ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  KAWASAN BAHARU CHONGQING LIANGJIANG: MEREBUT PELUANG-PELUANG UTAMA BAGI PEMBUKAAN KAWASAN PEDALAMAN

Friday 17/04/2020



AsiaNet 83700

CHONGQING, China, 17 April, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Sidang Kemuncak Perkhidmatan Industri Lingkaran Ekonomi Chengdu-Chongqing telah diadakan di Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang pada 25 Mac, demikian menurut Jawatankuasa Pentadbiran Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang. Topik termasuk bentuk perniagaan baharu bagi ekonomi digital telah dibincangkan oleh kerajaan-kerajaan tempatan, organisasi perusahaan dan industri melalui pertukaran dalam talian. Berikutan Wilayah Pembangunan yang Diselaraskan Beijing-Tianjin-Hebei, Penyepaduan Delta Sungai Yangtze, dan Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau, Lingkaran Ekonomi Chengdu-Chongqing telah menjadi satu lagi strategi pembangunan wilayah yang penting bagi China. Dengan bandar raya pusat kebangsaan Chongqing dan Chengdu sebagai kawasan teras, China merancang untuk mengembangkan satu kutub pertumbuhan yang signifikan di wilayah barat mereka berdasarkan kepada Inisiatif Belt and Road dan Kawasan Ekonomi Sungai Yangtze.

Sebagai pembangunan kebangsaan dan pembukaan kawasan baharu yang pertama di kawasan pedalaman China, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang telah menyaksikan ulang tahun kesepuluh penubuhan mereka pada tahun 2020 dan inisiatif Lingkaran Ekonomi Chengdu-Chongqing adalah juga satu peluang baharu bagi kawasan baharu itu. Tahun ini, ia akan menyelaraskan pencegahan dan kawalan COVID-19 serta pembangunan ekonomi dan sosial bagi meminimumkan impak bagi pandemik itu dengan tahap keterbukaan yang tinggi. Kawasan Baharu Liangjiang kini telah menyaksikan pengeluaran semula sepenuhnya di dalam perusahaan di atas saiz yang ditetapkan dan syarikat-syarikat asing. Beberapa perusahaan menentang trend ke bawah melalui perindustrian dan pengembangan pengelompokan, yang mengurangkan kos bagi sistem sokongan dan logistik, dan mengekalkan fleksibiliti di dalam rantaian perindustrian dan rantaian bekalan.

Kilang Beijing Hyundai Chongqing, yang terletak di Kawasan Baharu Liangjiang, memikul tanggungjawab bagi eksport CBU (Binaan Lengkap) luar negara bagi Hyundai Beijing. Dengan sokongan Kawasan Baharu Liangjiang, syarikat itu menggunakan satu model pengeluaran dan operasi baharu, dan dengan pantas memulakan pengeluaran dengan barisan pengeluaran pintar mereka yang terkemuka. Ia juga mendorong 122 perusahaan sokongan huluan dan hiliran untuk menyambung semula pengeluaran sepenuhnya. Di antara mereka, Chongqing Hankook Tire & Technology Co., Ltd, yang menyediakan tayar bagi industri automobil, adalah yang paling maju di dalam automasi dan teknologi dengan pelaburan paling tinggi di antara lapan kilang global bagi Hankook Tyre & Technology Co., Ltd.

Pada masa ini, terdapat lapan pengeluar kenderaan dan beratus-ratus perusahaan komponen teras di Kawasan Baharu Liangjiang, yang membentuk satu rantaian perindustrian yang besar dan kompleks. Penyambungan semula rantaian perindustrian dan bekalan yang diterajui oleh perusahaan utama membantu mempercepatkan keupayaan pengeluaran kenderaan di Kawasan Baharu Liangjiang. Sementara itu, banyak peluang telah muncul daripada inisiatif Lingkaran Ekonomi Chengdu-Chongqing yang digalakkan oleh kerajaan pusat. Sebagai jendela pembukaan bagi Chongqing dan China barat, Kawasan Baharu Liangjiang telah menyaksikan pengoptimuman yang berterusan di peringkat persekitaran perniagaan antarabangsa dan telah menjadi satu destinasi penting bagi pelaburan luar negara di barat China.

Daripada penilaian pihak ketiga untuk Pangkalan Demonstrasi China bagi Keusahawanan dan Inovasi yang baru dikeluarkan pada tahun 2019, Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang menduduki tempat pertama di antara kesemua 14 kawasan baharu wilayah merentasi China. Kawasan Baharu Liangjiang menyediakan dasar-dasar industri pilihan bagi perusahaan yang tetap, termasuk pengecualian cukai, penyelarasan hartanah dan pengambilan bakat di samping beberapa dasar inovatif yang merangkumi keseluruhan proses dari peringkat permulaan sehingga kepada penyenaraian. Pada masa akan datang, Kawasan Baharu Liangjiang akan memberi tumpuan untuk membangunkan sebuah portal terbuka bagi kawasan pedalaman China melalui persekitaran perniagaan yang dioptimumkan, berkualiti tinggi dan perkhidmatan yang cekap agar dapat menjadi sebuah destinasi pelaburan global yang penting.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi:  
http://www.liangjiang.gov.cn.
 
Sumber: Jawatankuasa Pentadbiran Kawasan Baharu Chongqing Liangjiang

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.