ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  AXA DINAMAKAN SEBAGAI MAJIKAN PILIHAN

Monday 09/12/2019



KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) mengakhiri tahun ini dengan menerima 2 anugerah berprestij  — Anugerah Grand untuk Majikan Pilihan dan Anugerah Emas untuk Majikan Pilihan (Sektor Swasta) di Anugerah Sumber Manusia Malaysia-Antarabangsa 2019 yang ke-19 (Anugerah MIHRM). Upacara ini telah diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 29 November 2019.

Pada awal bulan ini, AXA telah dinobatkan sebagai HR Asia Majikan Terbaik untuk Bekerja di Asia 2019 untuk tahun ke-3 berturut-turut, sekaligus memantapkan kedudukan Syarikat ini sebagai salah satu syarikat yang paling berinspirasi dan diingini untuk bekerja di bawahnya bukan sahaja di negara ini, tetapi juga di Asia.
 
Table
Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA menerima Anugerah Grand untuk Majikan Pilihan dan Anugerah Emas untuk Majikan Pilihan (Sektor Swasta) di Anugerah Sumber Manusia Malaysia-Antarabangsa 2019 ke-19 (Anugerah MIHRM) yang telah diadakan di Istana Hotel, Kuala Lumpur pada 29 November 2019. AXA diiktiraf atas usaha untuk mendorong amalan yang inovatif dalam perjalanan transformasi HR mereka sambil menyokong kakitangannya untuk mencapai potensi mereka.

Dianjurkan oleh Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia dengan kerjasama Institut Sumber Manusia Antarabangsa sejak tahun 1999, Anugerah MIHRM ialah acara tahunan yang menjadi rebutan majikan di peringkat kebangsaan.  Ia juga diiktiraf di peringkat global sebagai penanda aras yang diiktiraf bagi syarikat-syarikat dengan amalan HR yang cemerlang yang mendorong perkembangan organisasi dan transformasi tenaga kerja.

Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA, berkata Syarikat ini amat berbesar hati atas pengiktirafan untuk inisiatif transformasi HR mereka sekaligus berusaha untuk menuju ke arah pelan strategik 2020 bagi menyokong pertumbuhan syarikat yang berterusan.

"Resipi kejayaan kami terletak pada budaya dan DNA Syarikat kami - kami komited untuk membina budaya pembaharuan dalam usaha kami untuk mengalih peranan pelanggan kami daripada pembayar menjadi rakan kongsi. Kakitangan kami adalah aset kami yang paling berharga kerana mereka memacu perjalanan transformasi kami, oleh itu kami percaya betapa pentingnya untuk kami melabur dan membina keupayaan dalam tenaga kerja kami bagi membangunkan pertumbuhan peribadi dan profesional mereka, serta memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami," kata Emmanuel.

Sepanjang tahun ini, AXA telah mengambil langkah berani untuk merevolusikan amalan HR mereka. Beberapa inisiatif yang menonjol dalam perjalanan digitalisasinya termasuk memperkenalkan Automasi Proses Robotik untuk mereka semula proses HR yang memerlukan tenaga kerja intensif dan melancarkan program AXAPRENEUR kepada kakitangannya untuk melaksanakan projek-projek canggih yang telah menghasilkan nilai inovasi berjumlah RM8.3 juta. Syarikat ini juga telah banyak melabur dalam program Pembelajaran dan Pembangunan dan bekerjasama dengan platform pembelajaran atas talian bagi menggalakkan pekerja untuk memperkasakan pembelajaran mereka sendiri.

AXA yakin bahawa pengalaman pekerja yang positif adalah amat penting untuk kejayaannya. Oleh itu, mereka telah memperkenalkan AXA Well - program kesejahteraan holistik dan berstruktur yang memberi tumpuan kepada 6 tunggak kesejahteraan (fizikal, masyarakat, kewangan, sosial/keluarga, kesedaran dan hubungan sesama sendiri) untuk mempromosikan integrasi kerja dan kehidupan.

SUMBER: AXA Affin General Insurance Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Sheena Ho 
Brand, Communications & CR

Tel : +603 2170 8548
E-mel : sheena.ho@axa.com.my

--BERNAMA



 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.