ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​LAPORAN INDEKS BAGI CEIS DAN HSF MENDEDAHKAN TREND PENGELUARAN BAGI GETAH, BUAH PINANG DAN KAYU GAHARU DI CHINA

Thursday 19/12/2019



AsiaNet 82209
 
HAIKOU, China, 19 Dis., 2019 /Xinhua-AsiaNet/ --
 
Table
Laporan tentang indeks getah, buah pinang dan kayu gaharu dikeluarkan pada satu forum di Boao, Wilayah Hainan di China selatan, 1 Disember, 2019.

Bekalan keseluruhan bagi getah asli dijangka ketat pada suku pertama tahun 2020, yang akan kemungkinan menyebabkan kenaikan yang berterusan bagi harga getah, demikian menurut satu laporan tahunan mengenai indeks harga bersiri getah asli Xinhua-HSF (2018-2019). Laporan itu telah dikeluarkan bersama oleh Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS) di Agensi Berita Xinhua dan Kumpulan Haiken (HSF) pada Forum Boao 2019 bagi Usahawan yang diadakan baru-baru ini di Wilayah Hainan di China selatan.
 
Laporan itu menunjukkan bahawa bekalan yang mencukupi bagi getah asli pada satu skala global akan berterusan dalam jangka pendek disebabkan oleh kapasiti pengeluaran yang besar. Kedua-dua perusahaan itu pada forum itu juga mengeluarkan satu laporan mengenai industri buah pinang pada tahun 2018-2019. Laporan itu menunjukkan bahawa tanpa satu kenaikan yang ketara di dalam permintaan, harga pembelian bagi buah pinang dijangka akan menurun pada Disember tahun ini.
 
Sementara itu, CEIS dan Kerajaan Daerah Chengmai bagi Wilayah Hainan telah mengeluarkan satu laporan mengenai indeks iklim bagi industri kayu gaharu. Laporan itu mendedahkan bahawa indeks iklim industri kayu gaharu China pada separuh pertama tahun 2020 akan menjadi 130.19 mata, lebih tinggi daripada paras 100 mata, yang menunjukkan jangkaan tinggi bagi perusahaan kayu gaharu domestik untuk pembangunan industri itu.
 
“Daerah Chengmai adalah ‘kampung halaman bagi kayu gaharu bagi China’. Dalam tempoh tiga tahun yang lalu, kadar pertumbuhan purata tahunan bagi kawasan penanaman gaharu di Chengmai adalah 10.17 peratus,” kata He Chunlong, timbalan ketua bagi Daerah Chengmai.
 
Pengeluaran berterusan bagi indeks getah, buah pinang dan kayu gaharu akan membantu membina jenama bagi produk-produk pertanian yang bercirikan Hainan, kata Kuang Lecheng, naib presiden bagi CEIS.
 
CEIS adalah badan utama yang bertanggungjawab terhadap pengurusan bersepadu dan operasi bagi perniagaan maklumat ekonomi bagi Agensi Berita Xinhua. Ia menjalankan empat platform perkhidmatan maklumat utama, iaitu platform maklumat kewangan kebangsaan "Xinhua Finance", platform perkhidmatan maklumat komprehensif yang berpusatkan Belt and Road "Xinhua Silk Road", platform perkhidmatan maklumat kredit kebangsaan "Xinhua Credit" dan "Indeks Xinhua".
 
Kumpulan Haiken, sebuah perusahaan milik negara semata-mata oleh Kerajaan Rakyat bagi Wilayah Hainan, memiliki asas industri yang mantap bagi getah asli, pertanian tropika, pembiakan ternakan, hartanah pelancongan, logistik perdagangan dan perkhidmatan kewangan.

Sumber: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS)

Pautan Lampiran Imej: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=353928

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.