ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  MYEXPERIENCE TAWAR 500 PAKEJ NICHE PELANCONGAN SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020

Friday 21/02/2020



KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Tourism Malaysia telah melancarkan ‘PAKEJ MYexperience SEMPENA VISIT MALAYSIA 2020’ bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur pada 20 Februari 2020. 

Objektif utama pelancaran ini adalah untuk meningkatkan promosi produk-produk pelancongan minat khas (niche product) melalui pengumpulan 500 pakej-pakej niche yang komprehensif di dalam terbitan booklet MYexperience. Booklet ini telah dikemaskini dan ditambah nilai dengan penglibatan 109 pengusaha-pengusaha pelancongan berdaftar yang mempromosi pakej-pakej yang menarik untuk Tahun Melawat Malaysia 2020. Ia diharap dapat menarik minat pelancong tempatan dan juga pelancong antarabangsa.

Majlis pelancaran ini diserikan dengan aktiviti-aktiviti bercorak interaktif dan berinformasi sepanjang program berlangsung. Dianggarkan kehadiran seramai 200 jemputan yang terdiri daripada organisasi kerajaan dan swasta, pihak universiti awam dan swasta, serta pihak industri pelancongan.

“Pelancaran booklet MYexperience ini tepat pada masanya dan sangatlah bersesuaian bagi menggalakkan percutian domestik di kalangan penduduk Malaysia,” ulas YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Jelas menteri itu lagi, Pakej Myexperience juga selari dengan inisiatif ‘quick win’ dalam menangani industri pelancongan negara yang turut terkesan susulan daripada krisis COVID-19 yang ketara di peringkat global.

Pakej Myexperience ini boleh diperolehi melalui www.malaysia.travel dan vm2020.malaysia.travel selain dari laman sesawang setiap agensi pelancongan yang terlibat. Tempoh sah laku pakej yang ditawarkan adalah sehingga penghujung Disember 2020. Pakej-pakej yang ditawarkan meliputi 23 segmen termasuklah pelancongan sukan, pelancongan ekologi, pelancongan perubatan atau kesihatan, pelancongan pendidikan, pelancongan gastronomi, pelancongan berasaskan gaya hidup serta membeli-belah. 

Untuk mendapatkan siaran akhbar, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourism.gov.my/ 

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Tourism Malaysia menumpukan kepada tugas khusus iaitu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2018, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25.8 juta orang pelancong asing dan pendapatan pelancong berjumlah sebanyak RM84.1 bilion sekali gus meletakkan negara ini dalam kalangan destinasi pelancongan utama dunia. 

SUMBER: Tourism Malaysia  

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Pembangunan Pakej
En. Nizam Abdul Wahid
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Pakej
Emel: nizam@tourism.gov.my
Tel: +603 8891 8544

Unit Media
En. Muadz Samat
Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat
Emel : muadz@tourism.gov.my

Tel: +603 8891 8755 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.