke TPM.


KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Khairy Jamaluddin dan timbalannya, Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim, melakukan lawatan kerja ke Technology Park Malaysia (TPM) di Bukit Jalil pada 2 Jun 2020. Ini merupakan lawatan pertama mereka ke TPM sejak menjawat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri MOSTI.
 
Dalam lawatan tersebut, mereka telah bertemu dengan Pengerusi TPM Corporation, YB Datuk Abu Samah Bachik dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Sharbani Harun untuk membincangkan kemajuan dan perkembangan TPM, serta isu-isu kepentingan bersama.
 
Delegasi menteri turut berkunjung ke syarikat inkubati TPM, BNetworks Sdn.Bhd yang membangun, mengeluarkan dan menyediakan penyelesaian end-to-end Internet of Things (IoT) untuk bandar pintar, kehidupan pintar, connected hospitality dan assisted living market segments. Produk penyelesaian universal IoT bWave mereka merupakan pemenang pelbagai anugerah buatan tempatan dan penyelesaian IoT pertama yang dikomersialkan di Malaysia.
 
Lawatan ini telah memberi peluang untuk memantau dan menganalisis perkembangan agensi, mengukuhkan hubungan MOSTI-agensi yang sedia erat serta menegakkan misi dan kepentingan MOSTI.
 
Technology Park Malaysia, sebuah agensi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, mempunyai infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan sokongan yang bersepadu untuk membantu usahawan teknologi yang berminat untuk mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu, ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Hijau Teknologi. 


Dikeluarkan oleh:
Jabatan Komunikasi Korporat
Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd


SUMBER : Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Aniz Adura Abdul Majid
Pengurus Kanan, Komunikasi Strategik dan Pengurusan Pihak Berkepentingan
Tel : 603-8998 2020 / 019-646 6258 
Faks : 603-8998 2110


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.