ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  MHPS: LOJI KUASA PALING CEKAP DI DUNIA DISELARASKAN KEPADA GRID DAN BEROPERASI PADA BEBAN PENUH, LEBIH AWAL DARIPADA YANG DIJADUALKAN

Thursday 02/04/2020


T-Point 2 (Bahagian depan: T-Point 2, Bahagian belakang: T-Point) (Foto: Business Wire)



-- Kemudahan Pengesahan T-Point 2 Mempunyai Ciri-ciri Rangkaian Kuasa JAC Yang Dipertingkatkan --

·   Kemudahan akan mengesahkan prestasi dan kebolehpercayaan bagi turbin gas JAC kelas 1650°C, turbin gas tugas berat yang paling cekap di pasaran
·   Bersedia untuk menjadi loji kuasa kitaran gabungan berautonomi yang pertama di dunia yang memaparkan suite penyelesaian digital pintar MHPS-TOMONI® 

YOKOHAMA, Jepun, 2 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd. (MHPS) telah memulakan pentauliahan bagi T-Point 2, kemudahan pengesahan loji kuasa kitaran gabungan mereka yang baharu di Takasago Works di Wilayah Hyogo, Jepun. Menggantikan T-Point yang ikonik itu, kemudahan itu akan mempercepatkan teknologi MHPS yang terkemuka di dalam industri dan membolehkan pengesahan yang lebih teguh bagi turbin gas berkelas lanjutan (ACGT) seperti model JAC kelas 1650°C dan suhu ultra tinggi kelas 1700°C. Seperti pendahulunya, T-Point 2 berdiri berasingan sebagai satu-satunya kemudahan di dunia yang melakukan pengesahan kebolehpercayaan jangka panjang berskala penuh untuk turbin gas. Disambungkan kepada grid sebenar, ia adalah satu-satunya loji jenisnya di dunia yang berfungsi sebagai satu penunjuk teknologi dan sebuah pengeluar dan pembekal kuasa elektrik. Juga ditempatkan di Takasago Works adalah pusat-pusat R&D, reka bentuk, pembuatan, dan ujian komponen jangka pendek.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200401005834/en/ 

“Sepanjang tempoh masa itu, kami telah membuktikan keupayaan kami untuk membangun dan mengeluarkan penyelesaian paling canggih bagi industri penjanaan kuasa,” kata Encik Ken Kawai, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, MHPS. “Membina di atas legasi T-Point yang asal, T-Point 2 akan membolehkan kami untuk memperluaskan tapak  kami sebagai rakan penyelesaian pilihan untuk memenuhi keperluan penjanaan kuasa yang sentiasa berubah di seluruh dunia.” 

Kejuruteraan turbin gas generasi akan datang
Apabila operasi komersial dimulakan pada Julai 2020, T-Point 2 dijangka dapat mencapai output kuasa melebihi 566 MW (60Hz), dengan kecekapan hampir 64%, kebolehpercayaan 99.5% dan sebuah turbin suhu masuk 1650°C yang pertama di dunia – meningkatkan piawaian industri bagi prestasi kitaran turbin gas yang digabungkan di seluruh dunia. Prestasi yang dipertingkatkan ini dimungkinkan disebabkan oleh kejuruteraan lanjutan bagi model Dingin Udara Siri J (JAC) yang dinaik taraf, yang merupakan turbin gas pertama yang disahkan di T-Point 2.

Kemudahan baharu itu mempunyai sebuah turbin stim selongsong ganda tiga, menambahkan kecekapan keseluruhan sistem melalui satu kesan pengganda dengan turbin gas JAC. Kecekapan yang lebih baik ini mengurangkan pelepasan karbon dan kehilangan haba, dengan ketara mengurangkan kesan alam sekitar bagi T-Point 2.

