ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  STATISTIK TERKINI JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA

Thursday 20/02/2020



KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan DUA (2) lagi kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah lewat petang semalam (19 Februari 2020).

Dua (2) kes tersebut adalah:

-Kes ke-20: Merupakan seorang lelaki warganegara China berumur 27 tahun dan telah disahkan COVID-19 pada 14 Februari 2020.

-Kes ke-21: Merupakan seorang wanita warganegara China berumur 32 tahun dan telah disahkan COVID-19 pada 14 Februari 2020. 

Sehubungan itu, jumlah kes yang telah pulih sepenuhnya dan discaj sehingga hari ini ialah 17.

KKM juga ingin memaklumkan bahawa TIADA kes baru dilaporkan pada hari ini, 20 Februari 2020. 

Jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan sehingga hari ini KEKAL sebanyak 22 kes dengan hanya lima (5) kes masih dirawat di wad.

Kesemua lima (5) kes yang masih dirawat seperti dibawah adalah dalam keadaan stabil :

-Tiga (3) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
-Seorang (1) di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.
-Seorang (1) di Hospital Sungai Buloh. 

KAPAL PERSIARAN DIAMOND PRINCESS

KKM telah dimaklumkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, Jepun berhubung perkembangan terkini EMPAT (4) orang rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Diamond Princess di Jepun.
-TIGA (3) Penumpang
-Seorang (1) krew

Untuk makluman, kapal persiaran ini telah menjalani kuarantin kapal bermula 4 Februari 2020 di salah satu pelabuhan di Jepun selepas ujian pengesanan COVID-19 mengesahkan terdapat penumpang dijangkiti virus tersebut.

Dua (2) daripada mereka, pasangan suami (71 tahun) isteri (66 tahun), telah disahkan positif pada 16 Februari 2020 dan berada dalam keadaan stabil. Mereka kini berada di Hospital Fujita di Nagoya untuk menerima rawatan lanjut.

Seorang lagi penumpang warganegara Malaysia, seorang wanita berusia 61 tahun, telah disahkan negatif jangkitan COVID-19 dan dibenarkan pulang ke Malaysia oleh pihak berkuasa kesihatan Jepun setelah menjalani kuarantin selama 14 hari. 

Manakala seorang lagi warganegara Malaysia yang juga salah seorang krew kapal persiaran tersebut masih dalam pemantauan di dalam kapal oleh pihak berkuasa kesihatan Jepun.

Sekian, terima kasih.

YB DATUK SERI DR. DZULKEFLY AHMAD
Menteri Kesihatan Malaysia
20 Februari 2020

SUMBER:  Kementerian Kesihatan Malaysia 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: BAHARUDIN BIN MOHAMAD
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-88834536 / 017-2635008

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.