ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PENYELIDIKAN BAHARU WESTERN UNION MENYEDIAKAN WAWASAN KE DALAM MASA DEPAN BAGI PENDIDIKAN ANTARABANGSA

Tuesday 02/06/2020



Table
Temui pelajar pada masa depan: profil pelajar baharu terbongkar di dalam “Masa Depan bagi Pendidikan Antarabangsa” (Grafik: Business Wire)



Tuntutan, sikap dan tingkah laku pelajar antarabangsa di masa depan akan mengubah cara universiti mendidik, memperkaya dan menjadi tuan rumah kepada populasi mereka

DENVER, 2 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) --  The Western Union Company (NYSE: WU), sebuah pemimpin di dalam pergerakan wang dan pembayaran rentas sempadan, rentas mata wang, hari ini berkongsi satu laporan baharu mengenai “Masa Depan bagi Pendidikan Antarabangsa,” dengan kerjasama The Future Laboratory. Kertas putih itu mengetengahkan lima profil pelajar baharu yang akan berkembang daripada perubahan sikap dan tingkah laku bagi remaja masa kini. Daripada Pemikir Hibrid kepada Siswazah yang Lebih Hijau, laporan baharu ini meramalkan bagaimana institusi akademik harus menyesuaikan diri untuk memenuhi jangkaan ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200601005162/en/

Penemuan itu diperolehi ketika universiti dan kolej di seluruh dunia sedang berkembang untuk mengharungi COVID-19, daripada bergerak secara dalam talian, kepada melewatkan penggal pengajian. Institusi-institusi boleh menggunakan laporan tersebut untuk memastikan dasar-dasar baharu yang mereka perkenalkan adalah sejajar dengan keperluan dan keutamaan bagi pelajar antarabangsa.

“Kita sedang melihat satu respons yang luar biasa daripada institusi akademik berhubung COVID-19. Banyak daripada perubahan yang mereka perkenalkan disebabkan oleh wabak tersebut mempunyai trend yang mempercepatkan yang akan memberi manfaat kepada institusi itu dan pelajar mereka dalam tempoh jangka masa panjang. Dengan berpindah ke bilik darjah maya, misalnya, kita melihat satu peningkatan di dalam Pembelajaran Transnasional, yang meningkatkan akses dan kelenturan bagi kursus-kursus yang ditawarkan,” kata Andrew Summerill, ketua bagi pembayaran global di Western Union.

“Perubahan seperti itu akan membantu institusi-institusi untuk menarik pelajar antarabangsa pada masa akan datang,” kata Summerill. “Seperti yang kita ketahui, mereka semakin mahukan universiti dan kolej untuk melabur di dalam teknologi baharu bagi memodenkan pengalaman pelajar. Sebagai sebuah rakan yang dipercayai yang membimbing universiti ketika mereka berkembang untuk memenuhi jangkaan bagi pelajar masa depan, kami telah menjalankan penyelidikan ini untuk membantu mereka mengharungi cabaran ini.”

“Universiti-universiti yang terlibat secara aktif dengan profil pelajar antarabangsa masa depan ini akan memberikan inspirasi kepada inovasi yang mengujakan di dalam sektor itu dan menyampaikan pertumbuhan yang mapan kepada lanskap pendidikan tinggi yang kental,” kata Summerill.

Trend yang baru muncul ini menyediakan sebuah kit perkakasan untuk bagaimana universiti-universiti dapat menarik pelajar antarabangsa masa depan dan benar-benar berkembang dalam dekad yang akan datang. Ketika pendidikan menjalani satu  kelahiran semula yang radikal untuk menjadikannya sesuai bagi pelajar antarabangsa yang akan datang, merangkum dan menggabungkan elemen-elemen terbaik, paling memberi inspirasi dan paling berguna bagi revolusi digital seterusnya akan menjadi penting untuk mengekalkan satu budaya kampus dan pendidikan sosial-emosi yang menarik.

Western Union Business Solutions adalah sebuah penyedia pembayaran yang dipercayai yang telah memindahkan lebih $14B bagi pihak penyedia pendidikan. Lapan daripada universiti yang menduduki 10 tempat teratas di duniai menjimatkan masa dan wang dengan menggunakan penyelesaian kami dengan meminta pelajar antarabangsa mereka membayar tuisyen mereka di 200 buah negara dan 130 mata wang. Muat turun laporan itu di sini.

The Future Laboratory adalah satu daripada perunding niaga hadapan yang terkenal di dunia. Ia menyediakan satu paduan yang unik bagi meramalkan trend, wawasan pengguna, pandangan jauh, strategi jenama dan inovasi, untuk memberi inspirasi dan menjadikan organisasi tidak ketinggalan zaman.

Maklumat mengenai Western Union

The Western Union Company (NYSE: WU) adalah sebuah pemimpin global di dalam pergerakan wang dan pembayaran rentas sempadan, rentas mata wang. Platform saluran semua arah kami menghubungkan dunia digital dan fizikal dan memungkinkan bagi pengguna dan perniagaan untuk menghantar dan menerima wang dan membuat pembayaran dengan pantas, mudah, dan boleh dipercayai. Sehingga 31 Mac, 2020, rangkaian kami termasuk lebih daripada 550,000 lokasi ejen runcit yang menawarkan perkhidmatan berjenama kami di lebih 200 buah negara dan wilayah, dengan keupayaan untuk menghantar wang kepada berbilion akaun. Di samping itu, westernunion.com, saluran kami yang paling pesat berkembang pada tahun 2019, boleh diperolehi di 75 buah negara, di samping wilayah tambahan, untuk menggerakkan wang ke seluruh dunia. Dengan jangkauan global kami, Western Union menggerakkan wang dengan lebih baik, menghubungkan ahli keluarga, rakan dan perniagaan bagi membolehkan kemasukan kewangan dan menyokong pertumbuhan ekonomi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.westernunion.com.

WU-G

i Kedudukan Universiti Global Pendidikan Tinggi Times 2020
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200601005162/en/

Hubungi

Cristina Hoole
Western Union
Telefon bimbit: +44-(0)7766 070978
Cristina.Hoole@wu.com

Sumber : The Western Union Company

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.