PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Januari 23, 2020 -Khamis

 
  SOUL MACHINES MENDAPATKAN SIRI B US$40M DARIPADA KOMUNITI PELABURAN GLOBAL UNTUK MEMAJUKAN CARA MANUSIA DAN MESIN BEKERJASAMA

Friday 10/01/2020



Pusingan Diketuai oleh Temasek dengan Penyertaan daripada Lakestar dan Salesforce Ventures Bersama Pelaburan Selanjutnya daripada Horizons Ventures

AUCKLAND, New Zealand, 10 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Soul Machines, syarikat perintis yang membayangkan semula cara manusia berhubung dengan mesin mengumumkan pemerolehan dana siri B US$40 juta pada hari ini. Soul Machines merupakan syarikat Penyelidikan AGI yang membangunkan platform Animasi Berautonomi utama dunia untuk membantu memberikan sifat kemanusiaan kepada jenama dan cara orang berinteraksi dengan jenama. Pelaburan berkenaan diketuai oleh Temasek dari Singapura dengan penyertaan daripada Lakestar, Dana Usaha Niaga Eropah utama dan Salesforce Ventures bersama dengan pelaburan selanjutnya daripada pelabur sedia ada, Horizons Ventures, University of Auckland Inventors Fund dan pihak lain daripada siri terdahulu mereka. Dengan dana berkenaan, Soul Machines merancang untuk terus membuat perkembangan secara global dengan fokus khusus terhadap R&D dan menambahkan tapak operasinya di seluruh dunia untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah.

Soul Machines ditubuhkan oleh Mark Sagar, pemenang Academy Award dan Greg Cross, usahawan bersiri pada tahun 2016 apabila Soul Machines dipanjangkan dari University of Auckland. Perintis teknologi, Sagar dan Cross bersama-sama menggabungkan AI, model otak berkomputer dan pembelajaran berdasarkan pengalaman untuk memperkenalkan pengalaman pelanggan era baharu. Dengan teknologi Soul Machines, Digital Heroes klien mereka dapat mendemokrasikan pengalaman peribadi dengan cara yang dianggap mustahil sebelum ini.

“Kami gembira mengenali dan bekerja dengan pasukan di Temasek, Lakestar dan Salesforce Ventures dan yakin bahawa mereka merupakan rakan kongsi yang baik untuk memberikan bantuan sementara kami mengembangkan dan meluaskan perniagaan, teknologi dan pangkalan klien kami di seluruh dunia,” kata Greg Cross, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Perniagaan Soul Machines. “Kami amat berterima kasih atas sokongan berterusan daripada Horizons Ventures yang merupakan rakan kongsi penting yang memahami cara perniagaan teknologi yang hebat dibina.”

Soul Machines telah mengerahkan platform HumanOS™ dan mencipta Digital Heroes untuk sesetengah jenama global terbesar dalam runcit, automotif, perbankan dan kewangan dengan pelanggan termasuk Procter & Gamble, Bank ABC, The Royal Bank of Scotland dan banyak lagi. Inisiatif utama dalam bidang pendidikan dan penjagaan kesihatan juga sedang dijalankan dengan Soul Machines. Teknologi Soul Machines mencipta pengalaman pelanggan dan penglibatan secara keseluruhan yang baharu. Jenama kini berpeluang untuk mencipta versi digital duta mereka atau pekerja secara digital sepenuhnya, seperti ejen perkhidmatan untuk berinteraksi dengan peminat dan pelanggan mereka dengan cara yang bermakna secara berkesan.

“Kami berasa bangga untuk mengumumkan pelaburan Salesforce Ventures dalam Soul Machines kerana pihak tersebut mempunyai fokus obsesif untuk meningkatkan pengalaman pelanggan menggunakan teknologi kecerdasan buatan dengan cara baharu,” kata Rob Keith, Ketua Australia, Salesforce Ventures. “Kami menanti-nantikan untuk terus bekerjasama dengan Soul Machines sementara syarikat ini meluaskan dan mencapai aspirasi globalnya.”

PERIHAL SOUL MACHINES™
Soul Machines™ merupakan syarikat perintis teknologi tinggi yang terdiri daripada penyelidik AI, ahli neurosains, ahli psikologi, artis dan pemikir inovatif yang membayangkan semula cara manusia berhubung dengan mesin. Syarikat berkenaan menghidupkan teknologi dengan mencipta Digital Heroes yang tampak hidup dan memberikan respons penuh emosi dengan personaliti dan sifat yang membolehkan mesin untuk bercakap dengan kita secara bersemuka. Visi mereka adalah untuk memberikan sifat kemanusiaan yang lebih baik kepada kecerdasan buatan. Soul Machines™ kini mengerahkan manusia digital pertama di dunia dengan beberapa jenama korporat terbesar di dunia dalam industri Perbankan dan Kewangan, Perisian dan Teknologi, Automotif, Penjagaan Kesihatan, Tenaga dan Pendidikan. Soul Machines kini mempunyai lebih daripada 120 pekerja dengan pejabat di San Francisco, Los Angeles, Bandar Raya New York, London, Tokyo, Melbourne dan Auckland. Syarikat berkenaan mempunyai himpunan bakat penyelidikan dan kejuruteraan mendalam dengan 4 Profesor dan 18 PHD. Untuk maklumat lanjut tentang Soul Machines™, lawati www.soulmachines.com.

PERIHAL LAKESTAR
Lakestar merupakan salah sebuah firma modal usaha niaga utama di Eropah yang membuat pelaburan dalam syarikat teknologi yang diketuai oleh usahawan ulung. Pelaburan awal termasuklah Skype, Spotify, Facebook dan Airbnb. Sejak mengumpulkan dana pertama pada tahun 2013, Lakestar mengurus jumlah terkumpul EUR 1bn merentasi tiga dana peringkat awal dan dana pertumbuhan baru-baru ini. Lakestar telah mengembangkan dan meluaskan portfolio mereka dengan pelaburan baru-baru ini dalam Harry's, Opendoor, Oscar, GYG, Glovo, Sennder, Eigen, FiveAI dan Revolut. Lakestar terdapat di Berlin, Zurich dan London. Lakestar membantu syarikat untuk mengenal pasti dan mengembangkan pasaran baharu secara pantas dengan fokus pada AS dan Eropah. Pasukan berkenaan memberikan nasihat dan sokongan kepada syarikat portfolio dalam pembangunan perniagaan, perekrutan, teknologi dan pemasaran. Pelaburan merangkumi syarikat peringkat awal hingga syarikat peringkat pertumbuhan.

PERIHAL SALESFORCE VENTURES
Salesforce Ventures—kumpulan pelaburan korporat Salesforce—membuat pelaburan dalam teknologi perusahaan generasi seterusnya untuk membantu syarikat berhubung dengan pelanggan mereka melalui cara baharu. Syarikat portfolio menerima dana dan akses kepada ekosistem akses terbesar di dunia dan bimbingan daripada pencipta dan eksekutif Salesforce. Dengan Salesforce Ventures, syarikat portfolio juga boleh memanfaatkan kepakaran Salesforce dalam kedermawanan korporat dengan menyertai Pledge 1% untuk menjadikan pendermaan sebahagian daripada model perniagaan mereka. Salesforce telah membuat pelaburan dalam lebih daripada 150 permulaan awan perusahaan sejak tahun 2009. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.salesforce.com/ventures.

Maklumat Hubungan:

Untuk Soul Machines
Alyssa Ross
+1 732-221-9036
media@soulmachines.com  

SUMBER: Soul Machines

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.