ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  BIMB HOLDINGS BERHAD LAKSANA PENSTRUKTURAN SEMULA UNTUK MEMBUKA NILAI SIGNIFIKAN

Wednesday 11/12/2019



Beri laluan penyenaraian Bank Islam

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- BIMB Holdings Berhad (“BHB”) hari ini mengumumkan langkah penstrukturan semula kumpulan yang akan membuka nilai signifikan kepada pemegang saham dan memindahkan status penyenaraian yang dimiliki kepada anak syarikat milik penuhnya, Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”).

Dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia Securities Berhad, BHB berkata cadangan penstrukturan itu akan melibatkan lima komponen yang terdiri daripada:

i. Cadangan Penempatan (“Penempatan”) saham BHB baharu bagi mengumpul dana bernilai RM800 juta. Hasil daripada usaha itu bersama-sama tunai dalaman akan digunakan untuk penyelesaian penuh baki sukuk yang dipegang oleh Lembaga Tabung Haji (“LTH”).

ii. Skim Pengaturan (SOA) oleh BHB untuk menyelesaikan waran yang belum lunas, yang mana pemegang waran BHB akan dibayar dalam bentuk pertimbangan tunai bagi pembatalan menggunakan hak yang termaktub dalam waran.

iii. Penyusunan Semula Dalaman, yang mana BHB akan melupuskan kesemua pegangan ekuiti dalam subsidiari dagangan saham dan pemajakannya kepada Bank Islam, untuk diselesaikan dalam bentuk tunai. Pertimbangan bagi pelupusan syarikat-syarikat subsidiari ini adalah berdasarkan nilai aset bersih yang telah diaudit terbaharu.

iv. Pengagihan dan Pembayaran Modal

Setelah memuktamadkan Penempatan, SOA dan Penyusunan Dalaman, keseluruhan pegangan saham BHB di Bank Islam dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (STMKB) akan diagihkan melalui pengagihan-in-specie kepada pemegang-pemegang saham BHB.

Sebelum cadangan pengagihan dan pembayaran semula modal, BHB akan menjalankan usaha pengurangan modal, manakala Bank Islam akan melaksanakan langkah penggabungan saham. Ia bertujuan untuk memadankan baki saham BHB agar pengagihan saham Bank Islam akan didasarkan pada asas satu-untuk-satu.

Asas pengagihan dan kelayakan saham-saham STMKB akan ditentukan pada tarikh yang kemudian.

v. Penyenaraian Bank Islam
Setelah muktamadnya Pengagihan-in-specie, pemegang-pemegang saham BHB akan mempunyai pegangan ekuiti langsung dalam saham Bank Islam dan STMKB, sebagaimana perkadaran pegangan saham mereka di BHB.

Status penyenaraian BHB kemudian akan dipindahkan ke Bank Islam, yang seterusnya akan menjadi institusi kewangan Islam penuh dan tulen pertama yang tersenarai di rantau ini dan langkah ini akan meningkatkan lagi reputasi korporat yang dimiliki.

Pada tahun 1992, Bank Islam buat pertama kalinya telah disenaraikan di Bursa Malaysia Securities, sebelum BHB diwujudkan pada tahun 1997 bagi menggantikan Bank Islam sebagai syarikat pemegangan Kumpulan. Langkah itu sekali gus menjadikan BHB sebagai jentera penyenaraian Kumpulan.

Penyenaraian ini akan membolehkan Bank Islam berada pada posisi yang lebih baik dalam sektor kewangan Islam dan pasaran modal Islam serta mengambil peluang terhadap pertumbuhan kedua-dua pasaran dalam usaha untuk memperluaskan asas pelanggannya.

[Ilustrasi struktur korporat dan pemegangan saham sebelum dan selepas cadangan adalah sebagaimana Lampiran 1]

BHB berkata susulan Pengagihan dan Pembayaran Semula Modal, ia menjangkakan struktur kumpulan baharu akan mampu mencapai potensi peningkatan perolehan melalui pelupusan atau meminimumkan duplikasi sumber dan infrastuktur serta mengurangkan kerumitan dalam pengurusan risiko kumpulan.

Kedua-dua Bank Islam dan STMKB akan mampu memberi fokus terhadap kekuatan perniagaan masing-masing, membenarkan penggunaan lembaran imbangan yang lebih efisien dan mempertingkatkan pengurusan modal kerja.

Langkah cadangan ini adalah tertakluk pada kelulusan dan/atau kebenaran beberapa pihak berkuasa termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Kewangan (berdasarkan saranan BNM), Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Securities, serta pemegang-pemegang saham BHB dan Bank Islam.

Penasihat utama langkah penstrukturan semula ini adalah Maybank IB.

Butiran lengkap berkenaan pengumuman ini boleh didapati di laman www.bimbholdings.com dan
https://www.bursamalaysia.com/market_information/announcements/
company_announcement/announcement_details?ann_id=3008848


Mengenai BIMB Holdings Berhad

BIMB Holdings Berhad (“BHB”) adalah Syarikat Pemegangan Kewangan Islam pertama yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. BHB diperbadankan di Malaysia pada 20 Mac 1997, dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada 16 September tahun yang sama. Anak-anak syarikat utama Kumpulan BHB merupakan pelopor dalam pelbagai perkhidmatan kewangan Islam termasuklah perbankan, takaful, dagangan saham dan lain-lain perkhidmatan berkaitan iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dan BIMB Securities Sendirian Berhad.

Diterbitkan oleh : Komunikasi Korporat Kumpulan, BIMB Holdings Berhad

SUMBER: BIMB Holdings Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Wan Norkhairi Wan Samad
Ketua, Komunikasi Korporat
BIMB Holdings Berhad
Tel : +603-27821232
Faks : +603-20888110
E-mel : wnorkhairi@bankislam.com.my

Nama: Omar Atin
Penolong Timbalan Presiden, Perhubungan Awam
Komunikasi Korporat Kumpulan
BIMB Holdings Berhad
Tel : +603-27812943 / +6019-3919144
Faks : +603-27812988
E-mel : omar@bimbholdings.com

Nama: Johanna A. Sobrey
Komunikasi Korporat Kumpulan
Hubungan Media & Editorial
Bank Islam Malaysia Berhad
Tel : +603-26882654 / +6012-2046844
Faks : +603-27812998
E-mel : johanna@bankislam.com.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.