ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD LANTIK PENGERUSI BAHARU

Tuesday 02/06/2020



KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Tajuddin Atan sebagai Pengerusi baharunya berkuatkuasa 3 Jun 2020 menggantikan Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid yang tamat tempoh perkhidmatannya di Bank Muamalat pada 2 Jun 2020.
 
“Bagi pihak Bank Muamalat, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Dato’ Dr. Munir atas sumbangan dan khidmat beliau yang tidak ternilai kepada Bank Muamalat terutamanya dalam memimpin pelaksanaan strategi baharu yang meletakkan Bank Muamalat pada landasan yang tepat untuk menyampaikan prestasi yang mampan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin.
 
Tambah beliau, pihak pengurusan dan kakitangan Bank Muamalat mengalu-alukan penyertaan Datuk Seri Tajuddin Atan sebagai ahli Lembaga Pengarah baharu.
 
Di bawah kepimpinan beliau sebagai pengerusi yang baharu, Bank Muamalat berhasrat untuk terus menerapkan budaya risiko pematuhan Syariah untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan Islam pilihan di negara ini.
 
Antara tahun 2011 hingga 2019, Datuk Seri Tajuddin berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif /Pengarah Eksekutif Bursa Malaysia Berhad. Sebelum itu, beliau pernah menyandang jawatan pemimpin kanan di Kumpulan Perbankan RHB, Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan Bank Simpanan Nasional. 

Mengenai Bank Muamalat Malaysia Berhad

Bank Muamalat adalah sebuah insitusi kewangan Islam yang telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1999, dan dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Sebagai sebuah institusi kewangan Islam sepenuhnya, Bank Muamalat menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memenuhi keperluan kedua-dua pihak iaitu individu dan institusi.
 
Secara umum, Bank Muamalat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan individu seperti akaun deposit, pengurusan aset, pembiayaan kenderaan, pembiayaan rumah dan juga pembiayaan peribadi. Bank Muamalat juga menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada pelanggan insitusi dan korporat, daripada khidmat pengurusan tunai, penyelesaian pembayaran,  kewangan perdagangan dan eksport antarabangsa, pertukaran asing, pembiayaan, dan urusniaga pasaran modal.

Bank Muamalat mempunyai 65 buah cawangan, selain mempunyai kemudahan perbankan internet iaitu i-Muamalat, serta e-muamalat yang merujuk kepada rangkaian ATM, CDM, dan CDT yang boleh didapati di hampir 141 lokasi seluruh negara.

Bank Muamalat merupakan ahli Kumpulan DRB-HICOM Berhad di mana ia memiliki 70% saham Bank dengan baki kepentingan dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad, sebuah cabang pelaburan negara.

Bank Muamalat telah diterima secara rasmi sebagai ahli GABV pada 15 November 2017. Bank Muamalat ialah bank Islam pertama di dunia dan yang pertama di rantau Asia Tenggara menjadi ahli Global Alliance for Banking in Values (GABV). 


SUMBER : Bank Muamalat Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama : Saidatul Leiza Suleiman
Tel : +6011 1061 5266 
E-mel : leiza@muamalat.com.my

 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.