ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PROGRAM CSR COVID-19

Thursday 02/04/2020



SEPANG, 2 April (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menyerahkan sumbangan berbentuk barangan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam usaha untuk meningkatkan moral petugas barisan hadapan negara yang bertugas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari ini.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) COVID-19 ini merupakan kesinambungan program-program CSR yang telah diadakan sebelum ini selaras dengan komitmen LHDNM untuk melestarikan pembangunan komuniti, sekaligus dapat memberikan impak positif kepada pegawai-pegawai terlibat yang bertarung nyawa mengekang penularan wabak COVID-19 di pintu masuk utama negara itu. Program ini telah disempurnakan oleh Encik Hishamudin Bin Mohamed, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM. Turut hadir ialah Pengarah Imigresen KLIA, Tuan Meor Ismail Meor Akim dan beberapa orang pegawai dari Jabatan Khidmat Korporat LHDNM.

Antara barangan yang disumbangkan adalah topeng muka, hand sanitiser serta sarung tangan untuk kegunaan harian pegawai-pegawai JIM. Adalah diharapkan sumbangan ini dapat digunakan sepenuhnya dan pada masa yang sama membendung penularan wabak COVID-19 dalam kalangan petugas barisan hadapan. 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 02 April 2020

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21965/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi: www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.