ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  SEMAKAN KELULUSAN DAN PERMOHONAN RAYUAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

Tuesday 02/06/2020



KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa semakan kelulusan permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) boleh dibuat mulai 3 Jun 2020 melalui portal rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my.
 
Sepanjang tempoh permohonan GKP dibuka mulai 1 Mei sehingga 15 Mei 2020, LHDNM telah menerima sebanyak 642,976 permohonan dan sebanyak 488,857 (76.0 peratus) permohonan telah diluluskan. Manakala bakinya sebanyak 81,260 (12.6 peratus) permohonan masih dalam proses semakan lanjut agensi dan 72,859 (11.3 peratus) permohonan lagi telah ditolak.
 
Pemohon GKP yang diluluskan dijangka akan menerima bayaran secara pengkreditan terus ke akaun masing-masing mulai 15 Jun 2020.  Bagi permohonan yang masih dalam semakan pula, keputusan permohonan akan dimaklumkan mulai 8 Jun 2020 dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 15 Jun 2020.
 
Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin Mulai 3 Jun sehingga 15 Jun 2020
 
Bagi memastikan semua pihak yang layak menerima GKP tidak tercicir, Kerajaan bersetuju untuk memberikan peluang kepada pemohon yang gagal dalam permohonan GKP mereka untuk membuat permohonan rayuan mulai 3 Jun sehingga 15 Jun 2020 melalui portal rasmi GKP di  https://gkp.hasil.gov.my.
 
Setiap permohonan rayuan akan diproses dengan teliti dan keputusan rayuan akan dimaklumkan mulai 22 Jun 2020 manakala pembayaran pula dijangka dibuat mulai 29 Jun 2020.
 
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara),

b) HASiL Live Chat;

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

d) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:


Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Tarikh: 02 Jun 2020


SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.