ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KUMPULAN AVISENA TAWAR PEMERIKSAAN COVID-19 SECARA 'DRIVE THRU'

Thursday 02/04/2020



Table
Petugas kesihatan AVISENA di fasiliti ‘Drive-Thru’ Covid-19


SHAH ALAM, 2 April (Bernama) -- Kumpulan AVISENA kini menyediakan perkhidmatan pandu lalu atau ‘Drive Thru’ bagi ujian pemeriksaan Covid-19 melalui teknik PCR di premis Avisena Specialist Hospital bermula 30 Mac yang membolehkan orang awam mengetahui keputusan ujian tersebut dalam hanya 24 hingga 48 jam sahaja.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Avisena, Dato’ Dr Omar Abd Hamid berkata: “AVISENA percaya dengan mempunyai ujian pemeriksaan secara komprehensif merupakan kunci utama dalam membendung wabak Covid-19 ini.

“Konsep ‘drive thru’ Covid-19 ini akan menggalakkan seramai mungkin orang awam untuk menjalani ujian pemeriksaan dengan kontak rapat yang minimum dalam memastikan penjarakan sosial seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pihak kami telah bersedia dengan kelengkapan yang mencukupi bagi memastikan keselamatan kesihatan para pelanggan dan pekerja dalam memberikan perkhidmatan ini kepada orang awam.

Lebih istimewanya, AVISENA juga menawarkan perkhidmatan dan nasihat susulan oleh petugas kesihatan professional melalui panggilan telefon selepas ujian dijalankan. Perkara ini merupakan inisiatif pihak AVISENA dalam membantu petugas-petugas kesihatan kerajaan dalam memutuskan rantaian pandemik Covid-19 ini.

Kaedah ini memerlukan seseorang untuk kekal berada di dalam kereta ketika sampel diambil yang hanya mengambil masa kurang dari 10 minit.

Bagi yang prihatin dan mempunyai kebimbangan jika mereka mungkin terdedah kepada wabak ini, ujian ‘drive thru’ Covid-19 ini boleh dijalani daripada Isnin hingga Jumaat jam 10 pagi hingga 2 petang dengan kos bernilai RM590 seorang. Mereka boleh hadir secara ‘walk-in’ atau tempahan temujanji melalui pendaftaran atas talian di pautan https://avisena.com.my/covid19/ yang dibuka setiap hari.

Untuk makluman lanjut, orang awam dialu-alukan untuk menghubungi pihak AVISENA di talian 03- 5515 1888 atau e-mel truecare@avisena.com.my.

Kumpulan AVISENA kini mempunyai dua buah hospital, Avisena Specialist Hospital dan Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital dengan kapasiti kedua-duanya sebanyak 264 buah katil dan 75 orang pakar perubatan bedah dan profesional.

MENGENAI KUMPULAN AVISENA

HOSPITAL PAKAR AVISENA (dahulunya dikenali sebagai Hospital Pakar DEMC)

Diasaskan 22 tahun lepas, Hospital Pakar Avisena ini adalah pusat jagaan kesihatan yang berkembang maju di Shah Alam, menawarkan perkhidmatan pakar dan program kesihatan yang lengkap. Dimiliki dan dikendalikan oleh Avisena Holdings Sdn. Bhd., Hospital Pakar Avisena memiliki reputasi sebagai pusat perubatan sehenti untuk seisi keluarga. Avisena sentiasa berusaha untuk menawarkan perkhidmatan berbeza dan unik tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pelanggan.

Hospital Pakar Avisena yang terletak di Seksyen 14, Shah Alam ialah sebuah bangunan 19 tingkat dengan kapasiti 124 buah katil dan 40 orang pakar perubatan bedah dan profesional. Hospital Pakar Avisena, yang memperoleh akreditasi daripada MSQH, menawarkan kombinasi penjagaan kesihatan peribadi yang unik.

Hospital Pakar Avisena pernah memenangi anugerah SME Brand Champion Award dan SME Best Brand Award Brandlaureate 2018/2019.

HOSPITAL PAKAR WANITA DAN KANAK-KANAK AVISENA

Hospital Pakar Wanita dan Kanak-Kanak AVISENA merupakan hospital swasta pertama seumpamanya yang menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia yang menumpukan secara khusus kepada penjagaan dan rawatan untuk wanita dan kanak-kanak. Dibuka pada bulan Mei 2019, bangunan eksklusif berkonsep butik yang memberi layanan peribadi itu mempunyai 140 buah katil, 4 buah Dewan Bedah (OT), Unit Rawatan Rapi (ICU) sepenuhnya yang mesra kanak-kanak, Unit Kritikal Untuk Bayi (NICU) dan Unit Separa Kritikal (HDU). Ketika pesakit melahirkan cahaya mata atau memerlukan perkhidmatan ginekologi, rawatan kesihatan wanita, penjagaan paediatrik atau perkhidmatan yang lebih khusus, AVISENA berusaha untuk memberikan penjagaan kesihatan dengan layanan peribadi terbaik. Jenama peruncitan makanan dan minuman popular seperti Street Churros, Jamaica Blue Coffee, MBG Fruits, Daily Fresh, Makcik Café dan beberapa lagi turut ditempatkan di hospital baharu itu.

PUSAT DIALISIS AVISENA

Terletak bersebelahan Hospital Pakar Avisena, Pusat Dialisis Avisena dilengkapi dengan 25 buah mesin dan bagi memenuhi keperluan pesakit yang semakin ramai, Kumpulan Avisena merancang untuk membuka tiga buah lagi pusat dialisis.

Untuk maklumat lanjut mengenai Avisena sila layari www.avisena.com.my

Kenyataan Media dikeluarkan oleh:
Pemasaran & Komunikasi Korporat
Kumpulan Avisena

SUMBER: Avisena Holdings Sdn Bhd (Formerly Known As DEMC Specialist Hospital)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Hazira Hamdan
Eksekutif Pemasaran & Komunikasi Korporat
Tel: 019-995 5884
E-mel: h.hazira@avisena.com.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.