“Sistem pengesahan prototaip yang diwujudkan oleh MHPS telah memberi pelanggan kami dengan jaminan yang jelas bahawa mereka menerima penyelesaian tenaga yang  berkaliber paling tinggi dan paling boleh dipercayai di pasaran,” kata Encik Junichiro Masada, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Kanan bagi Bahagian Teknologi Turbin Gas & Integrasi Produk, MHPS. “Pelancaran T-Point 2 adalah bukti terhadap komitmen MHPS untuk menyampaikan teknologi penjanaan kuasa dan perkhidmatan pelanggan yang terkemuka di dalam industri yang diperkuatkan oleh kaedah terbaik dalam kelasnya untuk pengesahan prestasi dan ketahanan.”

MHPS akan menggunakan kemudahan itu untuk menjalankan pengesahan bagi turbin gas bersuhu ultra tinggi kelas 1700°C generasi akan datang, peningkatan turbin stim, teknologi pemeluwap sejuk udara, penjana, dan penukar frekuensi statik.

Membawa penjanaan kuasa kepada era digital
Kerja sedang dijalankan untuk memasang dan melatih teknologi kecerdasan buatan lanjutan di T-Point 2, yang akan menampilkan suite penyelesaian digital MHPS-TOMONI®. Dalam tempoh demonstrasi ketahanan selama 8,000 jam, MHPS akan juga melatih aplikasi AI mereka, yang membolehkan T-Point 2 untuk akhirnya menjadi loji kuasa kitaran gabungan berautonomi yang pertama di dunia. Ini akan melancarkan penjanaan kuasa kepada satu masa depan di mana teknologi digital disepadukan sepenuhnya ke dalam operasi loji, sekali gus membolehkan pemilik-pemilik loji untuk memanfaatkan data bagi mengoptimumkan prestasi, membolehkan penyelenggaraan ramalan berasaskan keadaan untuk peralatan, secara terpilih membuat keputusan mengautomatikkan operasi dan penyelenggaraan (O&M), dan mengurangkan risiko.

Dengan blok bangunan ini, MHPS akan memantau dan menguruskan prestasi loji secara total dari jarak jauh; mengendalikan loji dari jarak jauh dengan menyelaraskan dengan grid dan objektif pengurusan tenaga di seluruh armada; dan menggunakan data sistem sensor dan kawalan untuk membuat keputusan operasi yang lebih bijak dalam tepat masa. Penyelesaian MHPS-TOMONI® yang dikuasakan oleh teknologi lanjutan seperti kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin akan membolehkan MHPS untuk mengautomasikan pembuatan keputusan O&M untuk memaksimumkan keuntungan bagi loji GTCC yang sedia ada dan yang akan datang.

Maklumat mengenai Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd.

Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd. (MHPS), yang beribu pejabat di Yokohama, Jepun, adalah merupakan satu usaha sama yang dibentuk pada Februari 2014 oleh Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. dan Hitachi, Ltd. yang menggabungkan operasi mereka di dalam sistem penjanaan kuasa terma dan perniagaan lain yang berkaitan. MHPS hari ini berada di antara pembekal yang terkemuka di dunia bagi peralatan dan perkhidmatan ke pasaran penjanaan kuasa, dengan disokong oleh 100 bilion yen dalam bentuk modal dan kira-kira 20,000 orang pekerja di seluruh dunia. Produk-produk Syarikat itu termasuk GTCC (kitaran gabungan turbin gas) dan loji kuasa IGCC (kitaran gabungan penggasan arang batu bersepadu), loji kuasa yang dijanakan oleh gas/arang batu/minyak (wap), dandang, penjana, turbin gas dan wap, loji kuasa geoterma, AQCS (sistem kawalan kualiti udara), peralatan periferal loji kuasa dan sel bahan bakar oksida pepejal (SOFC). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Syarikat itu di https://www.mhps.com. Ikuti kami di https://twitter.com/MHPS_Global, atau http://www.linkedin.com/showcase/mhps
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200401005834/en/ 


Hubungi

HUBUNGAN MEDIA:
Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd.
Naoya Kanamura, +81-(0)50-3779-4716
naoya_kanamura@mhps.com
Faks: +81-(0)45-200-7989

Sumber : Mitsubishi Hitachi Power Systems, Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.