ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  MENTERI SOSIAL GESA POS INDONESIA UNTUK MENAMBAHKAN KAUNTER DANA SOSIAL

Tuesday 19/05/2020



AsiaNet 84074
 
JAKARTA, Indonesia, 19 Mei, 2020/Antara-AsiaNet/--
 
Menteri Hal Ehwal Sosial Republik Indonesia Juliari P. Batubara telah menggesa Ketua Pegawai Eksekutif PT Pos Indonesia Gilarsi Wahyu Setijono untuk membuka lebih banyak kaunter di pejabat-pejabat pos dan memanjangkan tempoh pengagihan bagi Bantuan Sosial Tunai (CSA) berikutan arahan Presiden Joko Widodo untuk mempercepatkan penghantaran.
 
“Selaras dengan arahan Presiden Joko Widodo, saya telah mengambil beberapa langkah dengan PT Pos dan unit kerja yang berkaitan di Kementerian Hal Ehwal Sosial,” kata Juliari pada Ahad (17/05).
 
PT Pos telah menjangkau menerusi komuniti, tetapi menteri itu menganggap bahawa mereka masih memerlukan lebih banyak kaunter.
 
Juliari telah mengarahkan PT Pos untuk mempertingkatkan perkhidmatan mereka kepada orang awam dengan menambahkan lebih banyak titik pengedaran, sebagai contoh, di dewan mesyuarat desa, sekolah, perkampungan desa, atau mana-mana lokasi yang dapat diakses oleh Keluarga Penerima (BM).
 
“Saya mahu membuka lebih banyak titik (pengagihan) secepat yang mungkin. Saya juga ingin memastikan bahawa pengagihan bagi CSA dilakukan lebih cepat dengan penambahan itu. Ini bertujuan untuk memperluaskan ruang lingkup perkhidmatan dan kawasan liputan,” kata Juliari.
 
Menteri itu juga menuntut agar Pos Indonesia melanjutkan masa pengagihan CSA agar mereka dapat melayan lebih banyak BM dalam satu hari. “Ia mungkin dapat dimulakan dari pukul 7 pagi sehingga akhir atau malam setiap hari. Oleh itu, lebih banyak BM dapat dilayani,” kata beliau.
 
Di samping itu, Juliari telah mengarahkan Direktorat Jeneral bagi Pengendalian Kemiskinan untuk terus memantau dan melaporkan setiap kemajuan pengagihan CSA.
 
“Melalui langkah-langkah ini, adalah diharapkan agar pengagihan CSA itu dapat berjalan dengan pantas dan lancar, dan masih mematuhi protokol kesihatan semasa pengagihan itu. Dengan ini, menjelang Eid Al Fitr, kumpulan pertama bagi pengagihan CSA akan dapat diselesaikan,” kata menteri itu.
 
 
SUMBER: Biro Perhubungan Awam, Kementerian Hal Ehwal Sosial, Republik Indonesia

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.