ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  BOOKOFF CORPORATION LTD. AKAN MEMBUKA GEDUNG BESAR 'JALAN JALAN JAPAN' KE-5 PADA 28 DIS. (SABTU) DI BANDAR BARU BANGI DI MALAYSIA

Monday 09/12/2019



SAGAMIHARA, Jepun 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- BOK MARKETING Sdn. Bhd., sebuah syarikat cawangan milik BOOKOFF CORPORATION Ltd., akan membuka Gedung Besar Barangan Terpakai kelima yang diberi nama ‘Jalan Jalan Japan’ (juga dikenali sebagai ‘Gedung Besar JJJ’) di Bandar Baru Bangi di Malaysia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia.  Lihat siaran lengkap di sini:  https://www.businesswire.com/news/home/20191208005068/en/

Table
KIP Mall Bangi (Foto: Business Wire)

Gedung Barangan Terpakai ‘Jalan Jalan Japan’ yang terbesar

‘Gedung Besar JJJ’ yang pertama telah dibuka di One City USJ pada Nov. 2016. ‘Jalan Jalan’ adalah sebuah frasa Bahasa Melayu yang membawa maksud 'Pergi Berjalan-jalan'. Kami menjangkakan ‘Jalan Jalan Japan’ bakal menjadi sebuah tempat di mana rakyat Malaysia akan menikmati pengalaman membeli-belah sama seperti aktiviti berjalan di Jepun.

Semua barang adalah ‘Barangan Terpakai’ yang diimport dari Jepun. Syarikat induk ‘BOOKOFF’ adalah gedung barangan terpakai yang paling terkenal yang mengendalikan lebih 800 buah kedai di seluruh Jepun. ‘BOOKOFF’ membeli lebih 400 juta keping barangan daripada pelanggan pada setiap tahun. Oleh itu, ‘Gedung Besar JJJ’ menjual barang-barang yang pernah disayangi oleh rakyat Jepun sebelum ini.

‘Gedung Besar JJJ’ mempunyai 3 konsep:

(1) Barangan Terpakai di Jepun (= bermaksud Kualiti Baik)
(2) Harga giler (= bermaksud Harga Yang Sangat Rendah)
(3) Kuantiti yang Besar (= bermaksud seakan Mencari Harta Karun)
 
Setiap ‘Gedung Besar JJJ’ mempunyai kira-kira 200,000 keping barangan dengan kategori yang luas; Pakaian, Beg, Kasut, Barangan Rumah, Barangan Bayi, Barangan Mainan, Barangan Sukan, Peralatan Muzik, Barangan Hiasan, Perabot, Aksesori, dan sebagainya. Kesemua barangan adalah berbeza, unik kerana ia pernah menjadi barangan kesayangan.

JJJ Superstore boleh menyediakan kepada pelanggan dengan ‘Hiburan’ dan ‘Kehidupan yang kaya’. Pelanggan boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang dikelilingi oleh barangan terpakai dari Big Mountain seperti ‘Mencari Harta Karun.’ Pelanggan boleh menikmati budaya Jepun, mendengar muzik J-POP semasa berada di sana. Pelanggan boleh membeli komoditi yang penuh dengan bakul beli-belah.

Kami merancang untuk membuka lebih dari 10 kedai dalam beberapa tahun akan datang. Melalui perniagaan kami, kami mahu ramai rakyat Malaysia untuk menikmati kehidupan bahagia mereka.

* Laman web: https://www.jalanjalanjapan.com.my/
* Facebook: https://www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/?ref=br_rs
* Instagram: https://www.instagram.com/explore/tags/jalanjalanjapan/?hl=ja

‘Jalan Jalan Japan’ KIP Mall Store @ Bandar Baru Bangi

‘KIP Mall Bangi’ dikelilingi oleh kawasan perumahan yang berkepadatan tinggi. Etnik utama adalah orang Melayu, keluarga kelas pertengahan.

(Gambaran Keseluruhan)
 
• Nama Kedai:‘Jalan Jalan Japan’ KIP Mall Store
• Alamat:
 
No.1, Jalan Medan Bangi, (Taman Perniagaan Bangi Golf Resort), Off Persiaran Kemajuan Seksyen 6, Bandar Baru Bangi, 43650 Kuala Lumpur, Malaysia
• Tingkat jualan:Tingkat 2
• Skala Lantai:20,000 kaki persegi
• Pembukaan:28 Dis. 2019 (Sabtu) 10 pagi
• Waktu perniagaan:10:00 pagi - 10:00 malam

Syarikat:
 
Nama syarikat:BOK MARKETING Sdn. Bhd.
Ditubuhkan:April 2016
Pengarah urusan:Toru Inoue

BOK MARKETING Sdn. Bhd. telah ditubuhkan melalui usahasama di antara BOOKOFF CORPORATION Limited, KOIKE CORPORATION Limited, dan KOIKE MALAYSIA Sdn. Bhd.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191208005068/en/

Hubungi

Butiran hubungan untuk pertanyaan
BOK MARKETING SDN.BHD.
Koji Onozawa,
+81-70-5075-6532
koji.onozawa@boc.bookoff.co.jp

Sumber: BOOKOFF CORPORATION LIMITED

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.