ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  CRADLEPOINT SYARIKAT PERTAMA YANG MENAWARKAN PORTFOLIO PENYELESAIAN PINGGIR WAYARLES 5G YANG MENYELURUH UNTUK PERNIAGAAN

Thursday 20/02/2020



Telstra memilih Cradlepoint sebagai penyelesaian 5G untuk perkhidmatan Wayarles Perusahaannya


BOISE, Idaho, 20 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Cradlepoint, pemimpin global dalam penyelesaian pinggir wayarles LTE dan 5G yang disampaikan oleh awan, hari ini mengumumkan portfolio penyelesaian 5G paling menyeluruh dalam industri yang dikuasakan oleh Perkhidmatan NetCloud syarikat itu dan dibina secara eksklusif untuk memenuhi imperatif perniagaan seperti ketersediaan, saling kendali, keselamatan dan kebolehurusan. Portfolio penyelesaian “5G untuk Perniagaan” baharu membolehkan pelanggan mengerahkan Internet perniagaan wayarles dan rangkaian kawasan luas (WAN) yang pantas dan boleh diharap.

Telstra Memilih Cradlepoint untuk perkhidmatan Wayarles Perusahaan

Telstra ialah rakan pelancaran untuk penyelesaian Cradlepoint 5G pertama yang bakal dipasarkan ke pasaran — Penyesuai Jalur Lebar 5G Siri-W2000, iaitu penyelesaian pinggir wayarles 5G untuk perkhidmatan Wayarles Perusahaan oleh Telstra. Percubaan pelanggan dijadualkan akan bermula pada April 2020.

“Matlamat kami untuk menyampaikan penyelesaian 5G terbaik yang tersedia kepada perniagaan di Australia telah membawa kami kepada NetCloud oleh Cradlepoint dan Penyesuai Wayarles 5G Siri W2000 yang baharu,” komen Eksekutif Mobiliti Telstra Andrew Stormont.

“Kami tahu bahawa keperluan rangkaian untuk pelanggan perniagaan dan perusahaan kami amat berbeza dengan keperluan pengguna, dan ini menjadi faktor penentu dalam keputusan kami untuk bekerjasama dengan Cradlepoint untuk penyelesaian 5G Wayarles Perusahaan kami. Pendekatan menyeluruh mereka serta kepimpinan dan kepakaran rangkaian Telstra, memudahkan pelanggan perniagaan untuk menggunakan 5G sambil menyediakan alat pengurusan hebat yang penuh.”

Syarikat Pertama Dengan Penyelesaian Rangkaian 5G Paling Komprehensif untuk Perniagaan

Dengan menggabungkan platform NetCloud dengan reka bentuk serba baharu untuk modem 5G dan sistem antena, Cradlepoint ialah syarikat pertama dalam industri ini untuk menangani imperatif perniagaan yang kritikal seperti ketersediaan, keselamatan, dan kebolehurusan rangkaian dan menyediakan laluan yang lancar ke arah 5G untuk pelanggan perniagaan. Kebolehan khusus termasuklah: menggabungkan LTE, LTE Kelas Gigabit dan 5G dalam WAN wayarles tunggal; sokongan untuk semua varian 5G – jalur rendah dan jalur pertengahan (Sub-6Ghz) dan jalur tinggi (gelombang milimeter) – merentasi operator wayarles besar; saling kendali dengan SD-WAN pelanggan dan infrastruktur penghala sedia ada, dan menyampaikan kitaran hayat pengurusan rangkaian keseluruhan – daripada kemudahan pengerahan sehinggalah operasi yang dipermudah dan penyelesaian masalah.

“Portfolio baharu penyelesaian pinggir wayarles 5G kami yang dikuasakan oleh NetCloud ini membuktikan satu lagi pencapaian pertama dalam industri buat Cradlepoint,” jelas George Mulhern, pengerusi dan CEO Cradlepoint. “Kami teruja adanya Telstra – operator mudah alih terkemuka Australia – sebagai rakan pelancaran sedunia untuk Penyesuai Jalur Lebar 5G Siri-W2000 kami yang baharu. Mereka berkongsi kepercayaan yang sama dengan kita bahawa pelanggan perniagaan semakin menerima 5G untuk mendapatkan aplikasi dan kebolehan perniagaan yang baharu dan disruptif, tetapi bukan sehingga menjejaskan ketersediaan, keselamatan, dan kebolehurusan rangkaian.”

Elemen penyelesaian perniagaan 5G oleh Cradlepoint termasuklah:

Penyesuai dan Modem Jalur Lebar 5G

Penyesuai Jalur Lebar 5G Siri-W yang bakal dilancarkan ini dikawal dan diurus oleh Perkhidmatan NetCloud oleh Cradlepoint dan adalah berdasarkan teknologi modem syarikat yang dikhususkan perisian. Siri-W ini direka bentuk untuk menyokong pelbagai pengerahan 5G oleh operator wayarles di seluruh dunia berdasarkan jalur rendah, jalur pertengahan, dan spektrum gelombang milimeter, dan boleh disambungkan dari jauh dengan penghala premis pengguna yang menggunakan Ethernet 1Gbps atau 2.5Gbps atau sambungan fiber. Wi-Fi 6 bersepadu menyokong konfigurasi setempat dan keadaan penggunaan masa hadapan. Versi 5G baharu Cradlepoint untuk modem penghala modular medan yang boleh dinaik taraf juga dirancang. Model khusus termasuklah:
  • Penyesuai Jalur Lebar 5G Siri-W2000 untuk mengerahkan jalur rendah dan jalur pertengahan (Sub-6Ghz) hadir dengan kedua-dua unit dalam bangunan (IDU) dan unit luar bangunan (ODU) yang tahan lasak. Percubaan pengguna Telstra untuk model ini dijadualkan bermula April 2020 dan untuk operator wayarles lain bermula pertengahan 2020.
     
