ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  BELIA MERAIKAN ULANG TAHUN KE-20 KEPULANGAN MACAU KE CHINA DENGAN PAEANS TERHADAP IKATAN MACAU-ZHUHAI

Monday 23/12/2019



AsiaNet 82286

ZHUHAI, China, 23 Dis., 2019 /Xinhua-AsiaNet/--

20 Disember menandakan ulang tahun ke-20 kepulangan Macau kepada China, dan satu acara persembahan kilat atau flash mob yang bertemakan “Zhuhai dan Macau yang sedang Meningkat, Mengejar Impian di Wilayah Greater Bay” telah diadakan di tempat-tempat seperti Pelabuhan Hengqin di Zhuhai, sebuah bandar raya di Wilayah Guangdong yang berjiran di tanah besar. Menurut Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat bagi Perbandaran Zhuhai, lebih daripada 700 orang muda dari Macau dan Zhuhai telah mengambil bahagian dan meraikan kepulangan Macau dan pembangunan bersepadu mereka dengan nyanyian dan tarian jalanan.
 
Zhuhai, yang terletak bersempadanan dengan Macau, kini telah menjadi pintu masuk dan pendahulu untuk kerjasama di antara tanah besar itu dan Macau. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Macau telah secara aktif diintegrasikan ke dalam pembangunan keseluruhan China dan menggalakkan pembangunan ekonomi sederhana yang dipelbagaikan, yang mana, Kawasan Baharu Hengqin bagi Zhuhai, dipisahkan oleh sebatang sungai dari Macau dengan jarak paling dekat 187 meter, yang kini dianggap sebagai sebuah platform dan penyokong yang penting.

Pada Februari tahun ini, kerajaan China telah mengeluarkan Pelan Rangka Pembangunan untuk Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau, yang bertujuan untuk memperdalamkan secara berterusan kerjasama yang saling menguntungkan dan menggalakkan pembangunan ekonomi serantau yang diselaraskan. Lei Wun Kong, seorang peguam dari Macau telah menyaksikan kerjasama yang mendalam itu di antara ketiga-tiga tempat ini. Pada Julai 2016, firma guaman Lei, telah mewujudkan sebuah firma guaman bersama di Kawasan Baharu Hengqin dengan kerjasama firma-firma guaman dari tanah besar dan Hong Kong. Sejak itu, beliau telah mula berulang-alik antara Zhuhai dan Macau.

Apa yang memungkinkan Lei bekerja merentasi dua bandar raya itu adalah penyambungan infrastruktur dan pelepasan kastam yang mudah dan efisien. “Ia hanya mengambil masa setengah jam dari firma saya di Macau untuk ke pejabat saya di Hengqin.” Yang lebih penting, Guangdong, Hong Kong dan Macau terus memperkukuhkan kerjasama mereka dalam bidang pelaburan, perdagangan, perkhidmatan kewangan, pendidikan sains dan teknologi, dan perkhidmatan sosial, dengan menyediakan firma guaman bersama dengan lebih banyak kerjasama di dalam perkhidmatan undang-undang.

Hari ini, perjalanan di antara dua bandar raya itu untuk bekerja dan menetap telah menjadi satu pilihan bagi ramai orang di Macau. Sebagai satu pembawa penting bagi kerjasama itu dengan Macau, Innovalley HQ telah mengeramkan 375 projek besar atau kecil sejak tahun 2015, dengan 199 dari Macau, dan 23 memperolehi pembiayaan modal teroka, yang berjumlah 433 juta yuan.

Pada tahun 2018, Neildo Choi, seorang usahawan muda dari Macau, bersama-sama dengan pasukan beliau, telah memulakan perniagaan di Innovalley dan melancarkan Discover Macau, sebuah platform pelancongan dalam talian, kini menawarkan 1700 produk berkaitan pelancongan, yang mengambil 90% daripada semua produk pelancongan di Macau. 62% daripada pengguna mereka yang berdaftar berasal dari kluster bandar raya di Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau. “Hengqin menyediakan pelbagai struktur HR, ruang fizikal dan sokongan perindustrian kepada perniagaan Macau,” kata Choi.

Semakin ramai penduduk Macau memilih untuk tinggal atau bekerja di Hengqin, Zhuhai telah merangka beberapa dasar yang memudahkan. Bermula dari 1 Julai tahun ini, sebagai contoh, penduduk Macau yang tinggal di Zhuhai secara kekal layak untuk mendapatkan insurans perubatan asas tempatan, yang memudahkan pendidikan, pekerjaan, keusahawanan dan kehidupan mereka. “Sekarang adalah lebih mudah bagi saya untuk berjumpa doktor, dengan lebih banyak hospital untuk dipilih dari dua bandar raya apabila jatuh sakit,” kata Wu Liqing, seorang penduduk Macau yang memperoleh Kad Insurans Kesihatan Zhuhai pada awal Julai.

Sebelum ulang tahun ke-20 pulangan Macau ke China, Kawasan Baharu Hengqin juga telah meraikan ulang tahun mereka yang ke-10. Sejak penubuhannya, Hengqin telah membangunkan enam industri tonggak dengan kerjasama Macau, termasuk inovasi teknologi, kewangan, perubatan dan kesihatan, pelancongan kebudayaan dan pameran, perdagangan dan logistik, dan perkhidmatan profesional untuk membantu mengembangkan pembangunan perindustrian Macau.

Kerjasama Macau-Zhuhai yang semakin mendalam juga akan membantu syarikat-syarikat antarabangsa untuk memasuki pasaran China yang sangat besar, yang sebenarnya paling menarik minat mereka, kata Yang Chuan, pengarah bagi Jawatankuasa Pentadbiran bagi Kawasan Baharu Hengqin. Hengqin menawarkan satu lokasi yang unik di Kawasan Greater Bay, yang menghubungkan kedua-dua Hong Kong dan Macau, dengan itu menyediakan akses yang mudah kepada pertukaran antarabangsa untuk perusahaan asing.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat bagi Perbandaran Zhuhai

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.