ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​PAMERAN FESYEN DAN MANGA AKAN DIADAKAN DI PUSAT SENI KEBANGSAAN, TOKYO, SEMASA MUSIM PANAS 2020

Tuesday 31/03/2020



AsiaNet 83427

TOKYO, Jepun, 31 Mac, 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- Nikmati Sehari Suntuk dalam Bangunan Kaca yang Menakjubkan di Roppongi –

Pusat Seni Kebangsaan, Tokyo (NACT) telah mengumumkan jadual pameran mereka semasa musim panas 2020, termasuk pameran mengenai “Fesyen di Jepun 1945-2020” dan “MANGA -- TOKYO.”

Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/202003117936?p=images 
 
Dengan mempunyai satu daripada ruang pameran terbesar di Jepun, NACT adalah sebuah muzium seni popular yang menarik lebih dari dua juta pelawat dari seluruh pelusuk dunia setiap tahun, dengan pelbagai pameran yang mencakupi dari seni moden dan kontemporari di seluruh dunia sehingga kepada manga, seni bina, dan fesyen.

Sebagai tambahan kepada pameran itu, NACT menawarkan banyak cara untuk meluangkan masa dengan tiga kafe dan sebuah restoran, serta sebuah kedai dengan banyak pilihan barangan. Bangunan fotogenik itu dengan “dinding tirai” kaca bak gelombang, yang direka oleh arkitek Kisho Kurokawa, juga adalah satu daya tarikan secara tersendiri. Walaupun berada di tengah-tengah ibu kota, ruang bahagian dalam itu bermandikan dengan cahaya dan kehijauan pokok-pokok, yang membolehkan pelawat untuk mengalami konsep “sebuah pusat seni yang dikelilingi oleh ruang hijau.”

Pada Jumaat dan Sabtu, NACT dibuka sehingga pukul 8:00 malam. (9:00 malam dari Julai hingga September). Ia terletak di daerah Roppongi yang canggih, sebuah pusat global bagi seni, fesyen, dan tempat makan yang dikelilingi oleh kemudahan beli-belah seperti Roppongi Hills dan Tokyo Midtown, bersama dengan restoran dan hotel.

Jadual pameran khas:

- Perbualan yang kekal abadi 2020: Suara dari Seni Jepun Masa Lalu dan Masa Kini
(tutup pada 1 Jun, tarikh pembukaan akan disahkan kemudian)
 
-Fesyen di Jepun 1945-2020 (3 Jun – 24 Ogos)
Satu pengenalan komprehensif kepada budaya fesyen Jepun, yang telah mendapat perhatian seluruh dunia, dari era pasca Perang Dunia II sehingga sekarang
 
-MANGA -- TOKYO (8 Julai – 22 September)
Walaupun memberi tumpuan kepada manga, anime, permainan, dan tokusatsu (filem SFX), pameran ini mengesan bagaimana kerja-kerja ini telah mengubah kenangan orang ramai mengenai “Tokyo” dengan pelbagai gambar asal, model dan filem.

-TOKUJIN YOSHIOKA Rumah Teh Kaca KOU-AN (berlangsung sehingga 10 Mei, 2021)
Untuk butiran lanjut: https://www.nact.jp/english 
 
Untuk beberapa pameran khas, panduan audio (bayaran diperlukan) boleh diperolehi dalam bahasa Jepun, bahasa Inggeris, bahasa Cina, dan bahasa Korea.
 
SUMBER: Pusat Seni Kebangsaan, Tokyo

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.