  • Penyesuai Jalur Lebar 5G Siri-W4000 untuk rangkaian selular gelombang milimeter dengan reka bentuk unit luar bangunan (ODU) yang tahan lasak dan boleh dipasangkan terus pada dinding luaran, tiang dan atap. Siri-W4000 dijangka akan tersedia pada suku ketiga tahun 2020.
     
  • Modem Modular 5G (Sub-6Ghz) memberikan laluan dengan medan yang boleh dinaik taraf untuk 5G untuk penghala modem berganda Sedia 5G Cradlepoint. Ketersediaan dirancang untuk lewat 2020.

Dibina untuk Perniagaan, Dikuasakan oleh NetCloud

Perkhidmatan NetCloud menguasakan setiap penyelesaian pinggir wayarles Cradlepoint, termasuklah penawaran 5G yang baharu. Ini membolehkan pelanggan membina dan mengurus WAN wayarles dengan pengurusan kitaran hayat yang lengkap, pengerahan sifar sentuhan yang sebenar, keselamatan yang kukuh, dan pengurusan trafik SD-WAN untuk prestasi aplikasi dan kebolehharapan yang optimum. Berikut ialah beberapa ciri NetCloud baharu yang menyokong penyelesaian pinggir 5G Cradlepoint yang baharu:
  • Mod Kaptif: Apabila berpasangan dengan penghala Cradlepoint 5G Ready, modem Siri-W yang jauh muncul dan berfungsi dalam Pengurus NetCloud seperti modem bersepadu, memudahkan pengerahan dan pengurusan sambil mengurangkan kos pelesenan bagi pasangan tersebut. Ciri ini tersedia hari ini.
     
  • Aplikasi Mudah Alih Cradlepoint Verify™: Aplikasi mudah alih peneman untuk membantu pemasang mencari lokasi dan kedudukan yang ideal untuk melekapkan unit IDU atau ODU Siri-W untuk penerimaan isyarat 5G yang maksimum. Aplikasi mudah alih ini direka bentuk untuk membantu pekerja atau pemasang pihak ketiga memasang Penyesuai Jalur Lebar 5G dengan cepat dan tepat sambil menghantar semua data pemasangan penting kepada Pengurus NetCloud, memastikan prestasi isyarat 5G optimum dan menyingkirkan gulungan trak kemudiannya. Kedua-dua Android dan iPhone disokong dengan penyiaran beta yang dirancang untuk suku kedua tahun 2020.

Perihal Telstra

Telstra ialah syarikat perkhidmatan telekomunikasi dan maklumat yang terkemuka. Kami menawarkan perkhidmatan penuh dan bersaing dalam semua pasaran telekomunikasi di Australia, mengendalikan rangkaian mudah alih dan Wi-Fi terbesar. Di peringkat global, kami menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung, termasuklah perkhidmatan rangkaian terurus, ketersambungan global, awan, suara, kolokasi, persidangan, dan penyelesaian satelit. Kami mempunyai lesen di Asia, Eropah, dan di Amerika Syarikat dan menawarkan akses kepada lebih daripada 2,000 titik yang wujud di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati www.telstra.com.

Perihal Cradlepoint

Cradlepoint ialah pemimpin global dalam penyelesaian pinggir rangkaian wayarles LTE dan 5G yang disampaikan oleh awan untuk rangkaian cawangan, mudah alih, dan IoT. Seni bina Elastic Edge kami dikuasakan oleh Cradlepoint NetCloud, satu perkhidmatan berasaskan langganan yang – berserta peringkat akhir kami yang dibina dengan tujuan – menyampaikan WAN wayarles menyeluruh dan selamat yang ditakrifkan oleh perisian untuk menghubungkan orang ramai, tempat, dan perkara lain dengan rangkaian selular LTE dan 5G. Lebih 20,000 perusahaan dan organisasi kerajaan di seluruh dunia, termasuklah 75 peratus peruncit terkemuka dunia, 50 peratus Fortune 100, dan agensi petindak pertama di 25 bandar besar di AS, bergantung pada Cradlepoint untuk memastikan cawangan kritikal, titik perdagangan, daya medan, dan peranti IoT sentiasa tersambung dan dilindungi. Pembekal perkhidmatan besar menggunakan penyelesaian pinggir wayarles Cradlepoint sebagai asas perkhidmatan inovatif yang diurus. Diasaskan pada 2006, Cradlepoint ialah syarikat persendirian yang beribu pejabat di Boise, Idaho, dengan pusat pembangunan di Silicon Valley dan pejabat antarabangsa di UK dan Australia.

Pertanyaan Media Cradlepoint

HOLLY LANGBEIN
Highwire PR
cradlepoint@highwirepr.com
+1 (916) 769-2199

SUMBER : Cradlepoint
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.