ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  EVERCORE DIANUGERAHKAN SEBAGAI PENASIHAT M&A TERBAIK DI SINGAPURA UNTUK KALI KEEMPAT OLEH ANUGERAH TRIPLE A COUNTRY THE ASSET 2019

Monday 20/01/2020



SINGAPURA, 20 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Evercore (NYSE: EVR), firma penasihat perbankan pelaburan persendirian global yang terkemuka, telah sekali lagi diiktiraf sebagai Penasihat M&A Terbaik di Singapura oleh majalah The Asset pada majlis Anugerah Triple A Country 2019 mereka di Hong Kong pada 16 Januari, 2020.

Anugerah tahunan itu, yang kini berada dalam tahun ke-21 mereka, merupakan pengiktirafan terunggul Asia bagi institusi yang terbaik di dalam kelasnya yang beroperasi di rantau itu. Evercore telah menerima anugerah ini sebanyak empat daripada lima tahun yang lalu sejak tahun 2015, tahun lengkap yang pertama yang Evercore mendapat lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (“CMS”) mereka daripada Pihak Berkuasa Monetari Singapura. Sejak penubuhannya, Evercore telah memberi nasihat berhubung beberapa daripada urus niaga yang terbesar, paling rumit dan transformasi di Singapura, satu daripada pusat kewangan terbesar di dunia.

Keith Magnus, Pengerusi bersama bagi perniagaan Evercore di Asia, berkata, “Kami amat berbesar hati untuk diiktiraf sebagai firma penasihat terbaik bagi M&A di Singapura buat kali keempat dalam tempoh lima tahun yang lalu. Kami telah terus membina francais kami di pasaran ini sepanjang beberapa tahun yang lalu dan tetap bersemangat untuk menyampaikan nasihat terbaik dan pelaksanaan yang paling teliti bagi pelanggan kami. Kami menujukan khas anugerah ini kepada pelanggan kami dan berterima kasih kepada mereka di atas kepercayaan mereka yang berterusan kepada kami.”

“Kami akan terus mengambil langkah-langkah untuk mengukuhkan kedudukan kami dan komited untuk mencapai objektif pelanggan kami menerusi nasihat strategik dan pelaksanaan urus niaga yang bertaraf dunia,” kata Encik Magnus.

Ralph Schlosstein, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Evercore, berkata, “Saya sangat berbangga dengan pertumbuhan perniagaan kami di Singapura dalam tempoh lima tahun yang lalu dan mengenai nasihat yang kami berikan kepada korporat-korporat terbesar, institusi berkaitan kerajaan, keluarga-keluarga terkemuka, penaja kewangan dan perniagaan di rantau itu. Pengiktirafan ini adalah satu bukti kukuh mengenai kejayaan francais Singapura kami yang berterusan. Sejak dilancarkan secara rasmi pada tahun 2015, pasukan itu telah melaksanakan pelbagai nasihat M&A, nasihat modal dan penambahan modal, dengan disokong oleh kekuatan bagi asas bakat Singapura. Reputasi Keith Magnus sebagai seorang penasihat bertaraf dunia yang dipercayai adalah jelas dalam hasil kesepakatan yang dicapai untuk pelanggan kami. Kami yakin bahawa Evercore Singapura akan kekal sebagai satu tunggak teras bagi Firma itu berdasarkan kepada kejayaan mereka dan kedudukan Singapura sebagai sebuah hab strategik utama bagi Asia.”

Evercore menyediakan nasihat pakar yang bebas konflik kepada pelanggan berhubung pelaksanaan inisiatif-inisiatif strategik yang utama termasuk urus niaga merentas sempadan dan penggunaan modal strategik. Pejabat Firma itu di Singapura diwujudkan pada akhir tahun 2013 dengan pelantikan Encik Keith Magnus sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Evercore Singapura yang meliputi wilayah itu, dan seorang Pengarah Urusan Kanan bagi Evercore. Evercore memperolehi lesen Perkhidmatan Pasaran Modal mereka dari Pihak Berkuasa Monetari Singapura pada pertengahan tahun 2014 dan pejabat itu telah dilancarkan secara rasminya pada Mac 2015. Menekankan pentingnya pejabat Singapura itu, Encik Magnus telah dilantik sebagai Pengerusi bersama bagi perniagaan Asia Evercore pada Mac 2017. Sebagai pengiktirafan bagi kepimpinan dan sumbangan beliau kepada francais Evercore yang lebih luas, Encik Magnus telah dilantik sebagai seorang ahli bagi Jawatankuasa Pengurusan Global Firma itu pada Oktober 2019.

Maklumat mengenai Evercore

Evercore (NYSE: EVR) adalah sebuah firma penasihat perbankan pelaburan persendirian global yang terkemuka. Kami berdedikasi untuk membantu pelanggan kami mencapai hasil keputusan yang lebih baik melalui nasihat bebas dan berinovatif yang dipercayai mengenai perkara-perkara penting yang strategik kepada lembaga pengarah, pasukan pengurusan dan pemegang saham, termasuk penggabungan dan pengambilalihan, nasihat pemegang saham yang strategik, penyusunan semula dan struktur modal. Evercore juga membantu pelanggan di dalam meningkatkan modal awam dan swasta dan menyampaikan penyelidikan ekuiti dan penjualan ekuiti dan pelaksanaan perdagangan agensi, selain menyediakan perkhidmatan pengurusan kekayaan dan pelaburan kepada pelabur nilai bersih yang tinggi dan pelabur institusi. Ditubuhkan pada tahun 1995, Firma itu beribu pejabat di New York dan mengekalkan pejabat dan pejabat gabungan di pusat-pusat kewangan utama di Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah dan Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.evercore.com.
 
 

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200119005036/en/ 


Hubungi

Perniagaan: Keith Magnus
Pengerusi Bersama, Asia
+65.6290.7000

Pelabur: Hallie Elsner Miller
Ketua bagi Perhubungan Pelabur, Evercore
+1.212.767.4173

Media: Dana Gorman
The Abernathy MacGregor Group, bagi pihak Evercore
+1.212.371.5999

Sumber : Evercore

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.