ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  VF CORPORATION UMUM SASARAN BERASASKAN SAINS BAHARU UNTUK MEMPERCEPATKAN PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ALAM SEKITAR

Friday 06/12/2019



Matlamat baharu adalah sebahagian daripada Laporan Kemapanan & Tanggungjawab Dibuat untuk Perubahan terbaharu


DENVER, 6 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- VF Corporation (NYSE: VFC), satu daripada syarikat pakaian, kasut dan aksesori yang terbesar di dunia, hari ini menerbitkan lelaran terbaharu mengenai Laporan Kemapanan & Tanggungjawab Dibuat untuk Perubahan mereka, termasuk pengumuman bagi sasaran berasaskan sains yang terkemuka dalam industri (SBT) dan satu visi berani bagi bahan yang mapan.

Laporan VF Dibuat untuk Perubahan memperincikan aspirasi syarikat itu untuk memajukan penambahbaikan alam sekitar dan sosial merentasi perniagaan, portfolio jenama, rantaian bekalan global dan komuniti mereka di seluruh dunia. Laporan itu juga memaparkan pencapaian dari tahun pelaporan yang lalu, iaitu 2018.

“Tenaga kerja kami yang terdiri daripada 50,000 orang yang didorong oleh prestasi berkongsi satu komitmen untuk menjadi bukan sekadar sebuah syarikat pakaian dan kasut. Kami berusaha untuk menjadi sebuah perusahaan yang mempunyai tujuan untuk memanfaatkan kekuatan perniagaan kami bagi menyampaikan impak yang positif kepada orang ramai dan planet yang kami kongsi bersama,” kata Steve Rendle, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif VF. “Kami amat bangga dengan kemajuan kami tetapi sedar bahawa ada lagi yang lebih banyak yang boleh kita lakukan. Strategi kami Dibuat untuk Perubahan menggariskan keutamaan kami yang berpandangan ke hadapan dan memberi kami satu tumpuan baharu untuk mendorong diri kami agar berusaha lebih keras dan lebih jauh ketika kami menangani beberapa daripada isu yang paling mencabar dalam industri kami.”

Strategi Dibuat untuk Perubahan oleh VF memberi tumpuan kepada tiga bidang:
  • Model Perniagaan Bulat: Pengkomersilan bagi model perniagaan bulat untuk mengurangkan kesan alam sekitar oleh VF dan pada masa yang sama mewujudkan peluang-peluang pertumbuhan baharu;
  • Skala untuk Kebaikan: Memanfaatkan skala global dan pengaruh VF untuk memacukan pengurangan impak merentasi perniagaan dan industri yang lebih luas; dan,
  • Pembuat Pergerakan: Membolehkan VF dan jenama mereka untuk bertindak sebagai satu pemangkin bagi menjanakan pergerakan bagi gaya hidup yang mapan dan aktif untuk kebaikan orang ramai dan planet kita.
Sorotan Laporan Dibuat untuk Perubahan

Seperti yang digariskan di dalam laporan itu, dan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari PBB, VF telah membuat kemajuan yang boleh diukur terhadap sasarannya. Sorotan termasuk:
  • 50 peratus bagi pusat-pusat pengedaran VF di seluruh dunia adalah kemudahan yang sisa sifar;
  • 16 daripada bangunan milik VF adalah disahkan LEED;
  • Pelancaran bagi sebuah visi bahan lestari yang berwibawa yang memberi tumpuan kepada tiga konsep utama: bahan jana semula, sumber boleh diperbaharui yang penuh tanggungjawab, dan bahan kitar semula; dan,
  • Peningkatan bagi mata pencarian pekerja di Bangladesh, Kemboja, India, Republik Dominica, Vietnam, China, Kenya dan Lesotho melalui Program Pekerja dan Pembangunan Komuniti (WCD) VF.
Sasaran Berasaskan Sains VF Diluluskan oleh Inisiatif Sasaran Berasaskan Sains

Sasaran berasaskan sains baharu (SBT) VF adalah di antara yang paling bercita-cita tinggi di dalam industri dan adalah selaras dengan ideologi bagi menggunakan skala global mereka untuk kebaikan. SBT adalah sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau yang selari dengan memenuhi matlamat Perjanjian Paris.

“VF adalah syarikat terbesar di dalam sektor tekstil, pakaian dan barang mewah yang menetapkan sasaran 1.5 darjah untuk pelepasan Skop 1 dan Skop 2 mereka, dan satu sasaran yang jauh di bawah 2 darjah bagi pengeluaran Pelepasan Skop 3 yang berkaitan dengan produk mereka,” kata Ben Peel, Perunding, the Carbon Trust.

VF menjalani satu proses kolaboratif intensif selama dua tahun bagi membangunkan SBT baharu mereka. Syarikat itu bekerjasama dengan perunding global, the Carbon Trust, untuk memodelkan data merentasi kemudahan yang dimiliki dan dikendalikan oleh mereka serta keseluruhan operasi mereka dari ladang ke kedai runcit; dan terlibat secara mendalam dengan keseluruhan rantai nilai mereka. Data utama telah dikumpulkan dari 1,400 kemudahan, pusat pengedaran, logistik global  yang dimiliki VF serta lebih daripada 100 pembekal Peringkat 1 dan Peringkat 2, mengukuhkan keupayaan mereka untuk mengenal pasti dan melaksanakan strategi pengurangan.

