ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  KETENANGAN HIDUP DISELUBUNGI ALAM SEMULAJADI

Friday 29/05/2020



Nikmati kedamaian setiap hari di kediaman Seremban 2
 
SEREMBAN, Malaysia, 29 Mei (Bernama-PRNewswire) -- Alam semulajadi memainkan peranan penting mengekalkan keseimbangan ekosistem khususnya dalam memberikan manfaat besar kepada gaya hidup sihat. Bahkan kajian saintifik membuktikan aktiviti luar dikelilingi kehijauan alam mampu mengurangkan tekanan, menyegarkan fikiran dan mengembalikan kecergasan badan.
 
Pelan strategik memanfaatkan kawasan hijau di seluruh bandar Seremban 2 oleh IJM Land berhasil melonjakkan bandar ini menjadi antara perbandaran popular di Negeri Sembilan. Hasilnya penduduk bandar itu dapat menikmati gaya hidup mendamaikan yang lengkap dengan kemudahan komuniti setempat sambil berehat bersama keluarga mengagumi keindahan alam.

Komitmen pemaju memelihara kehijauan alam terbukti menerusi inisiatif pembangunan taman seluas 45 ekar di seluruh perbandaran itu. Daripada keseluruhan kawasan hijau terbabit, seluas 15 ekar dikhaskan untuk S2 City Park yang menempatkan kemudahan kepada penduduk melakukan pelbagai aktiviti luar seperti bermain layang-layang, berseronok di taman permainan, senaman tai chi dan sukan-sukan lain. Berada hampir dengan alam semulajadi membolehkan penduduk menikmati kesegaran udara yang baik untuk kesihatan dan meredakan tekanan darah. Umum mengetahui, kehadiran neurotransmiter serotonin dalam otak penting bagi mengekalkan mood, selera makan dan kesihatan mental secara menyeluruh. Justeru aktiviti meluangkan masa di taman dan menghirup udara segar mampu merangsang rembesan serotonin yang membantu mencetuskan perasaan kegembiraan. Kajian juga mendapati kehadiran bakteria tanah juga antara ejen anti-kemurungan semulajadi yang secara tidak langsung menghindarkan risiko kesihatan seperti sakit jantung dan diabetes.

Manakala, baki 30 ekar kawasan taman terbabit pula dikhususkan untuk Hill Park atau dikenali sebagai Dinosaur Park yang menempatkan arca dinosaur menarik dan menjadi lokasi pilihan orang ramai meluangkan masa bersama keluarga. Kedudukannya yang strategik terletak pada paras ketinggian 400-kaki dari aras laut menawarkan pemandangan menakjubkan seluruh Seremban 2. Sebagai kawasan paling tinggi di Seremban 2, Hill Park menerima cahaya matahari yang ideal untuk penduduk menikmati manfaat Vitamin D di waktu pagi yang penting untuk meningkatkan penyerapan kalsium dalam tulang dan menghindarkan risiko tekanan darah tinggi, jantung dan pelbagai lagi.

Gaya hidup sihat dan gembira juga akan tercetus daripada hasil aktiviti fizikal yang konsisten. Mamahami kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dan mental ini, Seremban 2 turut dilengkapi kompleks sukan seluas 30-ekar yang mempromosikan pelbagai aktiviti sukan komuniti. Antara kemudahan yang terdapat di kompleks itu adalah kolam renang bersaiz Olimpik, stadium hoki dan gelanggang badminton. Semua aktiviti sukan itu mampu merangsang perembesan endorphin iaitu neurotransmiter otak yang bertanggung jawab mencetuskan perasaan kegembiraan menerusi aktiviti senaman.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200528/2815931-1
 
HUBUNGI: Mr Xavier Mah. +603 6411 7662, xavier@xaviermah.my

SUMBER: IJM Land

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.