ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERI SEPENUH SOKONGAN UNTUK KEMPEN RACE FOR COVER: TOWARDS TAKAFUL 2020 ANJURAN MALAYSIAN TAKAFUL ASSOCIATION

Friday 21/02/2020



KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) merupakan salah satu pengendali takaful yang telah menjalin usahasama dengan Malaysian Takaful Association untuk kempen Race for Cover: Towards Takaful 2020. Kempen tersebut adalah usaha bersepadu industri bagi meluaskan kesedaran mengenai pelan takaful keluarga dengan matlamat menyeluruh untuk meningkatkan kadar penetrasi takaful dan merapatkan jurang perlindungan di kalangan rakyat Malaysia. Ia juga demi memastikan rakyat Malaysia memahami manfaat-manfaat takaful keluarga dan kepentingannya dalam melindungi diri mereka serta keluarga.
 
Kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk mendapatkan penjagaan dan rawatan daripada hospital swasta, namun perkhidmatan kesihatan di fasiliti tersebut mungkin terlalu mahal dan mampu memudaratkan kewangan seseorang. Justeru, PruBSN telah memperkenalkan pelan PruBSN AnugerahPlus pada Januari 2019, iaitu penyelesaian patuh syariah yang mampu dimiliki dan boleh diubah suai, bagi membolehkan pelanggan membina pelan perlindungan yang ideal berdasarkan keperluan dan bajet mereka. PruBSN AnugerahPlus merupakan produk induk terkemuka yang telah dilanggani oleh lebih daripada 74,000 peserta setakat ini.
 
“Kami amat berbesar hati untuk turut serta memberi sokongan kepada Malaysian Takaful Association sekali lagi melalui kempen Race for Cover, yang telah dilanjutkan khusus bagi pelan-pelan medikal dan kesihatan. Kami faham apabila kecemasan berlaku, pelanggan yang mengalami penyakit kritikal perlu fokus menjalani pemulihan dan tidak dibebani masalah kewangan. Melalui PruBSN AnugerahPlus, pelanggan boleh menikmati manfaat daripada pelan-pelan tambahan untuk membina perlindungan yang lengkap buat diri mereka.” Wan Saifulrizal Wan Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN mengulas.
 
Perlindungan komprehensif dan fleksibel
 
Medic Protector adalah pelan perubatan mampu milik yang dilampirkan bersama PruBSN AnugerahPlus, yang meliputi kos kemasukan hospital, pembedahan atau rawatan pesakit luar terpilih tanpa had seumur hidup. Ia juga mempunyai ciri Medic Booster yang membolehkan had tahunan ditingkatkan sebanyak RM1 juta. Sebagai perlindungan tambahan, pelanggan boleh mengukuhkan pelan mereka melalui pelan-pelan rider penyakit kritikal yang akan membayar pampasan sekaligus apabila pesakit disahkan menghidap mana-mana 43 penyakit kritikal yang tersenarai. Ini adalah senarai penyakit kritikal terbanyak yang dilindungi oleh mana-mana pengendali takaful di Malaysia.
 
Melindungi daripada impak kewangan akibat kanser
 
“Seperti yang kita sedia maklum, kos rawatan kanser tidak hanya terhad kepada perbelanjaan hospital dan perubatan tetapi turut merangkumi liabiliti kewangan lain seperti kos penjagaan di rumah, makanan dan vitamin tambahan, serta terapi alternatif.” tambah Wan Saifulrizal.
 
PruBSN AnugerahPlus mampu membantu merapatkan jurang kewangan ini melalui rider Cancer Protector yang menyediakan bayaran sekaligus sebanyak 5% dan 10% daripada jumlah perlindungan apabila menghidap tahap awal kanser dalam tahun pertama dan kedua sijil seterusnya. Ini membolehkan pesakit menerima rawatan perubatan terbaik secepat mungkin dan meningkatkan kebarangkalian untuk sembuh.
 
Memenuhi keperluan spiritual
 
PruBSN turut meletakkan komitmen yang tinggi dalam memastikan kesejahteraan jangka panjang buat komuniti yang disokongnya.
 
Pelan Ihsan rider membolehkan pelanggan untuk menderma serendah RM5 sebulan bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga-keluarga miskin tegar. Kesemua sumbangan akan disalurkan kepada program PruBSN Microtakaful Jariyah yang menyediakan ketua isi rumah B40 dengan perlindungan hayat asas sebanyak RM10,000 bertempoh 12-bulan apabila mereka meninggal dunia.
 
Dapatkan maklumat lanjut di www.prubsn.com.my/ms/our-products/products/prubsn-anugerahplus/ atau hubungi 03-20537188 untuk membuat janji temu bersama Perunding Takaful PruBSN bagi khidmat nasihat percuma.
 
Mengenai Prudential BSN Takaful Berhad
 
Ditubuhkan pada 2006 melalui lesen oleh Bank Negara Malaysia, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) adalah hasil usaha sama antara Bank Simpanan Malaysia dan Prudential plc di UK; dua buah syarikat dengan prestasi kewangan yang kukuh dalam bidang kepakaran mereka masing-masing.
 
Berlandaskan konsep ta’awun (kerjasama dan bantuan bersama), PruBSN menyediakan pelbagai penyelesaian perlindungan takaful keluarga patuh syariah. Hari ini, PruBSN memiliki lebih daripada 13,000 perunding takaful yang memenuhi keperluan kesihatan dan perlindungan yang kian meningkat untuk lebih 900,000 rakyat Malaysia dan keluarga mereka dengan mendengar, memahami dan yang paling penting melaksanakan.
 
Ikuti PruBSN di saluran-saluran berikut untuk acara dan maklumat terkini:

Website: prubsn.com.my
Facebook
: @PruBSN
YouTube: 
@PruBSN Official 
Instagram: 
@PruBSN_Official 

SUMBER: Prudential BSN Takaful

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Hafiz Felani
Pengurus Kanan, Penjenamaan & Komunikasi
Prudential BSN Takaful
Tel: 03 – 2778 3624, 019-293 3590
Emel: hafiz.felani@prubsn.com.my
 
Nama: Rina Ali
Pengurus, Penjenamaan & Komunikasi
Prudential BSN Takaful
Tel: 03 – 2778 3625, 012-933 1362
Emel: wan.madzrina@prubsn.com.my
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.