ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PRODUK TRADISIONAL PAK LI MEDICATED PLASTER DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL DIPHENHYDRAMINE

Monday 09/12/2019



KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk tradisional berikut yang telah dikesan mengandungi racun berjadual diphenhydramine.

Table

Pendaftaran produk ini telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratnya yang ke-341 pada 5 Disember 2019 berikutan pengesanan racun berjadual tersebut di dalam produk berkenaan yang tidak dibenarkan dalam formulasi produk tradisional. 
 
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL 

Diphenhydramine merupakan sejenis antihistamin yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya boleh diperolehi daripada doktor atau ahli farmasi. Diphenhydramine digunakan untuk melegakan reaksi alahan. Kesan sampingan diphenhydramine yang digunakan secara topical termasuk ruam, gatal-gatal serta peningkatan kepekaan terhadap cahaya. 
 
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK INI 

Penjual dan pengedar produk ini perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk ini adalah melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.  

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. 
 
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM 

Orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.  

Orang awam boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang www.npra.gov.my atau memuat turun aplikasi ‘NPRA Product Status’ daripada Google Play Store
 
DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH 
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 
9 DISEMBER 2019 


Sila klik di sini untuk Lampiran

SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Baharudin bin Mohamad

Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-88834536 / 017-2635008

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.