Sasaran pelepasan karbon berasaskan sains VF termasuk:
  • Satu pengurangan mutlak bagi Skop 1 dan 2 pelepasan gas rumah hijau 55 peratus menjelang tahun 2030, dari tahun asas 2017; dan,
  • Satu penurunan mutlak bagi Skop 3 pelepasan gas rumah hijau 30 peratus menjelang tahun 2030, dari tahun asas tahun 2017 yang memberi tumpuan kepada bahan-bahan dari ladang-ke-runcit, operasi sumber dan logistik.
Inisiatif Sasaran berasaskan Sains itu memperjuangkan sasaran berasaskan sains sebagai satu cara yang kuat untuk meningkatkan kelebihan daya saing syarikat dalam peralihan kepada ekonomi rendah karbon. Ia adalah satu kerjasama di antara CDP, United Nations Global Compact (UNGC), World Resources Institute (WRI), dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan satu daripada komitmen We Mean Business Coalition.

“Ini adalah nasihat strategik yang paling komprehensif yang kami telah sampaikan kepada sebuah organisasi mengenai cara bagaimana ia dapat mencapai SBT mereka merentasi operasi mereka sendiri dan rantaian nilai mereka,” kata Tom Delay, Ketua Eksekutif, the Carbon Trust. “Usaha ini menghantar satu isyarat kuat kepada sektor pakaian mengenai darjah transformasi yang diperlukan untuk benar-benar menangani pelepasan merentasi rantaian bekalan dan pengedaran global dan pelbagai jenama. Proses pembangunan kolaboratif dan tumpuan kepada mempengaruhi pihak lain adalah bagaimana kepimpinan korporat harus dilihat. Kami sangat teruja untuk melihat VF mencapai matlamat mereka yang bercita-cita tinggi itu.”

Satu Visi Baharu untuk Bahan Lestari

Turut diumumkan hari ini, visi bahan lestari baharu VF adalah kunci kepada mencapai SBT mereka. Pengekstrakan, pengeluaran dan pembuatan bagi akaun bahan mentah untuk bahagian besar bagi pelepasan karbon VF di seluruh dunia. Visi yang inovatif itu mewujudkan satu laluan yang jelas bagi pengurangan melalui satu lagi komitmen yang berani:

Menjelang tahun 2030, VF komited bahawa 100 peratus daripada sembilan bahan utama mereka, yang mencakupi kira-kira 90 peratus daripada pelepasan karbon yang berkaitan dengan bahan mereka, akan berasal dari sumber-sumber yang jana semula, sumber boleh diperbaharui yang penuh tanggungjawab, atau bahan kitar semula.

Dengan menggunakan alatan seperti metodologi Indeks Kelestarian Bahan Campuran Pakaian Mapan dan Analisis Kitaran Hidup, VF menilai pilihan bahan mereka di dalam tiga bidang ini untuk mengenal pasti peluang-peluang terbesar bagi pengurangan kesan alam sekitar, dan untuk memahami bagaimana pencepatan terhadap pilihan ini akan menyumbang kepada mencapai sasaran berasaskan sains mereka.

Maklumat lanjut mengenai VF dan laporan Kemapanan & Tanggungjawab Dibuat untuk Perubahan mereka boleh didapati di www.vfc.com.

Maklumat mengenai VF Corporation

Diasaskan pada tahun 1899, VF Corporation adalah satu daripada syarikat pakaian, kasut dan aksesori yang terbesar di dunia yang menghubungkan orang ramai kepada gaya hidup, aktiviti dan pengalaman yang paling mereka hargai melalui jenama-jenama keluarga yang ikonik bagi aktiviti luar, aktif dan pakaian kerja termasuk Vans®, The North Face®, Timberland® dan Dickies®. Tujuan kami adalah untuk menggerakkan kuasa bagi gaya hidup yang mapan dan aktif untuk kebaikan orang ramai dan planet kita. Kami menghubungkan matlamat ini dengan satu usaha yang berterusan untuk berjaya dalam mencipta nilai bagi semua pihak berkepentingan dan menggunakan syarikat kami sebagai satu daya untuk kebaikan. Untuk maklumat lanjut, sila layari vfc.com.

Maklumat mengenai the Carbon Trust

The Carbon Trust adalah sebuah rakan bebas yang pakar dalam organisasi terkemuka di seluruh dunia, dengan membantu mereka menyumbang kepada dan meraih manfaat daripada sebuah masa hadapan yang lebih mapan.
  • Kami menasihatkan perniagaan, kerajaan dan sektor awam mengenai peluang-peluang mereka di dalam sebuah dunia rendah karbon yang mapan.
  • Kami mengukur dan memperakui jejak alam sekitar bagi organisasi, rantai bekalan dan produk.
  • Kami membangun dan menggunakan teknologi dan penyelesaian yang rendah karbon, dari kecekapan tenaga kepada kuasa yang boleh diperbaharui.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191205005251/en/

Hubungi

Molly Cuffe
Pengarah, Komunikasi Tanggungjawab Korporat
Molly_Cuffe@vfc.com

Sumber : VF Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.