ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  SKYDRIVE LANCAR PENERBANGAN UJIAN BAGI DRON KARGO YANG PERTAMA YANG AKAN MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DI TEMPAT-TEMPAT YANG SUKAR UNTUK SAMPAI

Monday 23/12/2019



AsiaNet 82183
 
TOKYO, 23 Dis., 2019 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
SkyDrive Inc., sebuah pemaju kereta terbang yang terkemuka, telah melancarkan dengan jayanya penerbangan ujian bagi sebuah dron kargo yang dapat merevolusikan cara barangan berat diangkut dan mempercepatkan pergerakan peralatan di lokasi terpencil. Ujian pengendalian  pertama telah diadakan pada awal bulan ini (Disember) di Toyota City, Jepun. Ia telah dijalankan untuk menguji teknologi itu dengan menggerakkan peralatan berat di lokasi-lokasi terpencil. Ujian tambahan akan dilakukan pada lewat bulan ini.

Teknologi baharu ini telah diuji dengan sebuah kapasiti beban sebanyak 30kg -- menggunakan teknologi pembangunan pesawat terkemuka dunia SkyDrive untuk mencapai standard keselamatan yang tinggi. Terdapat potensi untuk membangunkannya seterusnya dan mencapai kapasiti beban yang lebih besar sehingga 50kg dan 80kg, mengikut permintaan. Dron kargo itu juga mempunyai potensi untuk mengubah cara produk dipindahkan dari pengeluar ke gudang dan ke depot.

Ketua Eksekutif SkyDrive Tomohiro Fukuzawa berkata:
“Kami amat gembira kerana berjaya menguji teknologi terkemuka di dunia ini. Dron kargo kami telah terbukti untuk menyampaikan dengan mengangkat muatan dengan selamat sehingga 20kg di sebuah kawasan pergunungan -- menjimatkan masa dan wang. “Kami tidak sabar untuk mengembangkan kejayaan ini dengan menguji beban yang lebih berat untuk pelanggan pada masa akan datang. Usaha kami adalah untuk mewujudkan teknologi canggih yang akan meningkatkan produktiviti bagi perniagaan di seluruh dunia -- dan hari ini kami meraikan satu peristiwa penting yang utama dalam membuatnya berhasil.”

Nota:
SkyDrive sedang membangunkan dron kargo untuk digunakan di dalam industri yang membawa bahan-bahan berat di rupa bumi yang kompleks seperti cerun, lembah gunung, laluan atas, menara penghantaran kuasa, tapak kejuruteraan/pembinaan sivil, ladang pertanian, dan sebagainya. Penggunaan dron kargo akan membantu mengelakkan kerja berbahaya, menyelamatkan kakitangan dan memendekkan tempoh kerja. Jadi SkyDrive boleh menyumbang untuk memberi respons kepada kekurangan buruh dan meningkatkan produktiviti buruh Jepun yang merosot disebabkan oleh populasi penduduk yang semakin menurun.
 
Butiran teknikal dron kargo:
Boleh digunakan oleh syarikat-syarikat untuk mengangkut bahan-bahan ke tempat-tempat yang sukar untuk sampai seperti lereng, lembah gunung, laluan atas dan tapak bagi penyelenggaraan menara keluli.

Spesifikasi asas:
- Jumlah panjang 1.3m x jumlah lebar 1.7m x jumlah ketinggian 1.0m
-Muatan yang disyorkan: 30kg
-Kelajuan penerbangan: 40km/j
-Masa penerbangan: 15 minit
-Mekanisme win untuk menggerakkan ke atas dan ke bawah tanpa perlu mendarat
 
Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini:
https://en-skydrive.amebaownd.com/pages/3450667/drone
 
Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/201912164791?p=images
Video: https://youtu.be/OdNIJJ1KcWA
 
Maklumat mengenai SkyDrive Inc.
-Ditubuhkan: Julai 2018
-Presiden: Tomohiro Fukuzawa
-URL: https://www.skydrive.co.jp/
-Alamat:
Pejabat Tokyo: Shinjuku-ku, Tokyo
Medan ujian Toyota: Asuke-chiku, Toyota-shi, Wilayah Aichi
Pusat R&D Toyota: SENTAN, Koromo-machi 2-1-1, Toyota-shi, Wilayah Aichi
Port Ujian Penerbangan: Mifune-cho, Toyota-shi, Wilayah Aichi
 
Perniagaan: SkyDrive adalah sebuah syarikat permulaan untuk membangunkan kereta terbang dan menyumbang kepada pergerakan masyarakat pada masa hadapan dengan jurutera pesawat/dron/automobil. Penerbangan demonstrasi bagi kereta terbang itu adalah dijadualkan pada musim panas pada tahun 2020, dan pengeluaran komersial mereka pada tahun 2023. Pesanan prajualan untuk dron kargo itu akan dilakukan dari musim bunga pada tahun 2020.

- Pertanyaan mengenai penggunaan Dron Kargo
Tatsuya Kudo
Jualan
SkyDrive Inc.
E-mel: drone[at]skydrive.co.jp
 
Sumber: SkyDrive Inc.


--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.