PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Julai 08, 2020 -Rabu

 
  XI'AN LANCAR KERJASAMA ANTI-PANDEMIK DENGAN BANDAR RAYA BERKEMBAR ANTARABANGSA MEREKA

Thursday 23/04/2020



AsiaNet 83762

XI'AN, China, 23 April, 2020 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
Pada 10 April, satu persidangan video khas telah berlangsung di kota purba Xi'an di barat laut China, demikian menurut Kerajaan Perbandaran Xi'an. Satu pasukan pakar yang terdiri daripada profesor dari First Affiliated Hospital di Universiti Jiaotong Xi'an telah berkongsi pengalaman berhubung pencegahan dan kawalan COVID-19 dengan pakar-pakar perubatan dari 13 buah negara, termasuk Thailand, Malaysia, Singapura dan Pakistan. Sebelum ini, pasukan yang memberikan bantuan perubatan kepada Wuhan sudah berkongsi pengalaman dan pandangan dengan petugas perubatan di Itali, Australia, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Sejak penularan wabak COVID-19 itu, China telah melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang komprehensif dan ketat. Semasa tempoh kritikal itu ketika China menghadapi wabak itu pada kemuncaknya, lebih dari 60 bandar raya berkembar antarabangsa, organisasi antarabangsa dan rakan usaha sama antarabangsa yang lain telah menawarkan apa jua sokongan yang mereka mampu kepada penduduk Xi’an dan menyumbangkan bekalan pencegahan wabak seperti topeng perubatan dan pakaian pelindung. Setelah begitu banyak usaha keras dilakukan, China telah beroleh pencapaian bertahap di dalam mengekang wabak itu, dan ibu kota purba Xi’an sedang menghidupkan kembali kemakmuran mereka.

Disebabkan oleh penyebaran COVID-19 yang pesat pada masa ini di seluruh dunia, beberapa negara di Eropah dan Asia sedang mengalami kesukaran untuk menangani penyakit itu. Sebagai tanda solidariti dan sebagai membalas pertolongan apabila diperlukan, Kerajaan Perbandaran Xi’an dengan kadar segera menyelaraskan bantuan untuk bandar raya berkembar antarabangsa mereka dalam pelbagai cara. Pihak berkuasa Perbandaran telah menyediakan kumpulan pertama bekalan perubatan dan anti-wabak ke tujuh bandar raya berkembar di empat buah negara, iaitu Itali, Iran, Korea Selatan dan Filipina. Pada 20 Mac, bekalan yang disumbangkan termasuk topeng perubatan, pakaian pelindung, sarung tangan perubatan, dan bekalan penyahjangkitan dan pensterilan bernilai lebih dari 3 juta RMB telah dikumpulkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Xianyang Xi'an dan dihantar ke Pompeii dan Veneto di Itali, Isfahan di Iran, Gyeongju dan Jinju di Korea Selatan, dan Ilijan di Filipina. Selepas ketibaan kumpulan pertama bagi bekalan ini, bandar raya berkembar penerima telah menzahirkan rasa terima kasih kepada penduduk Xi'an.

Untuk mengekalkan keberkesanan dan pencegahan berterusan wabak itu dan penyambungan semula pengeluaran secara teratur, Xi'an berusaha sedaya upaya untuk memberikan bantuan pusingan kedua dan menyumbangkan bekalan kepada lebih dari 30 bandar raya berkembar antarabangsa. Pada 13 April, sejumlah bekalan bernilai kira-kira 1.9 juta RMB telah dikumpulkan untuk diedarkan kepada lebih dari 10 bandar raya di beberapa buah negara, iaitu Perancis, Switzerland, Jerman, Malaysia, Colombia dan Nepal, dan bekalan ini akan tiba di destinasi masing-masing tidak lama lagi. Sebagai langkah seterusnya, Xi'an akan mengumpul dan mengedarkan lebih banyak bekalan yang disumbangkan ke bandar raya-bandar raya lain, dan pihak berkuasa bandar raya juga merancang untuk mengirim bekalan kepada perunding-perunding pakar antarabangsa.
 
Sumber: Kerajaan Perbandaran Xi'an

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.