ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  VISTAJET WORLD MEMPERSEMBAHKAN: PENGEMBARAAN JEPUN UNIK UNTUK MERAIKAN TAHUN BARU CINA

Monday 13/01/2020



HONG KONG, 13 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Untuk meraikan Tahun Tikus yang akan datang, VistaJet, syarikat penerbangan persendirian pertama dan tunggal, melancarkan pengembaraan Jepun unik sebagai sebahagian daripada VistaJet World – portfolio menyeluruh bagi pengalaman pengembaraan berbilang hentian di seluruh dunia.

Pelancong di seluruh Asia akan menaiki kapal terbang untuk Tahun Baru Cina pada bulan Januari ini, dan Jepun terbukti sebagai salah satu destinasi paling popular tahun ini.Daripada menerokai rahsia Sumo di Tokyo sehinggakan ketenangan kawasan luar bandar Karuizawa, budaya geisha di Kyoto dan tradisi desa di Oita, jadual perjalanan yang diperibadikan secara unik bagi pengalaman paling eksklusif dan asli menjanjikan untuk memulihkan minda, tubuh dan jiwa.

Tokyo

Terbang dengan VistaJet dari mana-mana di dunia pada bila-bila masa untuk memulakan pengembaraan Jepun anda dengan ahli gusti Sumo terbaik di Tokyo.Kenali juara tahun ini pada makan malan dan ketahui rahsia kejayaan dalam sukan Jepun yang unik ini, sebelum menyaksikan mereka beraksi di dalam gelanggang.Pelajari seni samurai dengan menyertai kelas pertarungan pedang dengan koreografer Kill Bill Tetsuro Shimaguchi.Untuk pencinta makanan, bangkitkan deria anda dengan lawatan awal pagi ke Tsukiji Fish Market Tokyo yang dipandu oleh cef pakar untuk merasai beberapa juadah istimewa terbaik Jepun.

Karuizawa

Berdekatan Tokyo ialah bandar Karuizawa yang indah yang terletak di pergunungan mempesona, sungai yang mengalir dengan deras dan perkampungan dengan pemandangan yang cantik.Shishi-iwa House – hotel butik yang direka bentuk oleh arkitek yang memenangi anugerah Shigeru Ban, mengalu-alukan pelanggan VistaJet antara 17hb Januari dan 17hb Februari untuk perkhidmatan diperibadikan yang khusus di kawasan dipulihkan yang baru dibuka. Mandi dalam hutan di air terjun Sengataki, dan cuba minuman tempatan atau 10 jenis teh rantau ini.Kagumi koleksi seni indah Shishi-iwa House termasuklah karya asli oleh pakar Gutai Jepun dan ekspresionis abstrak antarabangsa seperti Jiro Yoshihara, Toshimitsu Imai, Zao Wou-Ki, dan Günther Förg.

Kyoto

Di ibu kota budaya Jepun, lawati pembuat tekstil Nishijin terbaik untuk melihat cara sentuhan terakhir dibuat pada kimono anda dengan teknik yang digunakan lebih daripada 1,200 tahun.Alami makan malam geisha dan upacara dengan teh dan pakar setanggi, di sekeliling pokok bunga sakura berjuntai di Maruyama-koen, taman paling lama di Kyoto.

Oita

Alami tempat yang jarang dilawati Jepun di pulau utara-timur Kyushu, tempat Oita menjadi hos kepada lebih banyak mata air panas terma berbanding mana-mana tempat lain di negara ini.Onsen ini membentuk sebahagian daripada budaya tradisional yang dihidupkan melalui banyak festival musim tuai di rantau ini.Sertai penduduk tempatan menanam padi di sawah sementara mereka menyanyikan lagu yang diwarisi turun-temurun, kemudian saksikan persembahan Kagura, tarian teater kuno yang didedikasikan kepada para dewa.

“Jepun telah menjadi salah satu destinasi paling popular untuk pelanggan Asia dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terutamanya pelancong China.Kami telah menyaksikan perkembangan dua angka tahun ke tahun dalam kedua-dua pasaran China dan Jepun dalam suku ketiga 2019, yang merupakan salah satu sebab VistaJet World membawakan pelanggan pengalaman Jepun khusus yang mutlak untuk pelancong Tahun Baru Cina,” kata Ian Moore, Ketua Pegawai Komersial VistaJet.

“Ahli VistaJet bukan sahaja dijamin ketersediaan pesawat semasa musim pengembaraan puncak, hanya bayar untuk jam yang mereka terbang, tetapi juga akses tiada tandingan kepada sesetengah pengalaman diperibadikan yang paling menakjubkan yang disertai dengan perkhidmatan yang cemerlang VistaJet,” tambah Moore.

Lebih banyak perjalanan menarik telah diperibadikan untuk Ahli oleh VistaJet World, termasuk menjejak laluan gerhana merentasi Gurun Atacama. Terokai keceriaan yang teramat mengasyikkan di India atau sertai barisan hadapan safari antipemburuan haram di Afrika Selatan dan Madagascar – VistaJet World, pelbagai lokasi yang menakjubkan menawarkan perkhidmatan khusus yang menghasilkan pengembaraan diperibadikan yang mutlak.

Untuk maklumat lanjut tentang VistaJet World, lawati https://www.vistajet.com/privateoffice

Orang Hubungan Media
Amy Yang
VistaJet
T:+852 2901 0502
amy.yang@vistajet.com

Angela Wong
CatchOn
T:+852 -2807 0600
angela.wong@catchonco.com

Perihal VistaJet
VistaJet ialah syarikat penerbangan global yang pertama dan tunggal.Dengan lebih 70 jet perniagaan perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan klien syarikat, kerajaan dan persendirian ke 187 negara yang merangkumi 96% lokasi di dunia.Syarikat yang diasaskan pada 2004 itu merintis model perniagaan inovatif yang memberikan akses kesemua armada kepada pelanggan dengan membayar mengikut jam penerbangan tanpa risiko tanggungjawab dan pemilikan aset penerbangan.Program keahlian istimewa VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan tempah khas bagi jet untuk jarak sederhana dan jauh untuk penerbangan pada bila-bila masa dan ke mana-mana sahaja.Pelanggan juga boleh meminta penerbangan Terus sekali sahaja melalui aplikasi tempahan akhir ke akhir yang pertama dalam industri penerbangan atau melalui pasukan global 24 jam, 7 hari seminggu.

VistaJet ialah sebahagian daripada Vista Global Holding, kumpulan peneraju penerbangan perniagaan dunia yang menyepadukan portfolio unik syarikat dengan menawarkan penyelesaian aset sedikit untuk merangkumi kesemua aspek utama penerbangan perniagaan.

Maklumat dan berita lanjut VistaJet di vistajet.com

VistaJet dan anak syarikat bukanlah syarikat pesawat pengangkut udara terus Amerika Syarikat.  VistaJet Limited ialah pengendali pesawat pengangkut udara Eropah yang mengendalikan pesawat 9H yang berdaftar di bawah Pengendali Udara Malta dengan Nombor Sijil MT-17 .VistaJet US Inc. dan VistaJet Online dan Mobile Services Limited ialah broker carter udara dan tidak mengendalikan pesawat.Semua pesawat milik VistaJet dan didaftarkan di Amerika Syarikat dikendalikan oleh syarikat pesawat pengangkut udara terus Amerika Syarikat yang berdaftar.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/20456033-cdf7-4f6c-ab4e-f6b74201534d

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/5bb1a507-ea64-4b7f-b362-9042a293de71

SUMBER: VistaJet Ltd

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.