ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  AGROBANK LANCAR BULAN PKS 2020

Tuesday 02/06/2020



KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Agrobank telah mengumumkan bulan Jun sebagai Bulan PKS Agrobank 2020. Inisiatif ini bertujuan untuk mengetengahkan kepentingan dan sumbangan besar komuniti PKS terutamanya pengusaha dalam bidang perniagaan agro (agropreneurs) kepada sumber pendapatan, masyarakat dan ekonomi. Pelancaran ini diadakan bersempena dengan Hari Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Antarabangsa seperti yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 27 Jun setiap tahun.

Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, berkata "PKS adalah tulang belakang kepada ekonomi kita di Malaysia. Agrobank percaya kita perlu menghargai sumbangan mereka terhadap pembangunan ekonomi di Malaysia dan sekaligus menyoroti bagaimana PKS menangani perubahan landskap perniagaan."

“Pandemik COVID-19 menjadikan kita lebih menghargai bekalan makanan dan memberi perhatian akan pentingnya jaminan keselamatan makanan. Inisiatif ini juga memberi peluang kepada masyarakat luar untuk mengetahui dengan lebih baik bagaimana pelanggan PKS  kami dalam rantaian bekalan makanan menghadapi lanskap perniagaan ‘normal’ baru.”

Program ini akan berjalan sepanjang bulan Jun, dan akan menjadi platform untuk pihak bank lebih memahami keperluan pelanggan PKS dan sekaligus menyokong pengembangan perniagaan mereka secara berterusan.

Sepanjang bulan ini, Agrobank akan menyoroti kejayaan perniagaan agro PKS yang berjaya, video mengenai bagaimana PKS dalam perniagaan agro dapat menghadapi perubahan yang berlaku sepanjang tempoh COVID-19, sesi bimbingan untuk usahawan, forum dan promosi produk yang berkaitan dengan PKS.
Khadijah menambah, walaupun Bulan PKS hanya untuk jangka waktu satu bulan, usaha dan inisiatif berterusan akan dilakukan sepanjang tahun untuk memastikan pelanggan PKS mereka mendapat manfaat daripada pelbagai program dan produk /perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank itu pada bila-bila masa.

Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank

SUMBER: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Shahreen Rahim
Ketua Seksyen Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Strategik
Agrobank
Tel: 03-2731 1600 (ext 1660) / +6012 943 6217
Emel: shahreen.rahim@agrobank.com.my
 
Name: Rasheffa Rashid
Eksekutif Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Strategik
Agrobank.
Tel: 03-2731 1600 (ext 1650) / +019 2729907
Emel: rasheffa@agrobank.com.my 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.