ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  TOSHIBA LANCAR IC KUASA SISTEM SERBAGUNA DENGAN PELBAGAI OUTPUT UNTUK KESELAMATAN FUNGSIAN AUTOMOTIF

Tuesday 10/12/2019



Table

Toshiba: "TB9045FNG," sebuah IC kuasa sistem serbaguna dengan pelbagai output mencapai keselamatan fungsian untuk aplikasi automotif. (Foto: Business Wire)


TOKYO, 10 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) hari ini mengumumkan pelancaran “TB9045FNG,” sebuah IC kuasa sistem serbaguna dengan pelbagai output untuk mencapai keselamatan fungsian[1] bagi aplikasi automotif. IC baharu itu boleh didapati dalam empat versi, dengan voltan output antara 1.1V hingga 1.5V. Pengeluaran secara besar-besaran dijadualkan bermula bulan ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191209005277/en/

Semakin banyak sistem automotif kritikal keselamatan, seperti stereng kuasa elektrik (EPS) dan brek, diperlukan untuk memenuhi keperluan ASIL-D[2], tahap integriti keselamatan automotif paling tinggi yang ditetapkan di dalam piawaian keselamatan fungsian ISO 26262.

IC baharu itu mengintegrasikan pelbagai fungsi pengesanan kegagalan, seperti pengesanan voltan tinggi dan voltan rendah, pengesanan terlampau panas, dan pemantauan frekuensi bagi litar bekalan kuasa, untuk memantau terhadap kegagalan IC itu sendiri, dan sebagai sebuah pengawas masa untuk memantau pengesanan kegagalan bagi mikropengawal luaran. Sebuah litar diagnosis awal untuk mengesan kerosakan terpendam di dalam litar pengesanan kegagalan juga digabungkan untuk menjamin keselamatan fungsian yang lebih tinggi.

Toshiba juga telah menjalankan pelbagai analisis keselamatan fungsian untuk meniru kegagalan sistem dan akan menyediakan kepada pelanggan dengan dokumentasi, seperti keselamatan fungsian FMEDA[3], untuk menyokong analisis dan reka bentuk keselamatan keseluruhan.

Ciri-ciri Utama
 
1. Penukar DC-DC buck-boost terbina dalam
IC itu menghasilkan output 6V daripada sebuah penukar DC-DC buck-boost yang berkecekapan tinggi.
Sebagai pertimbangan bagi kejatuhan voltan selepas pengurangan melahu, julat voltan kendalian bahagian rendah ditingkatkan ke 2.7V (minimum) dengan operasi bateri.

2. Penukar DC-DC buck terbina dalam (Voltan boleh dipilih)
Kuasa input 6V yang dihasilkan oleh penukar buck-boost DC-DC ditukar kepada voltan output 1.1V (TB9045FNG-110), 1.2V (TB9045FNG-120), 1.25V (TB9045FNG-125), dan 1.5V (TB9045FNG- 150). Versi yang sesuai bagi IC baharu itu boleh digunakan sebagai bekalan kuasa luaran untuk sebuah teras, berdasarkan kepada spesifikasi MCU.

3. Litar bekalan kuasa[4] 4 siri terbina dalam (4 output)
IC itu menggabungkan empat siri litar bekalan kuasa yang menerima input 6V yang dijanakan oleh penukar DC-DC. Ia juga menggabungkan sebuah litar dengan sebuah voltan malar 5V (kapasiti arus adalah 400mA) untuk mikropengawal, dan tiga litar dengan output voltan malar 5V (kapasiti arus adalah 100mA) untuk sensor dan antara muka yang lain. Setiap daripada mereka boleh mengeluarkan sebuah voltan secara persendirian.

4. Pelbagai litar pemantauan terbina dalam untuk keselamatan fungsian
Litar pengesanan voltan rendah untuk bekalan kuasa bateri
Litar pengesanan voltan tinggi untuk Penukar DC-DC (6V)
Litar pengesanan voltan tinggi / voltan rendah untuk penukar DC-DC (1.1V/1.2V/1.25V/1.5V) dan bekalan kuasa bersiri (5V)
Litar pengesanan terlampau panas
Litar pemantauan frekuensi pengayun
Litar pengawas masa yang memantau MCU luaran

5. Litar diagnostik untuk litar pengesanan kegagalan bagi keselamatan fungsian
Sebuah litar diagnostik terbina dalam di dalam litar pengesanan kegagalan mengesan sebarang kegagalan terpendam.

6. Operasi yang dipilih untuk pengesanan kegagalan
Pelanggan boleh menetapkan sistem untuk bertindak balas terhadap kegagalan yang dikesan dalam satu daripada dua cara, menggunakan tetapan input komunikasi SPI [5] . Satu tetapan menghasilkan sebuah isyarat mengeset semula kepada sistem itu; yang lain menyediakan pemberitahuan tentang operasi yang tidak normal kepada sistem itu. Pemilihan boleh dibuat mengikut aplikasi atau sistem pelanggan.

 
[1] Piawaian berasaskan keselamatan fungsian untuk meminimumkan risiko akibat daripada kegagalan sistem. Pensijilan ISO 26262 mengiktiraf bahawa proses atau produk bagi sesebuah syarikat untuk sistem elektrik dan elektronik (E/E) bagi aplikasi kereta memenuhi kriteria ketat yang dinyatakan di dalam piawaian itu dan menyediakan kepada pihak ketiga dengan satu cara bebas untuk menilai keupayaan bagi sebuah pembekal yang berpotensi.
[2] ASIL: Tahap Integriti Keselamatan Automotif, tahap integriti keselamatan automotif paling tinggi yang dikawal dalam piawaian keselamatan fungsian ISO 26262.
[3] FMEDA: Kesan Mod Kegagalan dan Analisis Diagnostik
[4] Bekalan kuasa bersiri: Litar bekalan kuasa DC di mana satu elemen kawalan voltan disambungkan kepada sebuah beban dalam bersiri.
[5] SPI: Antara muka Persisian Bersiri

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
TB9045FNG-110
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB9045FNG-110&lang=en

TB9045FNG-120
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB9045FNG-120&lang=en

TB9045FNG-125
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB9045FNG-125&lang=en

TB9045FNG-150
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TB9045FNG-150&lang=en

Untuk maklumat lanjut mengenai IC Bekalan Kuasa Sistem Automotif Toshiba, sila layari: https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/automotive/powersupply.html

*Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Peranti Sistem II
Tel: +81-3-3457-3332
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua.
Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191209005277/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.