ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  KAWASAN BAHARU CHONGQING LIANGJIANG: PEMBANGUNAN PINTAR MEMPERCEPATKAN PENYAMBUNGAN SEMULA PENGELUARAN

Friday 17/04/2020



AsiaNet 83702

CHONGQING, China, 17 April, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Menurut Jawatankuasa Pentadbiran Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang menduduki tempat pertama di antara kesemua 14 kawasan baharu serantau dalam penilaian pihak ketiga berhubung Pangkalan Demonstrasi China untuk Keusahawanan dan Inovasi pada tahun 2019. Pada masa ini, Kawasan Baharu Liangjiang sedang giat melaksanakan pelan tindakan yang dipacu oleh inovasi strategik yang didorong oleh data besar dan kecerdasan. Perusahaan yang menjalankan transformasi pintar telah melindungi nilai terhadap impak daripada pandemik COVID-19 dan sesetengah juga telah mencapai pembangunan pulih dengan cepat.

Terletak di Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang, Lianchuang Electronics Co., Ltd., yang kebanyakannya menyediakan produk paparan sentuhan bersepadu bagi perusahaan seperti BOE, Tianma, dan Vivo, telah menyaksikan lonjakan dalam pesanan baru-baru ini. Apa yang membuat industri elektronik “melonjak naik menentang trend itu”? Satu daripada faktor penting ialah pembangunan di dalam industri mewah. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Kawasan Baharu Liangjiang telah memberi tumpuan kepada peningkatan bagi keseluruhan rantaian industri elektronik (Cip, panel LCD, terminal pintar, komponen teras dan Internet Benda) ke arah industri intelektual. Perusahaan yang memberi tumpuan kepada inovasi dan transformasi mencapai kelenturan yang lebih tinggi terhadap risiko pasaran.

Sebagai pembangunan kebangsaan dan pembukaan kawasan baharu yang pertama di kawasan pedalaman China, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang telah menyaksikan ulang tahun kesepuluh penubuhan mereka pada tahun 2020. Sekarang ia merebut dengan tangan terbuka peluang-peluang yang muncul daripada inisiatif Zon Perintis Pembangunan Inovasi Ekonomi Digital Kebangsaan dan Generasi Baharu Kebangsaan bagi Zon Perintis Pembangunan Inovasi Kecerdasan Buatan. Dengan meningkatkan integrasi bagi industri kelas atasan, berkualiti tinggi dan berteknologi tinggi dan komponen “pengkomputeran awan”, ia telah menjadi tonggak di dalam pengembangan bagi wilayah barat di dalam era baharu, sebuah pemacu di dalam inisiatif Belt and Road serta sebuah model di dalam memajukan pembangunan lestari di Kawasan Ekonomi Sungai Yangtze.

Industri elektronik adalah satu daripada industri tonggak di Kawasan Baharu Liangjiang, yang menempatkan sejumlah besar terminal elektronik dan menyokong perusahaan rantaian perindustrian. Dengan merancang dan menjalankan pencegahan dan kawalan wabak COVID-19, serta pembangunan ekonomi dan sosial, Kawasan Baharu Liangjiang mengambil peluang strategik melalui perusahaan terkemuka, meneruskan semula keseluruhan pengeluaran rantaian industri dan penyepaduan sistem bekalan kebangsaan dan global, untuk memastikan kelancaran operasi bagi rantaian bekalan. Perusahaan di atas saiz yang ditetapkan di dalam industri elektronik telah beroperasi semula sepenuhnya dan menyaksikan satu peningkatan di dalam pesanan.

Tsinghua Unigroup, sebuah perusahaan litar bersepadu berskala besar di China, telah menetap di Kawasan Baharu Liangjiang dan mewujudkan program keselamatan Pintar + AI mereka dan pangkalan perindustrian cip ingatan Tsinghua Unigroup. Kilang digital Tsinghua Unigroup Huazhi Industry 4.0 itu kini dalam pembinaan. Syarikat itu sedang, mengubah tapak pembinaan mereka untuk menjadi tapak pintar dengan teknologi canggih mereka, seperti data besar, Internet Benda dan kecerdasan buatan.

Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang menyediakan pengecualian cukai, latihan bakat dan dasar-dasar keutamaan perindustrian lain kepada perusahaan. Untuk menangani kesulitan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, satu siri dasar telah dilaksanakan untuk membantu perusahaan tempatan, termasuk perkhidmatan pengangkutan tenaga kerja, subsidi dan “promosi awan”. Kawasan baharu itu diharap dapat menjadi sebuah destinasi pelaburan utama dengan persekitaran perniagaan yang kukuh dan perkembangan perdagangan asing yang stabil.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi: 
http://www.liangjiang.gov.cn.
 
Sumber: Jawatankuasa Pentadbiran Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.