ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  AJC MENGADAKAN SEBUAH BENGKEL MENGENAI PELANCONGAN GASTRONOMI DI WAKAYAMA, JEPUN UNTUK PIHAK BERKEPENTINGAN PELANCONGAN DARI NEGARA-NEGARA ANGGOTA ASEAN

Tuesday 10/12/2019



Table

Lawatan ke sebuah kuil di Koyasan, Wilayah Wakayama (Foto: Business Wire)


TOKYO, 10 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) telah mengadakan sebuah “Bengkel mengenai Pelancongan Lestari: Pelancongan Gastronomi” dari 17 hingga 23 November 2019 di Wilayah Wakayama, Jepun. Ia telah dianjurkan untuk pihak berkepentingan peringkat pengurusan dalam pelancongan bagi Negara-negara Anggota ASEAN untuk mempelajari kes-kes mengenai pelancongan gastronomi di Wilayah Wakayama. Sebanyak 12 peserta menyertai bengkel ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191209005312/en/ 

Peserta mula-mula menerima kuliah berhubung trend terbaharu Jepun mengenai pasaran pelancongan luar negeri dan pelancongan gastronomi di Universiti Wakayama. Mereka juga menyampaikan pembentangan mengenai pelancongan gastronomi di negara mereka sendiri di universiti itu. 

Dari keesokan harinya, kumpulan itu telah melawat tapak-tapak pelancongan gastronomi di Wilayah Wakayama yang disusun dengan sokongan dari Kerajaan Wilayah Wakayama. Makanan vegetarian bagi penganut agama Buddha yang dihidangkan di Shukubo (penginapan kuil) di Koyasan adalah sebuah tarikan gastronomi yang terkenal, tetapi Wakayama mempunyai banyak lagi tarikan pelancongan gastronomi. Peserta telah melawat dan berpengalaman untuk memetik buah, membida tuna dan pembuatan tuna dalam tin, sebuah tempat pelancongan pertanian yang unik yang pernah digunakan sebagai sebuah bangunan sekolah, dan sebuah pengeluar kicap tradisional di bandar Yuasa, tempat kelahiran kicap. Kumpulan itu juga telah melawat Biro Pelancongan Kumano Bandar raya Tanabe, yang mempromosikan warisan dunia Laluan Ziarah Kumano Kodo dalam satu cara yang mapan dengan komuniti tempatan.

Peserta membuat komen bahawa mereka mengalami tarikan gastronomi yang berbeza bagi kawasan itu dengan melawat tempat-tempat yang berbeza. Ada yang terkejut dengan keunikan Shukubo di Koyasan, kerana kuil-kuil di negara mereka tidak dibuka kepada pelawat untuk bermalam.

Kadang-kala dirujuk sebagai “dari ladang ke meja,” pelancongan gastronomi boleh menyediakan pelbagai aktiviti berasaskan pengalaman bermula dari menanam dan menuai bahan makanan kepada memasak dan merasai makanan. Kegiatan seperti itu adalah sesuai untuk pengembara berulang yang mencari pengalaman yang unik dan dapat diterapkan di dalam Negara-negara Anggota ASEAN untuk terus menyediakan program-program bagi pengunjung bagi mengalami dan mengetahui tentang makanan dan budaya di Negara-negara Anggota. Adalah diharapkan bahawa bengkel ini akan membantu dengan pembangunan produk pelancongan yang unik dan lestari untuk memperkenalkan budaya makanan yang kaya bagi Negara-negara Anggota ASEAN.

AJC akan terus berusaha untuk meningkatkan pembangunan pelancongan lestari di Negara-negara Anggota ASEAN dengan menyediakan program pembangunan kapasiti bagi pihak berkepentingan pelancongan dengan menyoroti kes-kes pelancongan astronomi Jepun.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191209005312/en/

Hubungi

Pusat ASEAN-Jepun
Tomoko Miyauchi
TEL +81-3-5402-8118
FAKS +81-3-5402-8003
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp
Tingkat 1, Bangunan Shin Onarimon, 6-17-19 Shimbashi,
Minato-ku, Tokyo 105-0004 Jepun
URL: https://www.asean.or.jp/en/

Sumber : Pusat ASEAN-Jepun

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.