ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  LEDDARTECH BEKERJASAMA DENGAN FIRST SENSOR UNTUK MEMPERCEPAT PENGERAHAN LIDAR BAGI SISTEM BANTUAN PEMANDU LANJUTAN DAN APLIKASI PEMANDUAN AUTONOMI

Tuesday 10/12/2019



QUEBEC CITY, 10 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala, berasa sukacita untuk mengumumkan kerjasama strategik dengan First Sensor AG, pembangun utama bagi penyelesaian penderia yang kini turut menyertai Ekosistem Leddar.

LeddarTech dengan sokongan First Sensor dan peneraju industri lain, sedang membangunkan satu-satunya pilihan platform LiDAR terbuka dan menyeluruh untuk OEM dan Peringkat1. Platform ini menyediakan manfaat berikut:
  • Set penyelesaian yang lebih lengkap dan menyeluruh yang menangani keperluan OEM dan Peringkat1;
  • Seni bina lazim serta komponen terpiawai yang memastikan risiko yang lebih rendah, meningkatkan kebolehskalaan volum pengeluaran, pengoptimuman dan kefleksibelan untuk menangani berbilang aplikasi LiDAR;
  • Peta jalan platform boleh skala memastikan prestasi yang ditingkatkan dan pengoptimuman kos;
  • Keupayaan untuk memanfaatkan IP terkemuka dan pelengkap, kepakaran, dan sokongan daripada pemimpin teknologi.
Secara keseluruhannya, manfaat ini akan meningkatkan kejayaan untuk pelanggan LeddarTech dan menyediakan laluan paling selamat dan paling berdaya maju untuk pengerahan volum bagi aplikasi ADAS & AD.

LeddarTech dan First Sensor akan memulakan kerjasama dengan pembangunan Kit Penilaian LiDAR, mempamerkan konsep teknikal dalam LiDAR yang berfungsi dan mencipta alat untuk Peringkat 1 dan penyepadu sistem bagi membangunkan LiDAR mereka sendiri berdasarkan teknologi LeddarEngine, APD First Sensor, dan teknologi, produk dan perkhidmatan rakan kongsi ekosistem tambahan. Kit penilaian akan menyasarkan aplikasi LiDAR menghadap automotif untuk pemanduan lebuh raya berkelajuan tinggi seperti Pemanduan Lebuh Raya dan Bantuan Kesesakan Trafik.

First Sensor ialah pembekal utama bagi Avalanche-Photodiodes berprestasi tinggi dan sedang membangunkan submodul penerima pada APD mereka untuk kit penilaian LiDAR. Submodul penerima digunakan untuk menangkap denyut terpantul yang datang dari objek dalam Medan Pandangan (FoV) yang terdiri daripada Sistem LeddarCore dan LeddarSP yang dipatenkan LeddarTech untuk memberikan data masa terbang (ToF) untuk penjanaan imej 3D yang merangkumi maklumat kedalaman.

“Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan First Sensor, salah satu pembangun dan pengeluar cip, komponen, penderia, dan sistem penderia terkemuka sebagai rakan strategik” kata Michael Poulin, Naib Presiden, Pengurusan Produk di LeddarTech. “First Sensor, LeddarTech dan ahli terpilih lain, bekerja secara sinergistik sebagai sebahagian daripada Ekosistem Leddar, akan memberikan nilai yang ditingkatkan kepada pelanggan kita.”

“Komitmen kita adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan penyelesaian LiDAR berkualiti automotif yang sepadan dengan pasaran, dan peluang untuk bekerjasama dengan LeddarTech merupakan peluang yang akan benar-benar mendayakan kita untuk memajukan ruang pemanduan automotif,” kata Dr. Marc Schillgalies, Naib Presiden Pembangunan, First Sensor AG. “Pemanduan autonomi merupakan pasaran yang sedang berkembang setiap hari dan, dengan LeddarTech, kami sedang membangunkan teknologi generasi seterusnya untuk menguasakan teknologi ini untuk OEM dalam tahun-tahun yang akan datang.”

Perihal LeddarTech®
LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling serba boleh, dan boleh skala berdasarkan LeddarEngineTM unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automatif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat proprietari LeddarSPTM . Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, dengan lebih 70 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan ADAS dan keupayaan memandu berautonomi.

LeddarTech juga menyediakan pasaran mobiliti dengan penyelesaian modul LiDAR berprestasi tinggi berkeadaan pepejal untuk kenderaan ulang-alik berautonomi, trak, bas, kenderaan penghantaran dan teksi robot. Modul ini dibangunkan untuk menyokong pasaran mobiliti tetapi juga mempamerkan keupayaan platform auto dan mobiliti LeddarTech sebagai asas untuk dibina pembekal LiDAR lain.
Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com, dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Maklumat Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Perihal First Sensor AG
Diasaskan sebagai syarikat permulaan pada awal 1990-an, hari ini, First Sensor merupakan pemain global dalam teknologi penderia. Berdasarkan pengetahuan syarikat dalam reka bentuk dan pengeluaran cip serta pembungkusan mikroelektronik, First Sensor membangunkan penyelesaian penderia standard dan penderia tersuai dalam bidang fotonik, tekanan, dan elektronik lanjutan. Penyelesaian ini memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk aplikasi penderiaan lanjutan dalam pasaran Industri, Perubatan dan Mobiliti. Kelebihan First Sensor dalam mereka bentuk penderia untuk sistem pengesanan cahaya dan penentuan jarak (LiDAR) juga menyumbang kepada penyelesaian mobiliti generasi seterusnya, secara khususnya menyumbang kepada aplikasi kenderaan autonomi terkini melalui kawalan pandu boleh suai, pengelakan pelanggaran dan banyak lagi. First Sensor telah disenaraikan pada Bursa Saham Frankfurt sejak 1999 [Prime Standard Ι WKN: 720190 Ι ISIN DE0007201907 Ι SIS]. Maklumat lanjut: www.first-sensor.com.

Maklumat Hubungan: Andrea Doster, Komunikasi Pemasaran, First Sensor AG
Tel. +49 89 80083-63 andrea.doster@first-sensor.com

Logo Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarSP, LeddarCore, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing. 

SUMBER : LeddarTech inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.