ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  SANYA MEMPERKENALKAN MASKOT BERGERAK UNTUK SUKAN PANTAI ASIA KEENAM

Wednesday 01/04/2020



AsiaNet 83516

SANYA, China, 1 April, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 31 Mac, Jawatankuasa Penganjur Sukan Pantai Asia Sanya 2020 Keenam (kemudian dari ini disingkatkan sebagai “SABG”) telah memperkenalkan maskot bergerak untuk Sukan itu. Dalam imej-imej ini, maskot Ya Ya ditunjukkan sedang beraksi dalam 17 acara sukan seperti seorang atlet serba boleh, mentafsirkan konsep yang mengikut perkembangan terbaharu, hijau, hebat dan mengagumkan bagi Sukan itu dan mempamerkan pelawaan mesra kepada  orang ramai di seluruh pelusuk dunia.
 
Setiap maskot bergerak memaparkan gaya Ya Ya yang mengikut fesyen dan bertenaga sedang melakukan aksi sukan dengan kesan visual yang terbaik. Memberikan perhatian penuh, mantap, bersantai dan ceria, Ya Ya merangkumi semangat sukan yang berdaya usaha, cergas, dan muda bagi SABG dengan matanya yang berkilauan, wajah tersenyum, dan gerak isyarat sukan yang dinamik.
 
Ya Ya digayakan dalam pelbagai cara mengikut ciri-ciri sukan itu. “Piktogram sukan itu perlu memperlihatkan Ya Ya bukan sahaja sebagai baik hati, cantik dan bertenaga, tetapi juga ciri-ciri bagi setiap sukan dari segi kepantasan, profesionalisme dan kekuatan.” Pasukan reka bentuk untuk maskot bergerak itu berusaha untuk menghasilkan kesan yang menakjubkan dalam satu cara yang mudah tetapi jelas,” kata ketua bagi pasukan reka bentuk Zheng Lei. Setiap imej maskot itu mencerminkan “detik-detik penting” bagi setiap sukan dan mempamerkan nilai khas dan kecemerlangan fizikal mereka.
 
Sebagai satu bahagian penting dalam sistem visual SABG, maskot bergerak itu akan digunakan secara meluas dalam keadaan seperti tempat sukan, pemasaran, dan projek imej dan lihat untuk promosi Sukan itu, kata orang yang bertanggungjawab bagi perkara itu di SABGOC.
 
Sebagai acara pelbagai sukan benua yang pertama kali diadakan di wilayah Hainan, SABG akan berlangsung di Sanya dari 28 November hingga 6 Disember 2020. Adalah dilaporkan bahawa 17 sukan, 19 disiplin, termasuk sejumlah 93 acara, sepertimana yang diluluskan oleh OCA, telah ditetapkan untuk Sukan itu. 17 sukan itu adalah Luncur Air, Bola Sepak Pantai, Kabaddi Pantai, Seni Mempertahankan Diri (Gusti Pantai dan Jujitsu), Teqball, Bola Keranjang 3x3, Perahu Naga, Akuatik (Renang Sejadi dan Polo Air), Bola Kayu Pantai, Olahraga Pantai, Aquatlon, Belayar, Sukan Mendaki, Powerboat, Bola Tampar Pantai, Bola Baling Pantai, dan Luncur Udara Berkuasa.

Sumber: SABG

Pautan Lampiran Imej:
 
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=361087

Kapsyen: Maskot bergerak untuk Sukan itu

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.