ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  GOJEK DAN THE TRADE DESK LANCARKAN PERKONGSIAN PENGIKLANAN DI INDONESIA

Tuesday 21/01/2020



Penyelesaian Dalam Talian kepada Luar Talian (O2O) Pertama di Asia Tenggara membawakan pertumbuhan perniagaan rakan kongsi ke peringkat seterusnya

JAKARTA, Indonesia, 21 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gojek, peneraju platform teknologi Asia Tenggara dan The Trade Desk (Nasdaq: TTD), pemimpin teknologi pengiklanan global, melancarkan perkongsian eksklusif bagi menyediakan wawasan dan pemahaman tiada tandingan mengenai impak kempen pengiklanan dalam talian mereka terhadap jualan luar talian kepada para pengiklan yang boleh mempertingkatkan keberkesanan keputusan pemasaran bagi merangsang pertumbuhan perniagaan.  Perkongsian ini merupakan penyelesaian pengukuran Dalam Talian kepada Luar Talian (O2O) pertama di Asia Tenggara, yang permulaannya  dilancarkan di Indonesia.

Pulkit Khanna, Timbalan Presiden Gojek untuk Kajian dan Analitik Saudagar, berkata,”Misi kami adalah menghapuskan konflik dalam kehidupan seharian dengan menghubungkan para pengguna dengan pembekal barangan dan perkhidmatan yang terbaik dalam pasaran.  Perkongsian ini akan membolehkan para pengiklan di platform The Trade Desk untuk menggunakan wawasan dan pemahaman Gojek bagi mengukur kempen-kempen mereka dan seterusnya meningkatkan keberkesanan pengiklanan mereka.

Gojek akan bekerjasama dengan TTD bagi mengukur impak pengiklanan dalam talian menggunakan transaksi pembelian dalam kedai sebenar Gojek, bukannya menggunakan data berasaskan-kuki, menghubungkaitkan pembelian yang dibuat di luar talian menggunakan Gojek, dengan pengiklanan yang disampaikan melalui platform TTD.  Ini akan melibatkan kedua-dua pembelian yang dibuat dalam aplikasi Gojek, seperti perkhidmatan penghantaran makanan, GoFood dan juga transaksi dalam kedai dengan saudagar-saudagar yang menerima GoPay.

Para penjual boleh menghubungkan jualan dengan kempen-kempen pengiklanan, menggunakan keupayaan atribusi dalam talian bagi mendapatkan wawasan dan pemahaman yang tiada tandingan terhadap keberkesanan kempen-kempen pengiklanan mereka.

“Kami berbesar hati bekerjasama dengan Gojek, sebagai perintis kepada model Super App, bagi menyediakan pengukuran O2O di Asia Tenggara,” kata Mitch Waters, Timbalan Presiden Kanan, The Trade Desk. “Menganalisa atribusi luar talian telah menjadi aspirasi untuk para penjual di mana-mana sahaja.  Dengan jejak dan minda inovasi Gojek, kita boleh menjadikan matlamat itu satu realiti.”

Permulaan ini, perkongsian akan memfokus kepada Indonesia, tetapi akan diperluaskan di pasaran Asia Tenggara yang lain pada tahun ini.
 
Mengenai Kumpulan Gojek

Gojek merupakan peneraju teknologi di Asia Tenggara, perintis dalam Super App dan model ekosistem.  Gojek diasaskan kepada prinsip menggunakan teknologi bagi menghapuskan konflik kehidupan seharian dengan menghubungkan para pengguna kepada pembekal barangan dan perkhidmatan terbaik dalam pasaran.

Syarikat ini ditubuhkan pada 2010 dengan menumpukan kepada perkhidmatan kurier dan e-hailing motorsikal, sebelum melancarkan app ini pada Januari 2015 di Indonesia.  Sejak itu, Gojek terus berkembang menjadi peneraju Super App di Asia Tenggara, menyediakan akses kepada perkhidmatan-perkhidmatan seperti pengangkutan dan pembayaran digital, penghantaran makanan, logistik dan banyak lagi perkhidmatan-perkhidmatan berdasarkan permintaan.

Kini, Gojek beroperasi di 207 bandar di lima negara Asia Tenggara.  Setakat suku ketiga 2019, aplikasi Gojek dan ekosistemnya telah dimuat turun oleh lebih daripada 155 juta kali oleh pengguna Gojek di seluruh Asia Tenggara.

Sebagai Super App, Gojek khusus digunakan untuk menyelesaikan cabaran-cabaran harian yang dihadapi oleh para pengguna, pada masa yang sama memperbaiki kualiti hidup berjuta-juta orang di Asia Tenggara, terutamanya mereka yang terlibat dalam perusahaan-perusahaan sektor tidak formal dan mikro, kecil dan sederhana (MSME).  Gojek meneruskan misinya untuk mewujudkan dan memperbesar impak sosial positif untuk ekosistem para pelanggannya, rakan kongsi-pemandu, pembekal perkhidmatan, rakan kongsi perniagaan dan rakan kongsi MSME, pada Ogos 2019, Gojek berada di tangga 11 daripada 52 syarikat yang tersenarai dalam “Change the World” 2019 Fortune dan menjadi satu-satunya syarikat dari Asia Tenggara yang tersenarai sebanyak dua kali.

App Gojek boleh didapati untuk iOS and Android.
 
Mengenai The Trade Desk
 
The Trade Desk™ merupakan syarikat teknologi yang memperkasakan para pembeli pengiklanan.  Melalui platform layan diri berasaskan-awan, pembeli iklan boleh mencipta, mengurus dan mengoptimakan kempen-kempen pengiklanan digital dalam pelbagai format iklan dan peranti.  Integrasi dengan data utama, inventori dan rakan kongsi penerbit memastikan capaian maksima dan keupayaan membuat keputusan dan API perusahaan membolehkan pembangunan mengikut keperluan pelanggan ke atas platform tersebut.  Beribu pejabat di Ventura, CA, The Trade Desk mempunyai pejabat di seluruh Amerika Utara, Eropah dan Asia Pasifik.  Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati thetradedesk.com  atau ikuti kami di FacebookTwitterLinkedIn dan  YouTube.
 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200120005517/en/ 


Hubungi

Gojek: Devi Nugraha - devi.nugraha@gojek.com

The Trade Desk: John Mandeville – john.mandeville@thetradedesk.com

Sumber : The Trade Desk

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.