ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  KAUNTER PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) AKAN DIBUKA PADA 30 & 31 MEI 2020

Friday 29/05/2020



KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa kaunter permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuka di semua Cawangan LHDNM pada 30 dan 31 Mei 2020 (Sabtu dan Ahad), kecuali di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kerana cuti umum Pesta Kaamatan pada tarikh-tarikh tersebut. Kaunter rayuan tersebut akan beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Bagi pemohon BPN di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kaunter permohonan rayuan BPN dilanjutkan ke hari bekerja berikutnya iaitu pada 02 Jun 2020.
 
Langkah ini adalah bertujuan untuk memastikan golongan yang benar-benar layak tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut. Pemohon yang permohonan atau rayuannya tidak diluluskan sebelum ini boleh mengemukakan permohonan rayuan dengan hadir ke kaunter perkhidmatan LHDNM yang terdekat atau melalui e-mel ke rayuanbpn@hasil.gov.my bersama-sama dokumen sokongan yang berkaitan.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara),

b) HASiL Live Chat;

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

d) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:

· Facebook - https://www.facebook.com/LHDNM 

· Twitter - https://twitter.com/LHDNMofficial

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 29 Mei 2020


SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.