ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  ZIHAAD WELLS BAKAL KEMBALI KEPADA TRUE RELIGION APPAREL SEBAGAI PENGARAH KREATIF

Tuesday 10/12/2019



MANHATTAN BEACH, Calif., 10 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- True Religion Apparel, Inc. hari ini mengumumkan bahawa Zihaad Wells telah dilantik sebagai Pengarah Kreatif mereka yang baharu, berkuatkuasa serta merta. Encik Wells sebelum ini pernah menjadi Naib Presiden bagi Reka Bentuk untuk True Religion Apparel dari tahun 2006 hingga 2017 dan paling terbaharu Naib Presiden bagi Reka Bentuk dan Kreatif di AG Jeans. Beliau akan bertanggungjawab terhadap reka bentuk produk, pemasaran dan memacukan arah kreatif bagi jenama itu. Encik Wells melapor kepada Michael Buckley, Ketua Pegawai Eksekutif.

Zihaad Wells mempunyai pemahaman mendalam tentang industri denim berjenama merentasi jenama, produk, borong, runcit dan e-dagang dengan pengalaman selama lebih 20 tahun. Wells memulakan kerjaya beliau untuk Levi's Eropah, di mana beliau bekerja pada koleksi Levi's Red dan Levi’s Vintage, sebelum datang ke True Religion Apparel pada tahun 2006.

Michael Buckley, Ketua Pegawai Eksekutif, menyatakan, “Kami amat teruja dan bangga untuk mengalu-alukan Zihaad Wells kembali ke True Religion Apparel. Zihaad adalah satu daripada pakar kreatif denim dan pakaian sukan yang terkemuka di dalam industri.”

Mengulas mengenai pelantikan beliau, Encik Wells menambah, “Saya amat teruja untuk kembali kepada True Religion sebagai Pengarah Kreatif mereka, ia berasa seperti pulang ke tempat asal. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan Michael dan pasukan itu untuk mendapatkan kembali kepada DNA yang menjadikan True Religion sebagai satu jenama yang hebat, yang merupakan keseimbangan warisan dan kemodenan yang sempurna di dalam pakaian Jeans yang ikonik.”

Maklumat mengenai True Religion Apparel, Inc.

Pada tahun 2002, True Religion muncul ke dalam dunia pembuatan denim di Los Angeles dengan kemunculan seluar jeans lima poket yang klasik. Dengan menggunakan benang lima jarum mereka pada proses dua jahitan bagi setiap inci, jahitan Super T oleh True Religion dikenali dengan serta merta kerana gaya yang tidak seperti jenama denim lain di dunia. True Religion dikaitkan dengan keunikan yang terdapat di dalam kita semua. Jenama itu dipakai oleh atlet, ahli pemuzik, dan artis di seluruh dunia untuk menzahirkan gaya individu mereka. Menyampaikan pelbagai jenis ikonik yang eksklusif, Jeans Jenama True Religion memberi tumpuan kepada menghasilkan denim dan pakaian sukan premium yang berkualiti tinggi untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. 
 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191209005232/en/ 


Hubungi

Bagi pihak True Religion:
Kate Kaminsky
kate@michelemariepr.com
646.863.3923

Sumber : True Religion Apparel, Inc. 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.