ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  ​MOENGAGE INC. MENCAPAI STATUS KECEKAPAN PENGALAMAN RUNCIT PERKHIDMATAN WEB AMAZON

Tuesday 10/12/2019



BENGALURU, India & SAN FRANCISCO 10 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MoEngage Inc, sebuah platform penglibatan pelanggan pintar, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mencapai Kecekapan Runcit Perkhidmatan Web Amazon (AWS).

Rakan-rakan Kecekapan Runcit AWS telah menunjukkan kecekapan teknikal dan kejayaan  pelanggan yang terbukti merentasi pelbagai bidang penyelesaian yang berinovatif dalam runcit yang merangkumi Data Lakes, AI/ML, Suara, Pengecaman, loT, Perkhidmatan Mikro, dan Transformasi Runcit.

Rakan-rakan Kecekapan Runcit AWS menjalani pengesahan yang ketat oleh AWS untuk memastikan penjajaran dengan amalan terbaik AWS bagi membina infrastruktur awan yang paling selamat, berprestasi tinggi, berdaya tahan dan cekap bagi aplikasi industri - untuk memberikan pelanggan keyakinan yang lebih tinggi apabila membuat keputusan.

AWS membolehkan penyelesaian yang berskala, fleksibel, dan kos efektif daripada syarikat permulaan kepada perusahaan global. Untuk menyokong integrasi dan pengerahan yang lancar bagi penyelesaian ini, AWS telah mewujudkan  Program Kecekapan AWS untuk membantu pelanggan mengenal pasti Rakan-rakan Perundingan dan Teknologi APN dengan pengalaman dan kepakaran industri yang mendalam.

Mencapai Kecekapan Runcit AWS membezakan MoEngage sebagai sebuah ahli Rangkaian Rakan AWS (APN) yang menyampaikan kecekapan teknikal yang sangat khusus.

“MoEngage berbangga untuk mencapai status Kecekapan Runcit AWS,” kata Raviteja Dodda, Pengasas bersama & Ketua Pegawai Eksekutif, MoEngage. “Pasukan kami berdedikasi untuk membantu syarikat-syarikat mencapai matlamat teknologi mereka dengan memanfaatkan ketangkasan, keluasan perkhidmatan, dan kepesatan inovasi yang disediakan oleh AWS.”

MoEngage memanfaatkan AWS untuk membantu ia menyampaikan pesanan yang bersifat peribadi dan tepat masa pada skala. MoEngage menyampaikan lebih daripada satu bilion komunikasi peribadi setiap hari, dengan memprofilkan lebih 500 juta pengguna dari 35 buah negara.

Dengan menggunakan MoEngage, peruncit boleh memacukan pengekalan yang lebih tinggi, nilai seumur hidup dan ROI pemasaran. MoEngage juga dinamakan dalam Gartner Magic Quadrant 2019 untuk Platform Pemasaran Mudah Alih - dan menerima satu daripada penarafan  yang lebih tinggi bagi kepuasan pelanggan.

Encik Anand Bhaskaran, Ketua, Pemasaran Digital di bigbasket, berkata, “MoEngage telah menjadi sebuah rakan yang sangat kuat dan mantap yang menyokong kami dalam usaha kami untuk menjadi stor runcit dalam talian yang terbaik di India. Pensegmenan mereka yang teguh, personalisasi yang dikuasai oleh AI, dan keupayaan pemasaran rentas saluran memainkan satu peranan penting di dalam membantu bigbasket menyampaikan suatu pengalaman runcit dalam talian yang dikhususkan dan lancar kepada pelanggan.”

Maklumat mengenai MoEngage

MoEngage adalah sebuah platform penglibatan pelanggan pintar, yang dibina untuk dunia mudah alih pertama. Jenama-jenama runcit seperti FuturePay, Tokopedia, bigbasket, antara beberapa pihak lain yang menggunakan MoEngage untuk menyampaikan personalisasi hiper pada skala merentasi saluran-saluran digital.
Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari www.moengage.com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191209005796/en/

Hubungi

MoEngage | Suraj Dubey | suraj@moengage.com

Sumber : MoEngage

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.