ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  VDX.TV MELANCARKAN INISIATIF VIDEO DIGITAL GLOBAL PSA UNTUK MEMAKLUMKAN KEPADA ORANG RAMAI MENGENAI COVID-19

Friday 03/04/2020



Inisiatif akan melibatkan kerjasama dengan perbadanan, jenama, agensi, penerbit, dan jurucakap

EMERYVILLE, Calif., 3 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- VDX.tv, sebuah syarikat teknologi pengiklanan global yang mengubah cara jenama berhubungan dengan khalayak yang berkaitan, hari ini melancarkan satu inisiatif video digital Hebahan Khidmat Awam (PSA) untuk membantu meningkatkan kesedaran berhubung COVID-19 dan membantu komuniti dunia menangani dengan lebih baik penyebaran virus itu. Kempen itu akan membolehkan perbadanan, jenama, penerbit, pemasar, dan selebriti untuk bekerjasama bagi membantu memerangi penyebaran ini.

Inisiatif itu mengakui bahawa virus ini telah dan akan terus memberi impak kepada komuniti di seluruh dunia. Iklan video VDX.tv akan diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa untuk menjangkau kepada orang ramai merentasi segenap rantau. Di samping itu, VDX.tv akan menggunakan keupayaan platformnya sepenuhnya untuk menyesuaikan mesej di setiap bandar raya dan menyediakan maklumat yang paling relevan.

“Sepanjang keadaan yang belum pernah terjadi sebelumnya, kami bertekad untuk bertindak dan membantu dengan melakukan apa yang kami dapat lakukan dengan terbaik: berhubungan dengan penonton menerusi pemesejan dan format video yang menarik,” kata Dilip DaSilva, Ketua Pegawai Eksekutif, VDX.tv. “Video adalah format terbaik bagi jenama untuk berkomunikasi dengan pengguna yang berkaitan, dan format yang paling berkesan untuk memaklumkan kepada orang ramai di seluruh dunia tentang bagaimana untuk memerangi dan menangani impak virus ini terhadap keluarga dan komuniti mereka.”

Format VDX.tv, yang bermaksud “Video Driven Experience atau Pengalaman yang Dipacu oleh Video,” bermula dengan video tetapi membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan iklan itu dan meneroka maklumat tambahan. Ini boleh disesuaikan berdasarkan kepada lokasi. Contohnya, iklan itu boleh menyediakan triaj atau pusat ujian terdekat. Ia juga boleh menyediakan pautan kepada sumber-sumber tempatan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

“Kami sedang mendapatkan perbadanan, jenama, agensi, penerbit, dan jurucakap lain untuk menyertai kami. Untuk menyebarkan mesej itu secara meluas, kami memerlukan sumbangan inventori atau dana bagi menyokong pembelian inventori berbayar, dan jurucakap di setiap negara untuk merakamkan video bagi membantu mengedarkan mesej itu,” kata DaSilva. “Saya sendiri telah membuat sumbangan $100,000 untuk memulakan kempen ini. Syarikat kami akan mendermakan kesemua sumber secara percuma. Kami mempunyai kira-kira 500 orang pekerja dan sebahagian besarnya akan membantu dengan inisiatif ini.”

Untuk mengetahui lebih lanjut dan membantu dengan inisiatif ini, sila layari covid-19.vdx.tv.

Maklumat mengenai VDX.tv

VDX.tv adalah sebuah syarikat teknologi pengiklanan global yang mengubah cara jenama berhubungan dengan penonton yang relevan dalam landskap video yang bertumpu pada hari ini. Kami mewujudkan pengalaman yang didorong oleh video yang mengintegrasikan sebuah jenama TV dan mesej digital dan memberi kuasa kepada pemasar untuk memikat penonton, memaksa tindakan, dan mengubah kesedaran untuk menjadi respons. Kami menghubungkan titik di antara orang ramai, peranti dan isi rumah untuk menyampaikan pengalaman jenama yang lebih konsisten, relevan dan bermakna merentasi TV dan peranti peribadi yang berhubungan. Pendekatan pelbagai dimensi kami terhadap penyasaran isi rumah memberikan penglihatan ke dalam perjalanan keseluruhan pengguna, membolehkan jenama untuk menguatkan mesej mereka dan mengubah pengguna untuk menjadi pelanggan.

VDX.tv adalah satu bahagian daripada Exponential Interactive, Inc. Ketahui lebih lanjut di www.vdx.tv.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200402005220/en/

Hubungi

Kite Hill PR bagi pihak VDX.tv
Moira Shannon
moira@kitehillpr.com

Sumber : VDX.tv

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.