ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA MENAMBAHKAN IC PENGHUBUNG ANTARA MUKA PAPARAN AUTOMOTIF UNTUK SISTEM INFOTAINMEN DALAM KENDERAAN

Tuesday 02/06/2020



Table 

Toshiba: sebuah IC penghubung antara muka baharu “TC9594XBG” untuk sistem Infotainment Dalam Kenderaan (IVI) automotif. (Foto: Business Wire)


TOKYO, 2 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah menambahkan “TC9594XBG” dan “TC9595XBG,” IC penghubung antara muka baharu untuk sistem Infotainment Dalam Kenderaan (IVI) automotif, kepada barisan mereka untuk IC penghubung antara muka paparan. Penghantaran sampel bermula bulan ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200601005322/en/  

Sistem IVI automotif kini menjadi semakin canggih, dan seiring dengan bertambahnya jumlah paparan yang dirangkumkan, begitu juga pilihan panel, bergerak melampaui paparan LVDS yang begitu meluas digunakan. Walau bagaimanapun, ini boleh menimbulkan satu masalah bagi sistem semasa yang tidak menyokong antara muka bagi panel paparan baharu, termasuk DSISM dan eDP. Penyelesaian itu terdapat di dalam IC penghubung antara muka.

Toshiba membawa begitu banyak pengalaman kepada segmen pasaran ini, yang diperolehi daripada membangunkan IC yang menyokong antara muka MIPI® bagi aplikasi pengguna. Ia kini telah menambahkan fungsi berikut kepada barisan mereka untuk aplikasi automotif, satu langkah yang menyelesaikan masalah perbezaan antara muka di dalam sistem automotif dan menyokong pelanggan yang bekerja pada mereka bentuk sistem.

TC9594XBG: Selari dengan MIPI DSI
TC9595XBG: MIPI DSI /DPISM ke DisplayPort™

Ciri-ciri Utama
 TC9594XBGTC9595XBG
InputInput selari
24-bit @ 166MHz
- MIPI DSI 4 Lorong x 1 saluran
- MIPI DPI 24bit@154MHz
Output- MIPI
DSI-TX 4 Lorong x 1 saluran
- VESA® DisplayPortTM 1.1a
ResolusiWUXGA 1920 x1200 @ 24-bitWUXGA 1920 x1200 @ 24-bit
Ta-40 hingga 105℃-40 hingga 85℃
PakejVFBGA80
7mm x 7mm, 0.65mm pic
VFBGA80
7mm x 7mm, 0.65mm pic


Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
TC9594XBG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC9594XBG

TC9595XBG
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TC9595XBG

* MIPI® adalah sebuah tanda perniagaan berdaftar bagi MIPI Alliance, Inc. DPI dan DSI adalah merupakan tanda perkhidmatan bagi MIPI Alliance, Inc.
* DisplayPort™ dan logo DisplayPort™ adalah tanda perniagaan yang dimiliki oleh Video Electronics Standards Association (VESA®) di Amerika Syarikat dan di negara lain.
*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan yang lain adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
 
Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Penjualan & Pemasaran Peranti Kuasa
Tel: +81-3-3457-3933
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, syarikat itu telah mengambil tempatnya di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 24,000 orang pekerja mereka di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk mereka, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Syarikat itu berharap untuk membina di atas jualan tahunan sekarang yang melebihi 750 bilion yen (AS$6.8 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200601005322/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.  

--BERNAMA 



 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.